BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 7, 2012

Yang manakah perlu diutamakan ?

Cinta Manusia VS Cinta Allah swt dan Rasullullah saw


"Hanya satu-satunya jalan untuk lari dari cinta manusia yang mengkhayalkan dan melekakan, iaitu melebihkan cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Benar, apabila cinta kedua-duanya itu sentiasa hidup dan mekar mewangi di taman hati kita, segala mainan perasaan cinta sesama manusia yang berlainan jenis dapat kita hilangkan atau tepis. Kerana itu dalam istillah sufi kita seringkali mendengar bahawa  orang-orang yang hati dan jiwanya dipenuhi dan diselimuti dengan Cinta Allah dan Rasulullah saw secara automatik akan merasa  fana' dengan cinta dunia, apatah lagi cinta sesama manusia."

"Hebatnya penangan cinta sehinggakan manusia yang sihat menjadi sakit, manusia yang malu hilang akan rasa malunya, yang bersemangat akan luntur semangatnya, yang kuat menjadi lemah dan yang beriman menjadi kurang imannya tatkala mereka tidak mampu mendapatkan apa yang mereka hajati dan merindui apa yang mereka cintakan dan ini hanya terjadi apabila dia meletakkan cinta kepada dunia di hadapannya."
Cintakan bunga, bungakan layu
Cintakan kumbang, kumbangkan mati
Cintakan harta, hartakan hilang
Cintakan pangkat, pangkatkan pergi
Cintakan manusia, belum pasti berbalas
Jadi cinta kepada siapakah yang mampu MENJAMIN kebahagiaan???

Tapi jika cinta Allah yang diletakkan di hadapan pasti penangannya lebih hebat. Yang sakit akan menjadi sihat, manusia yang tidak malu akan menjadi malu, yang tidak bersemangat akan kembali bersemangat, yang lemah akan menjadi kuat, yang lemah imannya pasti akan menambah tahap keimanannya menjadi semakit kuat kerana mengharapkan cinta Allah tidak akan sia-sia dan hanya itulah cinta yang hakiki...”



"Cinta itu tidak salah. Fitrah manusia juga adalah mudah jatuh cinta pada sesuatu yang boleh membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh lelaki beriman sentiasa mencari –cari calon pasangan hidupnya yang sentiasa mencintai dalam melakukan amal-amal kebaikan, perlakuan, cara hidup dan sebagainya. Baik dari aspek luaran mahu pun dalaman. Demikian juga kita sebagai wanita yang beriman, pastinya kita punya cita-cita yang sama. Cita-cita mahu memiliki suami yang akan menjadi imam dalam membuat perkara-perkara kebaikan. Mudah kata, kita sentiasa inginkan pasangan hidup yang terbaik buat kita yang tidak hanya akan membuatkan kita menjadi bahagia sekadar di dunia bahkan diakhirat juga, mudah kata mahu bercinta sehingga ke Syurga."

"Namun, dari pemerhatian saya, kebanyakan antara kita khususnya golongan yang faham agama mudah hanyut ditenggelamkan perasaan cinta ini yang akhirnya akan membuatkan kita semakin jauh, hanyut dan lalai dari mengingati Tuhan. Kita hanyut dengan hiburan serta kata-kata mahupun lagu-lagu puitis cinta yang seolah-olahnya cinta itu akan terjamin berkekalan. Bahkan ada antara kita yang berandaian hanya dengan cinta tersebut  bahawa insan yang kita puja akan secara pasti menjadi teman hidup kita sedangkan antara kita dan dia masih belum ada apa-apa ikatan mahupun pertalian. Dan yang paling akak takuti, ramai antara kita yang akan mengkhianati kasih Tuhan dalam mengejar insan yang menjadi pilihan."


p/s: Tidak salah mengejar cinta sesama manusia, namun, ianya perlulah berpada-pada dan cinta Allah dan Rasulullah jangan sesekali kita lupa (^_^)

MUNAJAT CINTA

"Ya ALLAH, sebesar mana pun cintaku kepada hambaMU, besarkanlah lagi cintaku kepada ENGKAU dan RasulMU.Pimpinlah kami menuju redhaMU. Jauhilah kami dari cinta yang melalaikan, jua dari cinta yang membuatkan kami semakin jauh dari cintaMU dan RasulMU.Kurniakan kami cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU. Terimalah cinta dan hajat kami..semoga kecintaan ini akan membawa kami kepadaMU.allahumma amin3x"

0 comments: