BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 13, 2011

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan


Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.

Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.

Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Berkahwin Kerana Ibadah

Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.

Kerana itulah, setiap Muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.

Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.

Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.

Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.

Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.

Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta Dan Kasih Sayang

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.

Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.

Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

Tarbiyah Dan Pendidikan

Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.

Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.

Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.

Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.

Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan Iman dan akhlak anak-anak mereka.

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.

Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."

Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.

Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.

Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.

Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.

Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.

Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Ibu Bapa Mithali

Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.

Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.

Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan al-Quran yang betul.

Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.

Kehadiran putera dan puteri serta cucu baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.

Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.

Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.

Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.

Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.


p/s : menyentuh sejuta rasa :( indahnya sebuah perkahwinan..huhu ingtlah remaja2 knak2 skali pon yg belum berkahwin jgn lah mendekati maksiat / zina...

saya pernah dgr dlm Manisnya Kurma Ini (Semanis Kurma) , jika kita mengHALALkan ape yg HARAM...korang phm kn...pegang2 pelok2 tdo sekatil sebantal bersama sebelum akad... :'(

mmg korang bahagia sgt time tu...dan bila tiba masanya anda SAH berkahwin dgn org yg SAMA yg melakukan perhubungan yg anda HALALkan sndri tu.... kasih sayang anda akan hambar...percayalah....berdasarkan pemerhatian ak pon mcmtu....realitinya....

sebuah pasangan yg kdg2 de sje mslh....bergduh....xserasi...anak2 xdgr ckp... sbb ape trjadinya sume tu....adoooiii sdeynya.. :'( nauzubillah.............hurmmm atas kesilapan kte pd mse yg lalu....huhu wallahualam... setiap musibah yg mnimpa sedikit sbyk adalah atas perbuatan kte sndri....huhu :(

korang nk ke?? kasih syg korang cinta cintun korang sume mnjd hambar selepas akad...sptutnya kte lbey bahagia ketika itu dgn sebuah kebahagian yg TAK PERNAH kte alami sebelum ini...huhu :(

saya akui mmg setiap pasangan msty akan mnerima dugaan drpNya..termasuk pasangan yg alim...saya phm,ko msty akan ckp.. 'alaa ustaz pon de mslh rumah tangga' .... mmg betul la tu, sbb kte sume kn sme...diorg pon pnh wt salah bkn?? mne de hamba Allah yg sempurna di muka bumi ini....huhu

jadi kte cuba lah mnjadi yg terbaek antara yg terbaek...... at least kte mncube dan Allah swt sntiasa mndgr rintihan kte....usaha kte...Hanya Dia Maha Mengetahui...jgn hiraukan org luar yg mmperkotak katikkan usaha kte....ingt Allah swt sntiasa ada d cc kte bkn??

YaAllah semoga terpeliharalah iman ku ini YaAllah...dan Engkau kurniakanlah aku seorg pasangan/pemimpin yg bergelar SUAMI yg boleh membahagiakan aku kelak, yg boleh membimbing aku dan zuriat aku ke jalanMu YaAllah....huhu dan sentiasa mengikut syariatMu bagi mengekalkan kebahagian itu shngga ke Syurga.....huhu :'(


bakal suamiku.....aku sayang sgt2 padamu....aku tahu kau sedang mempersiapkan dirimu utk mnjd pemimpin yg berjaya bkn....huhu aku akan sntiasa menantimu....sentiasa berdoa agar kte bahagia bila tiba masanya nnty....huhu :'( aku juga sedang memperbaiki diriku utk mnjadi yg terbaek utkmu...insyaallah amin :'(

Maaf saya sudah berpunya :)

Skema jawapan untuk soalan "Bila nak kahwin?"

Kenapa Lambat?
✔ Kerana Allah swt tahu masa yg terbaik utk ku.

Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing-masing.

Siapa?
✔ Nanti Allah swt akan perkenalkan kepada ku.

Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.
p/s : maaf saya sudah berpunya :D

Saturday, November 12, 2011

Cinta Kasih Sayang Hati


C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-  Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K- Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A- Akad dilafaz cinta berbunga
S- Suami disanjung-tinggi
I- Isteri disayangi
H- Harumlah kasih sepanjang zaman

S- Sayangkan Isteri kasihkan suami
A- Ada masalah, dibincangkan bersama
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A- Amalkan hidup bertoleransi
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa

H- Hati suami mesti dijaga
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T- Tanggung-jawab dipikul bersama
I- Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti

Friday, November 11, 2011

Siapalah dia

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. 
Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. 
Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu hari nanti. 
Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. 
Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...
p/s : siapa larh die kn....tunggu jelh dgn penuh kesabaran....... :) aku impikan suami yg boleh menjadi pemimpin@imam dlm keluarga aku, boleh mendidik zuriat aku berlandaskan Al-Quran...itu yg penting...bkn terlalu sempurna tapi cukup la kalo die dgn aku sme2 boleh mengejar amalan utk bekalan di akhirat kelak..huhu insyaallah..amin :) 
Jangan risau kerana :: Rasulullah saw pernah bersabda, “Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.

Thursday, November 10, 2011

Masjid Al-Bukhari


p/s : mood = pelbagai rasa

Wednesday, November 9, 2011

Anda dan bantal

 
1)Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
(sat2..nk hbaq ni..comey la pic ni..ske2!! <3 )
2) Menggunakan Banyak Bantal
 Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
 
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsusemata-mata.
 
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orangramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapaicita2. Mereka tdk suka berusaha.
   
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Sian betul mereka nih... pegi kedai belilah satu...bknnya mahal sgt pon...ngee
p/s : hahahaha tipu tipu tipuuu sume ni... hahaha xcaya2.. :P

Monday, November 7, 2011

Cinta yg tidak dilafazkan

kuasa cinta itu sgt hebat...
cinta bley wt kita hepy sehepy2nye...smpai shining2 terpancar di muka...
cinta jgk bley wt kita merana, berduka seduka2nye...muka ketat smpai jem...


kadang2 ada cinta yg tak perlu dilafazkan...
kadang2 ia lebih manis dari cinta yg dilafazkan...
bila2 je bley kenangkan cinta tu tanpa ada rasa sakit di hati...
berpisah pun tak mengapa sbb masing2 tak melafazkan cinta...
tp masing2 tahu yg mereka saling menyayangi, merindui, mengasihi antara 1 sama lain...
mereka tahu antara mereka ada hubungan istimewa...


cukup dgn rasa itu sahaja dan tak perlu diluahkan dgn ayat2 bombastik cinta...
tak perlu 'i love u so much,i miss u so much, i akan sayang u smpai bila2, i rindu la kt u, tak lena tido la asyik ingatkan u, rasa tak tenteram hidup klau x jumpa u bla bla bla bla....'
kata2 tu hanya akan menyakitkan hati bila akhirnye si dia bersanding kt atas pelamin dgn org lain..huhuhu


bila cinta yg tak dilafazkan...kita hanya akan ada rasa sedikit cemburu bila dia bersama yg lain, sedikit rasa rindu bila tak jumpa sbb dia bukan milik kita...
mmg ada sedikit rasa terseksa tp ia lebih selamat bila kita tak dpt nk tentukan ke mana arahnye dan akhirnye cinta kita itu...
kita akan terus merasakan cinta itu sampai bila2...
tidak istimewakah hubungan itu?dgn tanpa 1 perkataan cinta pun...tp kita bahagia bersama...
hanya kita sje yg tahu samada cinta itu perlu dilafazkan atau tak...
kerana cinta kita akhirnya membuat keputusan utk bersama dan juga mungkin akan berpisah sementara atau selamanya...
 

p/s: seperti kisah cinta agung ~ Saidina Ali & Saidatina Fatimah ~ 

adalah lebih baik utk berusaha menjadi yg S0LEHAH drp tercari-cari yg S0LEH ♥ ^_^ ♥