Thursday, July 28, 2011
Mahar Cinta ;)
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya.. *_^
Posted by DLaAMaya22 at 3:07 AM 0 comments
Monday, July 25, 2011
Insan Bernama Kekasih ;)
Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa
Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya
Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih
Posted by DLaAMaya22 at 8:13 AM 0 comments
Saturday, July 23, 2011
Seorang insan bernama lelaki ;)
" ♥ Lelaki yg Baik -- >Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA ♥
♥ Lelaki yg Comel -- >Lelaki yg berpakaian baju kemas dan menuju ke masjid ♥
♥ Lelaki yg Sweet -- >Lelaki yg selalu bercakap dgn nada yg rendah ♥
♥ Lelaki yg Romantik-- >Lelaki yg menghadiahkan sebuah D0A setiap hari ♥
♥ Lelaki yg Charming- ->Lelaki yg mengingatkan si dia ttg IBADAT ♥
Posted by DLaAMaya22 at 10:41 AM 0 comments
Thursday, July 14, 2011
Saturday, July 9, 2011
ting tong,nk mqepek sat !!!!
Posted by DLaAMaya22 at 11:39 AM 0 comments
Monday, July 4, 2011
di antara kita ;)
Di antara kita
Tersimpan satu
Rasa cinta oh...
Andai kita disatukan
Maka terjalin sebuah ikatan
Di antara kita
Memang punya
Cita rasa yang sama
Kita pastikan bersama
Walaupun masa belum menentukan
Engkau dan jua aku
Jangan dipisahkan
Tiada yang rela
Pertahankan jua
Perhubungan kita
Selagi terdaya
Berdoalah kita
Agar tali kasih
Ini direstui oh...
Jujur dan saling percaya
Haruslah ada dalam bercinta
Akan aku berjanji
Takkan kumungkiri
Itulah yang pasti
Engkau takkan kuduakan
Kerna di antara kita
Punya cinta yang sama
Kau dan aku akan bersama
Tiada yang dapat memisahkan kita
Posted by DLaAMaya22 at 7:33 AM 3 comments