˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
KU INGIN MENJADI RATU BIDADARI.... (Warkah buat pemilik halal hati ku kelak, walau dimana sahaja dia berada, walau aku tidak tahu siapa pun dia...)
KU INGIN MENJADI RATU BIDADARI.... (Warkah buat pemilik halal hati ku kelak, walau dimana sahaja dia berada, walau aku tidak tahu siapa pun dia...)
DenganNama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assolatuwassalam,selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad S.A.W Kekasih Istimewa...
SalamSejahtera buat bakal suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkatidirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringisetiap langkahmu demi meraih keredhaanNya...
"Seindahperhiasan dunia adalah wanita yang solehah,"
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepadaseisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini...Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yangmampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tikasampai saat itu, InsyaAllah.
Calonzaujku,
"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannyadan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-duatanganmu..."
Telahdinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calonisteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia balighini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa hartadi dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi danabah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiadaharta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijabbersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmukerana aku pernah terbaca kata-kata...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteridari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dandijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)
Jikaketurunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insanbiasa di dunia ini. Umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allahsebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunanmulia, ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S, sama seperti mu. Ingin akuberkongsi lafaz sahih ini denganmu ...
"...maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakalkepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang bolehmenghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapatmenolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allahjualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri..." (Ali Imran :159-160)
Kecantikan,itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidakterlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kauinginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yangtidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikandiriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kauhanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana akumemerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, danaku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markasdakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan inisebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmuagama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku inginmenjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untukmemudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untukdibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-citabergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu diasembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untukbersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmatkurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang danmembangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan airkemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
RenungilahFirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan olehAllah atas namanya pertemuan dan jodoh.
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daridiri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripadakeduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Danbertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu salingmeminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. SesungguhnyaAllah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An Nisaa' : 1)
CalonSuamiku yang dirahmati,
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkansebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan keranamereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari hartamereka".(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahansebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingikerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syurgakesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaahsaf menuju ke syurga InsyaAllah...
Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar? Ketahuilah, aku tidakmenginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatikubuta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplahseandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itumampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan duniayang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melaluipernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripadaagamaku, InsyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kausediakan.
Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan DakwahMustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanyaberada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha danyakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtanggaRasulullah S.A.W, kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidakberasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah S.A.W tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini.Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlahmerindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Dari,
Tulangrusuk kirimu.
Pertemuan...menghadiahkan kita kasih sayang... jika cinta satu pasti bertemu... ia tidakternilai... kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalahcinta kasih Ilahi... kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milikkita... jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi... biar berpisahselalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmatbertemu tidak jemu... berpisah tak gelisah...
Ya Allah,gembirakan kami dengan redhaMu...
Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah…
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya,
tunjukilah jalan-jalannya,
penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah…
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya,
tunjukilah jalan-jalannya,
penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
p/s : pnjg kn...tp penuh bermakna pd aku..huhu YaAllah andai kata aku xdpt bersatu bersamanya di dunia fana ini, Kau satukanlah aku dengannya di syurga yg hakiki kelak YaAllah...InsyaAllah....Aku akan sentiasa berdoa pdMu YaAllah semogo Kau temukan aku dengan seorg pemimpin yg berjaya dan soleh.... :'(
2 comments:
Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu...
Aminn...:))
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu....
Aminn...:))
Post a Comment