Dia bukan milik aku
dan
Aku bukan milik dia
Aku dan dia milik Allah swt
Siapa aku untuk tetapkan segalanya....
Semuanya hanya satu rancangan yang bukan kita tetapkan
sebagai satu keputusan yang muktamad..
Mulai Saat Ini !
Tiada lagi angan-angan yang mungkin bukan milikku..
Tiada lagi pernantian yang mungkin bukan milikku..
Tiada lagi pengharapan yang mungkin bukan milikku..
ianya mungkin sia-sia dan mungkin juga mendatangkan hasil
tapi mengapa aku perlu membazirkan air mata dan
masa aku untuk suatu pengharapan yang
mungkin membuatkan aku terus sayu hati
jadi
Selamat Tinggal ! Hanya doa yang mampu membantu aku
kerana Engkau Maha Pendengar dan akan mendengar segala rintihan aku..
Engkau telah aturkan yang terbaik untuk hidup aku..
Jadi aku tidak perlu risau bukan ?
Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat daripadaMu :)
Siapa kita ? Kita bukan sesiapa untuk menetapkannya..
Apa matlamat aku sebenarnya ?
Aku sering kali lalai dengan cinta duniawi..
Mulai Saat Ini !
Syurga adalah target utama aku..
Mungkin aku tidak layak tapi aku juga
tidak mahu ke NerakaMu YaAllah..
Aku akan terus berusaha meninggalkan cinta duniawi
dan
berusaha untuk mengecapi Syurga yang hakiki..
Taqwa pakaian aku pada hari Akhirat kelak..
Untuk itu aku perlu berusaha gigih
untuk mencapai matlamat aku ini..
Siapa yang memberi gaji, rezeki
dan segalanya di dunia ini ?
Boss kita ? Manusia ? SALAH !
Itu hanyalah perantaraan..
Allah swt adalah Pemberi dan Pemilik segala-galanya..
Mengapa kita perlu takut kepada manusia ?
Kita hanya perlu takut kepada Allah swt
dan
Azab Neraka yang sangat pedih yang mungkin kita rasai kelak..
Nauzubillah Min Zalik T_T
Mengapa perlu ingkar lagi perintahNya ?
Sedangkan dunia ini hanya sementara..
Sekejap sahaja kita singgah di dunia ini
sebelum kita bertemu dengan hari Akhirat kelak..
Mungkin 30thn lagi mungkin 20thn lagi..
Sangat singkat masa itu berbanding dengan
Syurga yang kekal Hakiki..
Aku mahu menjadi penghuni Syurga kelak bersama 'bidarada' aku..
Mampukah aku? Itu bukan persoalannya Cahaya Petunjuk..
Tapi usaha, ya aku perlu berusaha untuk mengecapinya..
Dunia ini aku anggap sebagai persinggahan
dan tempat aku mencari ilmu
dan mengumpul mata ganjaran
untuk meluluskan aku masuk ke dalam
Syurga yang sangat indah..
Subhanallah.... T_T
Terus berusaha Cahaya Petunjuk dan cubalah menjadi seorang muslimah yang berjaya dan menjadi seorang bidadari yang indah di dunia ini yang dapat membuatkan bidadari-bidadari di Syurga sana cemburu akan kau Cahaya Petunjuk.. !
0 comments:
Post a Comment