BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 30, 2012

ceRita Pelangi HidupKu....

 
~aPa iTu peLangi HidupKu...~


MUKADIMAH...

Jika kita lihat... Semasa hujan turun, mesti semua yang berada ditempat yang terbuka dan kena hujan mesti berlari dan mencari tempat berteduh untuk mengelak diri supaya tidak basah... Tetapi, bagi yang membawa payung sendiri... Just buka dan jalan seperti biasa.... Namun, ada juga segelintir manusia yang melatah dan 'bising' bila Hujan yang mana merupakan rahmat ini turun membasahi bumi yang panas dan kering ini... Contoh, bagi individu yang menjemur kain, menjemur sesuatu mahupun yang bekerja di tengah-tengah kawasan lapang... mesti sakit hati kan bila dah siap jemur, then tiba-tiba hujan turun... tidak kah kita pernah berfikir bahawa ditempat orang terutama di kawasan kering dan panas sepanjang tahun mereka sangat-sangat memerlukan air terutama hujan untuk mendapatkan air sebagai sumber minuman....?
Bersyukurlah bagi setiap kejadian yang diturunkan olehNya :)


~ indahnya tempat ni jika aku boleh berada disini... Subhanallah indahnya ciptaanMu.... :)



:: APA yang ingin saya ceritakan kat post kali nie adalah mengenai 7 Warna pelangi hidupku... ::

PELANGI ITU...

Lingkaran pelangi ibarat warna jiwaku,
warnanya yang menerangi hidupku,
penyeri hari-hariku,
menceriakan suasana sekelilingku.

indah sungguh 7 warna warni,,
membentuk satu ikatan yang padu,
bersama menceriakan keresahan hati,
yang dulu kelam kini hidupku.

keriangan warnanya memberi kegembiraanku,
membentuk 7 peribadi hidupku,
menjadi sifat dalam diriku,
memanipulasi tiap kehidupan bahagiaku.

andai hujan lebat yang mendukacitakanku,
ia sebenarnya tidak lama ,
andai kegelisahan menemaniku,
dirimu mampu memberi hidupku ceria.

andai hujan pada ketika ini,
akan ku sabar menunggumu,
tika hujan sudah berhenti,
munculnya dirimu sang PELANGIKU.....


  • MERAH = KEBERANIKU
  • JINGGA = PERIBADIKU
  • KUNING = POSITIF
  • HIJAU = SUMBER ILHAMKU (AL-QURAN PEGANGANKU)
  • BIRU = KETENANGAN
  • INDIGO = PENDIAM DAN MEMENDAM
  • UNGU = LEMAH-LEMBUTKU

p/s : WARNA WARNI hidupku bukan sahaja kepada warna.. Namun, lebih dari itu... boleh saya katakan hidupku ini terbahagi kepada 2 sahaja.. HITAM DAN PUTIH... Pelangi itulah memberi sinar hidupku... :'D


mood : Alhamdulillah syukur saya sangat bahagia SEINDAH PELANGI  =))

Thursday, January 19, 2012

La tahzan

#terlupa yang aku ini bukan sesiapa. maaf#

Kedah !

 

Saya orang kedah dan saya nak kawen dgn orang kedah jgk dan saya nak orang kedah tu dok kampung ataupun memang dia ada kampung tak kira la janji dik beradik dia. Saya suka dok kampung dan bila saya dapat orang kedah saya senang tengok-tengok kan mak pak saya dan dik dik saya yang kecik kecik lagi. Dan dia juga senang berdekatan dengan mak pak dia juga.

Tapi saya tak tau apa apa tentang masa depan saya sebab Allah swt dah atur semua dah tentang kehidupan saya dri A-Z so, saya hanya mampu merancang ja ataupun lebih tepat 'berangan' :)

bawah ni ada gambaq kawen. saja gatai p tgk last last otak mula la pikiaq macam macam. adooiii dalila dalila.

tgk ja la kan nak boleh kata pa lagi. panjang umur da jodoh boleh la jadi cm depa kat bawah kalo dak xpa la boleh jumpa kt syurga nanti. xpayah susah susah risau kan ? :)

haaaa, lupa plak nak habaq. sapa yang nak kawen dgn saya ni saya nak habaq siap siap. saya xmaw bersanding nah. haha (mcm bkal suami baca noh) haha xpa la biaq p la. nanti dah kawen saya bg la dia baca entry ni. wekkkk













actually nanti nak kawen nak pakai baju songket mcm yang pic yang last ni ja xmaw ahh moden moden xbesh. mcm ni hari hari pon boleh pakai maaaa. dan saya kan melayu sejati. i love TRADISIONAL. haha :)


DAN tak lupa juga saya juga ingin bergelar seorang ibu/mama/mak <3 alolo baby, besh besh. dah besar nak didik dia agama dari kecik kecik lagi bagi jadi Hamba Allah yang berjaya dan disayangi oleh Allah swt <3

p/s : thats all 4 today. oopss ! mcm lecturer saya dulu cakap plak. haha

Wednesday, January 18, 2012

Bahagianyaaaaa



"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengenjutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah... merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya"

(Sanad hadis ini kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

Semoga Allah memuliakan si suami yang hidup dan matinya mengerjakan ibadah dan sentiasa mencari redha Allah dalam setiap perbuatan dan perilakunya.

Dan

Semoga Allah memuliakan si isteri yang taat dan patuh kepada suaminya yang tidak mel...anggar ajaran dan peraturan Allah SWT. Semoga dengannya dapatlah si suami dan si isteri ini terus berkasih di dalam syurga dengan penuh limpahan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa...

p/s :  Allah swt lebih Mengetahui :)  
yakin pada JANJI ALLAH SWT :)

Tuesday, January 17, 2012

Penyakit sedang menular.. ohh NO !



Aduhhh ! penyakit dah datang penyakit dah datang ! aduh ! adakah ini tanda-tanda kecil sakit jiwa. HAHA !
Senyum sorang-sorang. SMILE n SMILE n SMILE non stop ! ohhh NO ! lenguh pipi n kelihatan tdk waras. HAHA !

WHY ? just remind about last night *cek xpndai BI tp biaq ahh nk ckp gk, ada cek kesah? wekk*
 cek qasa cm mimpi pon ada. tp smlm dok tampaq pp hantuk pala kot dinding qasa sakit. maknanya bukan mimpi la noh ? HAHA ! akibat pening sgt pkiaq mimpi ka dak, cek tquih landing baik pnya tu pon dok sengeh sengeh sorang laih laih terlena cmtu ja. hehe cek qasa cm sepaquh sedaq la smlm. haha 


mood : sengeh sorang sorang. sambil taip ni pon dok sengeh. sah dah next week p daftar masok tanjung doqian *tanjung qambutan full* wakaka :D

Monday, January 16, 2012

Jujur dari saya

Saya tak mampu berkata-kata secara terang terangan tapi saya mampu mengadu pada Allah swt setiap hari. Saya tahu ini tempat umum, tapi saya jgk tahu awak ada di luar sana dan awak mungkin akan baca entry saya ini. Jangan risau nama awak akan saya rahsia dalam hati ini. Tapi sory la saya tak mampu nak berahsia dgn Allah swt sebab Dia Maha Mengetahui segalanya kan awak :)
 
Dah lama aku tak luahkan perasaan di sini *hati berkata-kata tanpa bersuara*

 
Awak kawan saya. Saya kawan awak. kan kan kan ? Kita berkawan tanpa dirancang tapi Allah swt yang tentukan. Tanpa kita sedar hingga saat ini kita masih berkawan tanpa berenggang walaupun sehari sejak kita mula berkenalan dulu. Peliks tapi Benar :) Mungkin sudah jadi suatu kebiasaan. Yang lagi Peliks tu saya tak pernah ada rasa bosan walaupun sedetik dlm hati saya sedangkan kita berhubung hampir setiap hari walaupun kadang-kadang hanya 10 min dlm sehari itu :) Tapi mungkin apa yg awak rasa berbeza dengan saya. Tak apa, saya paham. Hati awak lain Hati saya lain. Yala kita bukan kembar siam yang 'share' hati sama-sama kan :) hehe

Jujur saya cakap awak memang selalu buat saya hepy. Awak suka buat saya ketawa dan senyum sorang-sorang. Tapi setakat ni saya waras lagi taw :D Awak sangat kelakar dan agak tingtong :P Yala awak kan tak suka tgk orang sedih-sedih kan. Tapi memang kadang-kadang saya kuat nanges and sedih tapi rasanya bukan salah awak kot, saya yg kuat terasa and ngada2. hehe Tapi tak pa Allah swt selalu ada disisi saya dan awak ni pula cukup cepat tahu yg saya tacink dgn awak. haha bila dah hepy2 blek, nthen teringat yg saya tacink sebelum tu memang agak menyesal. Kalau awak nak tahu memang saya sedang berusaha buang 'lebihan2 tacink' dlm diri saya ini. Agogo Dalila ! cayiok2 ! semoga dipermudahkanNya :) Insyaallah.

Saya betul-betul tak sangka yg saya akan dapat kawan mcm awak. Tapi ini semua kehendak Allah swt kan. Saya bersyukur sangat-sangat ! :) Saya senang berkawan dgn awak, awak jujur dan memahami saya (itu yg saya rasa lah) yang saya terharu tu, awak boleh terima dan paham perangai-perangai '-' saya. Tak semua orang boleh paham dan tahan taw. :)

Di sini sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih sangattttt sangatttt *sampai infiniti k* :) sudi berkawan dengan saya sehingga saat ini dan sentiasa ada ketika saya perlukan awak. Semenjak kita berkawan hati saya semakin pulih dengan mendekatkan diri dgn Allah swt. Saya tahu bukan sebab awak tapi hati saya sendiri yg ingin berubah ke arah kebaikan. Secara tdk langsung awak sentiasa ada di sisi saya tanpa awak sedari :)

Saya harap silaturrahim kita ini kekal buat selamanya kalau boleh biarlah hingga ke syurga dan saya rapat hubungan silaturrahim kita ini diredhai dirahmati Allah swt. Dan jauhkan kita drp gangguan-gangguan syaitan yg ingin merosakan hati kita. Insyaallah semoga kita dikuatkan Iman dan berjaya mencapai cinta Illahi dan berbahagia di dunia dan akhirat dan sihat tubuh badan untuk beribadat kepadaNya awak :) Saya sentiasa doakan kesejahteraan hidup awak. Amin :) 

Ini sahaja lah sedikit sebanyak yg ingin saya katakan pada awak. Harap awak baca, tapi kalau awak tak baca pun saya tak ambil hati. :) hehe Terima Kasih Ya Allah kerana kurniakan aku seorang sahabat seperti 'dia' . Assalamualaikum awak, kawan yg ku kasihi :)

Yang jujur,
Cahaya Petunjuk

Sunday, January 15, 2012

Tanggungjawab Suami Kepada Isteri



Allah Ta'ala berfirman, maksudnya: "Pergaulilah isteri-isterimu dengan baik".

Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Kewajiban seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan, dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olok dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang)".

Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Orang-orang yang terbaik dari kamu sekalian ialah mereka yang lebih baik dari kamu di dalam mempergauli keluarganya, dan saya adalah yang terbaik dari kamu sekalian dalam mempergauli keluargaku".


Dicerita dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda, maksudnya: "Barang siapa sabar atas budi pekerti isterinya yang jelek, maka Allah memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayyub AS kerana sabar atas menerima percobaannya".

Al-Habib Abdullah Al-Haddad berkata, "Seorang lelaki yang sempurna adalah dia yang mempermudah dalam kewajiban-kewajibannya kepadanya dan tidak mempermudah dalam kewajiban-kewajibannya kepada Allah. dan seorang lelaki yang kurang ialah dia yang bersifat sebaliknya".

Keterangan:


Maksud dari penjelasan ini ialah seorang suami bersikap sudi memaafkan jika isterinya tidak menghias dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain, tetapi ia bersikap tegas jika isterinya tidak melakukan solat atau puasa dan lain-lain, itulah seorang suami yang sempurna. Dan seorang suami yang bersikap keras jika isterinya tidak menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan dengan sempurna, tapi dia bersikap acuh tak acuh (dingin) jika isteri meninggalkan kewajiban-kewajibannya kepada Allah seperti solat, puasa dan lain-lain, maka dia adalah seorang suami yang kurang sempurna.


Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Takutlah kepada Allah di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat (titipan) yang berada di sampingmu; barang siapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan RasuNya".


“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan perbuatanmu.” HR Muslim.

Buat para wanita dan juga yang sudah bergelar isteri.

Doa untuk mendapat Suami yang SOLEH..

 

“Allahumma Sa Khirli Zaujan Solihan Yakhtibuni Waya Tazau Wajubi Wayakunu Sohiban Li Fiddunya Wal Jannah”

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, Pilihkan Daku Suami Yang Soleh, Dia Meminangku Dan Mengahwiniku Serta Jadikan Dia Sahabatku Di Dunia Dan Di Syurga.”

Allahummar Zuqni hubba wahubbaman ahabbaka wahubbamanyuqarribuni ila hubbika waj’al hubbaka ahabbu ilaina minal mail basit..
 
PEDOMAN

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik..” (24:26)

Wahai para lelaki dan suami sekalian, para wanita dan isteri mendambakan suami idaman…

 
CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN

Taqwa

Taqwa adalah ciri yang paling utama. Firman Allah :

“Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar2 taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam Islam”, (Surah Ali ‘Imran 3:102).

Suami yang bertaqwa tidak akan mensia-siakan isteri. Malah sentiasa menghormati dan mencintai isteri. Menyedari tugas membimbing isteri kepada Allah adalah tanggungjawabnya. Suami idaman akan menjadi benteng bagi kehidupan isteri apabila dalam kesusahan dan berkongsi kegembiraan bersama. Mereka juga sentiasa adil dalam apa jua keadaan, terutama dalam memberikan kasih sayang dan perhatian. Segala masalah akan dihadapi dengan tenang dan sentiasa mendoakan isteri dan anak-anak. Apabila bergaul pula akan menjaga tingkah laku dan baik terhadap keluarganya dan juga keluarga isteri.

Kepimpinan

Suami adalah pemimpin bagi isteri dan ahli keluarganya. Firman Allah :

“Kaum lelaki itu ialah pemimpin terhadap kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain”, (Surah An-Nisa’ 4:34)

Sebagai pemimpin suami WAJIB memberi bimbingan dan pendidikan kepada isteri dan seluruh ahli keluarga agar tidak terjerumus ke lembah KEJAHILAN. Firman Allah :

“Wahai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu, daripada api neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu”, (Surah al-Tahrim 66:6).

Oleh itu dalam usaha mendidik dan membimbing isteri dan keluarga, seorang SUAMI AKAN MELENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU YANG MANTAP TERUTAMA ILMU AGAMA.

Bijaksana

Bijak dalam mengendalikan bahtera rumah tangga. Ciri orang bijak ialah menjaga tingkah laku yang sopan dan hormat orang lain. Suami yang bijak, akan di hormati isteri & anak-anak. Suami yang bijak tahu hala tuju keluarga yang hendak dibawa iaitu ada matlamat hidup untuk mencapai keredhaan Allah. Mereka juga bijak dalam membuat keputusan dan dalam memberi kasih sayang.

Penyayang

Penyayang dalam bentuk perbuatan dan perkataan. Suami penyayang mengutamakan tumpuan terhadap keluarga berbanding urusan lain. Masa terluang dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Firman Allah :

“…gaulilah mereka dengan cara yang baik”, (Surah al-Nisa’ 4:19)

Sabda Rasulullah SAW :

“Sebaik-baik kamu alah yang paling baik kepada isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku”.

Memahami sikap isteri

Suami idaman akan mengambilkira factor kejiwaan dan menyelami cita rasa serta mengambil tahu perasaanya. Wanita mempunyai sifat dan peribadi yang unik. Allah telah menjadikan emosi wanita lebih kuat dari akalnya berbeza dengan kaum lelaki. Isteri malu untuk berterus terang untuk meluahkan perasaannya. Oleh itu, suami idaman sangat rajin berbincang dengan isteri dan menjadi pendengar yang baik.

Kesimpulan

Yang demikian, akhwat-ahkwat boleh jadikan ciri-ciri ini sebagai salah satu indikator dalam membuat pemilihan pasangan hidup.

Bagi suami, isterimu mendoakan agar dikau terus istiqamah dalam beramal dan tidak jemu dalam perjuangan melawan nafsu jahiliah yang boleh merosakkan keimanan mu kepada Allah. Carilah ilmu agama dan dalamilah ia kerana isterimu mahukan dibimbing, bukan membimbing.

Seorang suami mempunyai beberapa kewajipan terhadap isteri. Antara lain menggaulinya dengan baik dan menahan diri atas perangai yang kadang-kadang sebab memaklumi atas kependekkan akalnya. Allah SWT berfirman:Ertinya “Dan pergaulilah mereka dengan makruf....”

Juga dalam ayat lain Allah SWT berfirman: “Dan mereka telah mengambil setia yang teguh daripadamu...”


Yang terakhir sekali di wasiatkan Rasulullah SAW ada tiga perkara. Baginda bersabda:

“Solat, solat. Dan janganlah kami bebani hambamu sesuatu yang di luar kemampuan mereka dan takutlah kepada Allah dalam hal wanita. Mereka adalah para tawanan di tanganmu. Kau ambil mereka dengan amanat Allah SWT dan kau minta halal farajnya dengan kalimat Allah pula.”

Juga Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sabar atas keburukan akhlak isterinya, Allah memberinya pahala seperti pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub. Dan siapa sabar di atas keburukan akhlak suaminya, Allah memberinya pahala seperti pahala Asiah isteri Firaun.”

Ertinya, menggauli mereka dengan baik bukan sahaja tidak menyakitkannya, akan tetapi menahan diri dan sabar atas perbuatan yang menyakitkanmu. Bahkan tidak memarahinya. Ini telah di contohi Rasulullah SAW, di mana para isterinya kadang-kadang membantah kepada baginda, bahkan salah seorang mereka ada yang tidak menegur baginda sampai sehari semalam, bahkan isteri Umar r.a pernah juga membantah kepadanya. Umar berkata, “apakah engkau hendak membantahku?” Si isteri menjawab, “Bahawa isteri-isteri Rasulullah SAW ada juga membantah kepada baginda. Padahal baginda adalah lebih baik dari kamu.” Umar berkata rugilah Hafsah, “janganlah engkau cemburu kepada puteri anak Abi Kuhafah. Dia kekasih Rasulullah SAW!” Dan Umar menakut-nakutinya dengan balasan Akhirat akibat menentang suami.

Dirawikan juga pernah pada permulaan Islam, setengah isteri Nabi SAW itu agak kesal dengan mengadu kepada ibunya. Maka Nabi SAW berkata, “Tinggalkan sahaja dia. Dia telah berbuat lebih banyak dari itu.” Dan pernah juga antara Nabi SAW dan Aisyah terjadi satu perselisihan. Sehingga keduanya memanggil Abu Bakar memohon kebijaksanaannya. Nabi SAW berkata kepada Aisyah, “Aku yang akan bercakap atau kamu yang akan bercakap?” Aisyah berkata, “Silakan kamu bercakap asalkan benar.” Mendengar ucapan itu Abu Bakar (ayah Aisyah) langsung memukul Aisyah sehingga mulutnya berdarah dan berkata , “Wahai musuh nafsunya, pernahkah baginda berkata tidak benar?” Aisyah lalu mendekati Nabi dan bersembunyi di balik punggungnya. Maka Nabi SAW berkata kepada Abu Bakar, “Kami tidak memanggilmu untuk ini dan kami tidak menghedaki ini darimu.”

Pernah juga suatu ketika Aisyah sedang marah kepada Nabi SAW. Dia berkata, “Kau sendirilah mengaku bahawa kau itu Nabi Allah.” Mendengar itu Nabi SAW hanya tersenyum sahaja. Dan pernah Nabi SAW berkata kepadanya, “Aku mengetahui bagaiman kemarahan dan kerelaanmu.” Aisyah berkata, “Dan bagaimana engkau mengetauinya?” Nabi berkata, “Jika kau sedang rela berkata, “Tidak demi Tuhan Muhammad.” Lalu jika kau sedang marah, kau berkata, “Tidak demi Tuhan Ibrahim.” Aisyah berkata, "Engkau benar aku cuma membenci namamu.”
ma kali cinta terjadi dalam Islam adalah cinta Nabi SAW kepada Aisyah ra. Dan Nabi SAW berkata
Dan dikatakan bahawa yang pertakepadanya, “Aku ini ibarat bapa biji dan ibu biji. Hanya saja tidak mengeluarkannya.” Dan Nabi SAW mengatakan kepada isteri-isterinya, “Janganlah kamu menyakiti aku seperti Aisyah. Sesungguhnya, demi Allah, tidak pernah turun wahyu sewaktu aku ada di pangkuan salah seorang kamu.”

Anas ra berkata bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling penuh kasih kepada wanita dan anak-anak.

Justeru itu, jika seorang suami di sakiti hendaklah menahan dan membalas dengan guraun yang dapat melembutkan hati wanita. Rasulullah SAW seringkali bergurau bersama mereka (isteri-isterinya) serta menyesuaikan tingkat akal mereka dengan beramal dan berakhlak. Sehingga dirawikan, Nabi SAW pernah memulakan pertengkaran dengan Aisyah. Aisyah pun membalas di suatu hari, kemudian Nabi memulainya di hari yang lain, lalu berkata, “Ini balasan kelmarin.”

Aisyah ra berkata, “Pada hari Asyura aku mendengar suara orang-orang Habsyi dan lainnya bermain-main. Nabi SAW berkata kepadaku, “Inginkah kau melihat permainan mereka?” Aku menjawab, “Ya” Nabi memanggil mereka dan mereka pun datang. Nabi berdiri diantara dua pintu dan meletakkan telapak tangannya pada salah sebuah pintu serta memanjangkan tangannya. Maka aku meletakkan wajahku pada tangannya, lalu mereka bermain dan aku melihat. Kemudian Nabi berkata, “Wahai Aisyah, cukuplah kau!” Aku berkata, “Ya” Lalu Nabi mengisyaratkan kepada mereka dan mereka pun pergi. Maka Nabi SAW lalu berkata, “ Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling elok akhlaknya dan paling penuh kasih sayang pada keluarganya.”

Juga baginda bersabda:

“yang terbaik di antara kamu adalah kamu yang paling baik kepada isteri-isterimu.”

Umar ra berkata, “Sayugianya lelaki dalam keluarga itu seperti anak-anak. Dan manakala tersentuh apa yang disisinya, barulah dia menjadi lelaki.” Luqman menyatakan seperti itu juga. Dalam Hadis di ceritakan bahawa Allah SWT memurkai orang yang kejam terhadap keluarganya.”

Nabi SAW bersabda:

“Hendaklah seperti gadis yang engkau rayu dan dia merayumu.”

Kemudian, hendaklah seorang suami tidak lantas memperturutkan semua keinginan isteri sampai dalam batas yang dapat merosakkan akhlaknya. Ini jangan dibiarkan. Al-Hasan menyatakan, “Setiap lelaki yang mengikuti sahaja keingin isterinya, maka Allah akan melemparkannya ke neraka.” Umar ra berkata, “Ingkarlah (kemudian isteri) sebab dalam mengingkari mereka itu terdapat berkah.” Dan dikatakan berempuklah dengan mereka dan ingkarilah keinginan isteri.” Baginda mengatakan demikian jika seseorang lelaki mengikuti saja keinginan isteri seolah-olah dia menjadi hambanya. Celakalah dia. Allah tidak menyerahkannya kepada isteri yang tunduk kepada nafsunya. Ini bererti dia menjadi hamba syaitan dan mengikutinya pula.

“Dan kusuruh mereka mengubah mahkluk Allah ....” (Q.S An-Nisa: 119)

Oleh kerana lelaki mesti diikuti bukan mengikuti. Lelaki harus menjadi tiang penyangga kepada perempuan dan suami haruslah sebagai sayid.

“Setiba dipintu, keduanya bertemu dengan said(tuan)nya....” (Q.S Yusuf: 25)

Iman as-Syafie ra berkata, “Jika kau muliakan mereka, mereka akan menghinamu, itulah perempuan, khadim dan batin (nafsu) ini.”

p/s : Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu. Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya.

Wednesday, January 11, 2012

Hanya pada-Mu ku memohon :'(


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,

Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,

Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amin...

**********************************************************

p/s : Jika seorang wanita meninggal sebelum dia sempat menikah dengan seorang laki-laki, maka Allah lah yang menikahkannya kelak di syurga dengan seorang lelaki dunia yang dia cintai sebelum ini,
Sabda Rasulullah saw :-
”Tidaklah ada di surga seorang bujang.” (HR. Muslim).
Namun andai kata lelaki yang aku cintai itu berkahwin selepas kematianku, aku redha YaAllah. Bermakna memang itu lah jodohnya dengan isterinya itu. :'(

Kerana

Sabda Rasulullah saw :-
”Seorang isteri untuk suaminya yang terakhir.” (Silsilatu al Ahadits ash Shahihah Lil Albani)
dan perkataan Hudzaifah kepada istrinya,

”Jika engkau mahu menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah sepeninggalku.
Sesungguhnya seorang isteri di syurga adalah untuk suaminya yang terakhir di dunia.

Kerana itu Allah swt mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk menikah sepeninggal beliau saw kerana mereka adalah istri-istrinya saw di syurga.”

Andai aku sempat dijodohkan bersamanya, dan memang itu jodoh yang terbaik untuk ku dan aku sangat mencintai dirinya namun tidak lebih dari aku mencintai-Mu dan aku tidak akan bernikah selepas sepeninggal dirinya. Kerana memang impian ku untuk bersama dengannya di syurga kelak.

Namun itu hanya impian, aku hanya merancang tapi hanya Engkau yang tetapkan yang berbaik untukku dan hanya Engkau Maha Mengetahui segala-galanya. :'(

Aku hanya mampu menanti saat itu tiba dan berdoa kepada-Mu YaAllah. Dan aku sedang memperbaiki diriku ini yang penuh dengan dosa ini YaAllah. Biarlah aku mencari cinta-Mu dulu YaAllah, kuatkan aku YaAllah. Sedihnya diri ini mengenang kerinduan kpd-Mu. :'( Aku cinta pada-Mu tp kadang-kadang aku lalai YaAllah. Tolong ampunkan aku :'( 

Biarlah air mata ini mengalir mengenangkan kasih sayang-Mu padaku. hmmm :'( Engkau permudahkanlah aku untuk mendalamkan lagi rasa cintaku kpd-Mu YaAllah :'( Engkau permudahkanlah aku untuk menjinakan nafsu yang ada dlm diriku ini. Terlalu byk dosaku dgn-Mu. Panjangkan umur ku YaAllah, terlalu sedikit aku rasa amalan ku ini untuk aku mengadap-Mu. huhu :'( Tetapkan imanku YaAllah. hmmm hati ku ini milik Engkau, insyaallah akan aku jaga sebaik mungkin hanya pada-Mu :'(

Tuesday, January 10, 2012

Ohh mama saya mahu kawin... lalalalala


Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. " - HR . Ibnu 'Addi -

Tujuan mendirikan rumah tangga di dalam Islam ialah agar kedua-dua suami dan isteri memperoleh ketenangan di antara satu dengan lain. Malah perkahwinan adalah keperluan fitrah (semula jadi) untuk seseorang lelaki dan wanita meluahkan kasih-sayang dan belas ihsan di antara satu sama lain.


Perkahwinan juga akan melengkapkan agama (penghayatan agama) seseorang sebagaimana sabda junjungan”'Apabila berkahwin maka lengkaplah separuh dari agamanya, maka hendaklah ia bertakwa dalam separuh lagi”.

p/s : mmg ada benarnya statement di atas... wallahualam pepon sume dgn izin Allah swt... huhu lagi satu, anak dara tua jgk penyebab bg kanser payudara.. kerana ia berkaitan dgn horman jgk :) Semoga Allah swt kurniakan kita kshatan yg baik utk beribadah kpdNya... kepada Kak Mira (cousin aku) semoga sembuh drp kanser payudara Tahap 4 pulak tu,huhu yg pntg ingt Allah dan sentiasa berdoa kpdNya... jge pemakanan & kuat semngat :) insyaallah  akak sentiasa doakn kak mira cepat sembuh, huhu walaupon kak mira cm xde pe2 hati spe tahu kn ? huhu go go cayiok ! u can b tough ! u can b strong ! :)

Thursday, January 5, 2012

Syok ada orang puji ?

Sapa taknak Suami/Isteri hensem/cun sila ketuk kepala anda sendiri...ngee Kalau buat kajian, mesti ramai yang geleng kepala.. Confirm... Sah! Fitrah manusia, semua nak yang perfect je dalam hidup neh.. Tapi, ada ke manusia yang perfect neh? Tettt! Jawapannya TAK ADA.. Allah swt ciptakan manusia dengan kekurangan dan dilengkapi pula dengan kelebihan.. Setiap benda/makhluk mesti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Kita tak perlu cari kesempurnaan dalam diri orang lain sebab kita pun tak sempurna.. Ada cacatnya walaupun bukan fizikal.. Mungkin kita sendiri tidak sedar.. So cakap pasal lawa/hensem neh, apa yang bestnya ada pasangan yang lawa/hensem?


==' syok ada orang puji?? '==


Hmmm... kalau semua manusia pilih pasangan hidup yang cantik/hensem je, macam mana pula dengan yang TAK cantik/hensem neh ?? hilanglah TRUE LOVE dalam dunia neh... Tepuk dada, tanya hati, kita sayangkan someone tu sebab rupa dia ke? Kalau satu hari nanti, Allah tarik balik kecantikan tu, kita akan still sayangkan dia ke? Bak kata Nabil Raja Lawak, " LU PIKIR LA SENDIRI! " that's why, love doesn't need a reason.. Kalau pasangan kita lawa/hensem, bersyukurlah.. Dan jaga baik-baik bimbang dikebas orang ! Huhuhu... 



Actually, cantik tu subjektif. Tak sama di mata semua orang. Contohnya kalau si A cakap si B cun tapi si C cakap si B neh biasa ja aku tengok! See, kan tak sama tu.. Sebenarnya setiap hambaNya mempunyai kecantikan yang berbeza, semua cantik-cantik aihhh. kan kan kan ? Jadi terpulanglah pada penilaian individu tu sendiri. Sebagai hambaNYA yang bersyukur, redhalah dengan segala kurniaan Allah. Allah jadikan kita manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Cukup sempurna sebenarnya.. Hargailah keindahan diri kita.. Dan ingat yang.. kecantikan duniawi takkan pernah kekal...  

p/s : Cantik pandangan Islam dengan cantik pandangan Barat amat berbeza.. Cantik itu hakiki, cantik itu lumrah, cantik itu kurnia.. Jadi, biarlah kita tidak cantik dimata manusia tetapi cantik dihadapanNya.. Insyaallah


Sunday, January 1, 2012

meawww meawww



Leesa +>>> adoiiiiiiiiiii !! arini kne buli dgn leesa.. wuaaa ponat eden ni haa.... ak tgh tgk tb besh2 die bley maen tarik2 tdung ak, selak abih, hahaha ni slah ak gk td ak tkot2 kan die maen tutup muke dgn tdung...wakaka amekaw !!! last2, ak wt2 jd kucing galak... meawww ! meawww ! die pon melayan, abih maen raba2 plak... meawww ! sabojelh... ak lari die ligan satu umah... meaww meawwww geli ak... hahahaha lwk toi... smbil2 tu sbnrnya tgh mam kopok lekor... ak ltey sgt, last2 ak wt2 'pengsan' kt meja mkn tu.. pastu die usap2 pale ak, die angkat pale ak soh bngun.. ak wt dont know je... hahaha pastu die soh ak baring plak.. hahaha ak baring la, die tumbuk2 pewot ak.. wakaka pastu die angkat2 aku soh bngun.. 

ak bngun nthen wt2 pengsan lg *sbnrnye xlarat nk lynn..haha dgn cuaca pnas ni* hoho suke2 tp ponat.. hehehe pastu yg xthn tu, 'caring' glerrr .. die ameknye kopok lekor sumbat dlm mlut ak yg tgh pengsan tu.. ak xnk, die sumbat2 jgk.. ak pon mkn la, ggit sket.. pastu die tgk cian kt ak nk mkn xley, taw die wt pe ?? die ggit dlu kcik2 dlm mlut die pastu die suap kt ak.. perrghh !!! caring glerrrr ! pnuh air liur die.. hmm dapnyeeee :) pastu kan pastu kan, die suap aku air, mule2 ak pengsan pejam mate xnmpk la, sebbek xcurah air tu lg.. hahaha ak pon wt2 la bngun sket mnum air tu... wahhhh !!! cuwetttttttnyeee ... syoq kalo dpt anak cmni.... wahhhh ;) puas aty ak gelak ptg ni maen pengsan2.. meawww meawww :D

Sheera +>>>  "Maklong ni dah la macam budak2" "dah laaa kecikkkk" "dah la macam kanak2" dah itu dah ini ..... lalalalla mcm2 die kate kt ak... hampeh btoi, mentang2 pangai ak weng2 ting tong sket.. eh bkn sket mmg byk *spa yg btoi2 kanai rpat dgn ak* hahaha naseb korang laaa, lynnnnnnnn :P


p/s : nnty dah ada anak sendiri msty besh  layan kan... wahhhh !!! besh2 !!! bila ek ?? haish ! lmbt g ke ek ? ke cpt ek ?  ek ? ek ? 'lempang sket' pang3 !!! :D hoho xtaw xtaw, brdoa jelh Dia dh tetapkan dh... tungguuuuuuuuuuuu :P