BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 23, 2011

Fitrah Perasaan Manusia

Cinta itu adalah amanah dari Allah.

Bercinta bukan bercouple..

Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.” – Imam An-Nawawi.

Orang yang kita sayang tidak semestinya menyayangi kita. Usah terlalu mengharapkan sebarang balasan daripada orang lain walaupun hanya sekadar kasih sayang. Berkasih sayanglah kepada manusia kerana Allah, kerana hanya Allah yang berkuasa untuk membalasnya. Sesungguhnya di situlah terletaknya keihklasan setiap kasih sayang yang kita curahkan.

Kadang-kadang pasangan yang ingin disatukan tidak cukup sekadar suka dan cinta semata-mata. Redha keluarga, talian persaudaraan dan beberapa faktor lain juga perlu diambil kira. Bagaimanapun, buatlah keputusan bersandarkan Islam. Kerana Islam mudah dan syumul.

Mahu dibelai, disayangi, dilindungi, dihormati, dikasihi, dicintai, dijadikan seorang yang berharga dan diberi perhatian adalah fitrah perasaan manusia. Berikan apa yang orang lain mahu, InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita sendiri mahukan.

Yg dicari bkn putera raja, biarlah putera agama. Yg diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yg dinilai, bkn sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yg dinanti, bkn lamaran dgn permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yg akn terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan ILLAHI..

 Dalam dunia ini, tidak semua tangan yang dihulurkan untuk memohon secebis impian akan menerima impian yang diharapkan. Namun usahlah begitu bersedih dan kecewa, impian itu mungkin sedang menanti di syurga yang abadi. InsyaAllah…

5 comments:

awekminicooper said...

ehemm ehem,m.. tetiba rs mcm skt tekak lak mlm ni,

amiraizuddin said...

Yg dicari bkn putera raja, biarlah putera agama.
Yg diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yg dinilai, bkn sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati...

Fitrah manusia...:))

DLaAMaya22 said...

ehemm ehemm, awt ttbe je ni..sila mkn ubt ye... :P

Yg dinanti, bkn lamaran dgn permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yg akn terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan ILLAHI..

Fitrah manusia...:))

awekminicooper said...

ala, cuapkan la, hahaha

DLaAMaya22 said...

alaa u ni,i malu la nk cuapkan kt sni.....ngee :D