BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 16, 2012

Jujur dari saya

Saya tak mampu berkata-kata secara terang terangan tapi saya mampu mengadu pada Allah swt setiap hari. Saya tahu ini tempat umum, tapi saya jgk tahu awak ada di luar sana dan awak mungkin akan baca entry saya ini. Jangan risau nama awak akan saya rahsia dalam hati ini. Tapi sory la saya tak mampu nak berahsia dgn Allah swt sebab Dia Maha Mengetahui segalanya kan awak :)
 
Dah lama aku tak luahkan perasaan di sini *hati berkata-kata tanpa bersuara*

 
Awak kawan saya. Saya kawan awak. kan kan kan ? Kita berkawan tanpa dirancang tapi Allah swt yang tentukan. Tanpa kita sedar hingga saat ini kita masih berkawan tanpa berenggang walaupun sehari sejak kita mula berkenalan dulu. Peliks tapi Benar :) Mungkin sudah jadi suatu kebiasaan. Yang lagi Peliks tu saya tak pernah ada rasa bosan walaupun sedetik dlm hati saya sedangkan kita berhubung hampir setiap hari walaupun kadang-kadang hanya 10 min dlm sehari itu :) Tapi mungkin apa yg awak rasa berbeza dengan saya. Tak apa, saya paham. Hati awak lain Hati saya lain. Yala kita bukan kembar siam yang 'share' hati sama-sama kan :) hehe

Jujur saya cakap awak memang selalu buat saya hepy. Awak suka buat saya ketawa dan senyum sorang-sorang. Tapi setakat ni saya waras lagi taw :D Awak sangat kelakar dan agak tingtong :P Yala awak kan tak suka tgk orang sedih-sedih kan. Tapi memang kadang-kadang saya kuat nanges and sedih tapi rasanya bukan salah awak kot, saya yg kuat terasa and ngada2. hehe Tapi tak pa Allah swt selalu ada disisi saya dan awak ni pula cukup cepat tahu yg saya tacink dgn awak. haha bila dah hepy2 blek, nthen teringat yg saya tacink sebelum tu memang agak menyesal. Kalau awak nak tahu memang saya sedang berusaha buang 'lebihan2 tacink' dlm diri saya ini. Agogo Dalila ! cayiok2 ! semoga dipermudahkanNya :) Insyaallah.

Saya betul-betul tak sangka yg saya akan dapat kawan mcm awak. Tapi ini semua kehendak Allah swt kan. Saya bersyukur sangat-sangat ! :) Saya senang berkawan dgn awak, awak jujur dan memahami saya (itu yg saya rasa lah) yang saya terharu tu, awak boleh terima dan paham perangai-perangai '-' saya. Tak semua orang boleh paham dan tahan taw. :)

Di sini sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih sangattttt sangatttt *sampai infiniti k* :) sudi berkawan dengan saya sehingga saat ini dan sentiasa ada ketika saya perlukan awak. Semenjak kita berkawan hati saya semakin pulih dengan mendekatkan diri dgn Allah swt. Saya tahu bukan sebab awak tapi hati saya sendiri yg ingin berubah ke arah kebaikan. Secara tdk langsung awak sentiasa ada di sisi saya tanpa awak sedari :)

Saya harap silaturrahim kita ini kekal buat selamanya kalau boleh biarlah hingga ke syurga dan saya rapat hubungan silaturrahim kita ini diredhai dirahmati Allah swt. Dan jauhkan kita drp gangguan-gangguan syaitan yg ingin merosakan hati kita. Insyaallah semoga kita dikuatkan Iman dan berjaya mencapai cinta Illahi dan berbahagia di dunia dan akhirat dan sihat tubuh badan untuk beribadat kepadaNya awak :) Saya sentiasa doakan kesejahteraan hidup awak. Amin :) 

Ini sahaja lah sedikit sebanyak yg ingin saya katakan pada awak. Harap awak baca, tapi kalau awak tak baca pun saya tak ambil hati. :) hehe Terima Kasih Ya Allah kerana kurniakan aku seorang sahabat seperti 'dia' . Assalamualaikum awak, kawan yg ku kasihi :)

Yang jujur,
Cahaya Petunjuk

4 comments:

elin.shazlin said...

wah... mesti tacink kalo "org" tu bce... =) best2...

DLaAMaya22 said...

hahaha ye2 je lin ni :D "org" mne ? dla xckp pon ek :P nk besh jgk la..ngee

elin.shazlin said...

haha... org tuuuuuu la... haha =p

DLaAMaya22 said...

tuuuuuuu mne ?? tunjukkkkk sat kt kami :P haha