BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 30, 2012

Impian kasih :')




Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti. 

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Thursday, March 29, 2012

Merebut redhaNya :')

 
~♥ WAHAI LELAKI ! ♥~
Andai WANITA itu JAGA AURAT nya maka KAU jagalah PANDANGAN MATAmu
Andai WANITA itu JAGA MARUAH nya maka KAU jagalah NAFSUmu
Andai WANITA itu JAGA HATI nya maka KAU jagalah AKALmu
Andai WANITA itu JAGA AGAMA nya maka KAU jagalah PRINSIPmu
Dengan itu PERIBADI mu dan dia TERJAGA.. ALLAH meredhainya..

Wednesday, March 28, 2012

Semoga ikhtilat kita terjaga..... :')

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya ♥

Lelaki : Awk.. Kenapa awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?
Perempuan: Saje..
Lelaki : Saje ke atau awk malu nk kuar ngn sy?
Perempuan : Mana ada.
Lelaki : Kenapa kita tak penah gayut malam2 mcm pasangan lain?
Perempuan : Sebab sy nak jimat kredit..
Lelaki : Sampai hati awk kan? Kenapa ye kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' "abang" tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang'' "abang" ?
Perempuan : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..
--> Lelaki tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej..

Perempuan : Sy tak pernah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngn sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua2an? Mcm2 boleh terjadi kan? 
Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara macho awk tu.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang/abang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' "abang" bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. 
Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri.. dan akan menjaga awk + menjadi isteri yg solehah dan peneman awk hingga ke Syurga. Insyaallah :')
Lelaki : (Mengeluarkan air matannya yg mahal itu) Sambil menangis terharu berkata "Terima kasih bakal isteriku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah". Insyaallah amin
ikhlas : DLa AMaya 22
p/s: Semoga sebuah perhubungan itu terpelihara drp hasutan syaitan dan perhubungan ini diredhaiNya... Insyaallah... Sme2lah kita doakan yg terbaik bg sebuah perhubungan itu.... Ameen :')

Tuesday, March 27, 2012

La Tahzan GAdisku ^_^



SINOPSIS
Apakah yang paling di takuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.

"Macam mana dengan masa depan saya nanti?"
"Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?"
Bukankah persoalan-persoalan seperti ini sentiasa bermain di fikiran anak-anak gadis kita?

Oleh itu, melalui buku ini, penulis bawakan berbagai-bagai kisah penuh inspirasi buat mereka. Kisah-kisah ini di satukan supaya dapat dijadikan panduan dan iktibar serta pengajaran bagi membimbing mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa istiqamah dan seterusnya berserah kepada Allah SWT, insyaAllah masa depan mereka pasti cerah..


p/s: Subhanallah mesti besh buku ni kan....... ^_^

I'm BIDADARI DUNIA in the making ! :')




AIR MATA SUKAR KERING KETIKA 
MATA KU MELIHAT DAN 
TELINGA KU MENDENGAR VIDEO INI :'(

INSYAALLAH ALLAH SWT TAK AKAN HAMPAKAN HAMBANYA.
AKU PASTI AKAN BAHAGIA SEPERTI DI DALAM VIDEO DI ATAS
DENGAN KEHENDAK DAN IZINNYA. INSYAALLAH :'(

Prof dr. Muhaya said:

Semasa sujud terakhir di dalam solat, doalah:

"Ya Allah, ringankanlah jodohku"

Doa dlm hati.. dan nk keluar rumah pon selain dri niat utk do something for the sake of Allah ,doa jgk semoga kita dipertemukan dgn jodoh kita...

Anyone wanna try this? huhu..

Ustazah Firus (juara ustazah pilihan) said:

Kita ni semua umpama pintu.. dalam khdpn ni ada byk pintu.. so, for those yg merasakan jodohnya lambat, have to think yg jodoh kita sdg cuba membuka byk pintu sbeulm nk smpi ke pintu kte... or mybe jodoh kita dh lalu dpn pintu kte, tp die terlepas pndg.. 

So, DOA DOA DOA lah supaya Allah swt meringankan jodoh kte.. insyaAllah... JANGAN KECEWA,BERSEDIH OR RASA TERSISIH jika tiada psangan, kerana YAKIN DAN PERCAYALAH DGN ALLAH.. Allah telah tentukan yg terbaik bg setiap hambaNya.. 

Nanti bila dah ada jodoh kte dtg ketuk pintu kte, kte buka la... pastu ckp 'ASAL DATANG LAMBAT SGT ???! grrr" hehehe *guraan semata-mata* ^_^



Ustazah Bahiyah said:

Jauhi 4 P (bg yg sedang bercinta)
Pandang lebih-lebih
Pegang-pegang "don't ever you touch me ! i'm HOT yeah !" hehe (ustazah yg ckp naaa)
Peluk-peluk "teringan sgt pegi la peluk tiang ke, pokok ke" (ustazah yg ckp jgk naaa)
Perzinaan ! ini paling menggerunkan...... grrrrrr :'(

Dr. Rubiah Hamzah said:

AGAMA harus menjadi tulang belakang dalam mencari pasangan!!!

Niat ingin berkahwin juga sunnah Rasulullah saw ^_^

TAPI INGAT JUGA PASANGAN BKN MAHRAM ANDA SEKARANG
MUNGKIN BKN BENAR2 AKAN MENGANGKAT KITA UTK KE SYURGA !
REMEMBER THIS !

KERANA PASANGAN SETIAP HAMBANYA TELAH DITETAPKAN ALLAH SWT ! :')

Sunday, March 25, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia :')

• " Sesunggunhya wanita yang paling cantik adalah wanita yang solehah yang menjaga keimanan, ketakwaan kepada ALLAH SWT, yang sangat takut dengan azab api neraka, yang menjaga dirinya dari hal-hal yang diharamkan agama" • 

great mem0ries with b0th of them at K0nvensyen Bidadari Dunia...sem0ga ilmu yg diperoleh dipenuhi berkat Allah s.w.t...insyaAllah...ameen....... 

Sangat merindui suasana taman syurga Konvensyen Bidadari Dunia di PICC. ♥

SyurgaMu ! SyurgaMu ! SyurgaMu ! :'(


Dalam buku ni jgk menekankan tentang percintaan selepas kawen…

‘pelikkah CINTA tanpa berkenalan ?’

‘pelikkah CINTA tanpa keluar mkn bersama2 ?’

‘pelikkah CINTA tanpa berbalas emel & sms ?’

Menerangkan sedikit sebanyak tenteng erti sebuah perkahwinan…

‘terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai’

Menguruskan fikiran ttg perkahwinan…

‘perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih syg, tanggungjawab & peranan’

Mengikat pertunangan dalam kesederhanaan…

‘pertunangan ialah 1 komitmen yg belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yg tidak diharapkan’

Batas hubungan semasa bertunang…

‘biarpun seorang lelaki atau seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas’

Rahsia pertunangan…

‘kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal drpd berkelakuan seperti sudah bersuami isteri’

Muslim rumah tangga 1…

‘apakah perkahwinan kita kekal sampai hari mati, atau sekadar sampai ke anak cucu dan kemudian bercerai bertemankan uban dan kedut wajah, atau gerhana di tgh jalan ?’

Muslim rumah tangga 2…

‘pasangan yg bakal mendirikan rumah tangga, mesti berusaha melengkapkan dirinya tentang pengetahuan berkaitan hokum hakam yang sblm ni mungkin kurang beri perhatian’

Perkahwinan kerana kecantikan ? …

‘kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa’

Pedoman bg yg mencari…

‘kehidupan berumah tangga, tidak mengizinkan kita untuk membuat keputusan menurut pertimbangan sendiri’

Biar mati anak, jangan mati adat…

‘mencabut adat yg asing drp Islam, tidak semudah mencabut kemuncup yg lekat di kain’

Isteri dan mata hati…

‘jgn pndang isteri dgn mata yg kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pangangan nafsu’

Cinta antara planet…

‘lelaki itu Sembilan logic & satu emosi, perempuan pula Sembilan emosi & satu logik’

Di mana janji kita ? …

‘jika mendekati ciptaan langsung Allah itu mengundang tenang, apatah lagi jika kita mendekatiNYA terus berdoa, zikir & fikir yg langsung'

Sunnahkah meramaikan anak ? …

‘manakah yg lbh utama, mengejar galakan islam pada meramaikan anak, atau memastikan anak-anak dapat dibesarkan dgn selamat di fitnah akhir zaman ni ?’

Hari kesedihan atau kegembiraan ? …

‘dan cukuplah kematian itu menjadi peringatan buat dirimu’

Menyengajakan beberapa kesudahan…

‘jgn disangka semua yg diingini, tiada sbb utk dimiliki. Dunia tidak begitu !’

Apa ada pd nama ? …

‘Allah jualah yg mencipta kasih syg sesame manusia, agar dgn kasih syg itu, kita menyayangiNYA’

Gelagat ‘Ahli Fitrah’ …

‘bergaduh anak-anak x lama, kerana kanak-kanak yg suci itu damai segera’

Miau miau…

‘kalau ada mknan lbh, akan dijadikan habuan untuk kucing2…di situlah dtgnya berkat, bkn drp perbuatan membela kucing, tp drp berjayanya kita mengelakkan pembaziran makanan'

CERDIK bukan mcm sang kancil…

‘rupa-rupanya sang kancil mewakili golongn manipulative di dlm masyarakat, manakala mangsa-mangsanya adalah bangsa kiya yg x abis-abis ditipu’

Dosa kita mengatasi kesalahan anak-anak…

‘anak kita mungkin gagal mengikut kata2 ibu bapa, tp mereka x akan gagal meniru perangai & tingkah laku kita’

Pabila anak menegur…

‘belajar menerima teguran anak2, agar teguranmu diterima’


p/s: mulai sekarang, tiada yang lain aku ingin fikirkan kejarkan kecuali SyurgaMu SyurgaMu SyurgaMu dan RedhaMu Ya Allah :'( doakan aku shbt agar aku kuat menempuh segala ujian-ujian yg diberiNya sepanjang aku bernafas di dunia yg SEMENTARA ini. Aku hanya inginkan Syurga yg kekal dan menjadi wanita solehah dan bidadari dunia dan akhirat... Andai aku sudah tiada lagi di dunia ini, tlg sedekahkan al-fatihah kpdku dan doakn yg terbaek utk aku (Nurdalila Mahazir) shbat bg aku menempuh ke alam barzakh dan bertemu dgn Allah swt.

Setiap hambaNya akan bertemu dgnNya, tapi aku tdk mahu bertemu dgnNya ketika aku dimasukkan ke dlm Neraka tp aku mahu bertemu dgnNya ketika aku dimasukkan ke dlm SyurgaMu yg Indah Ya Allah. Subhanallah.. Kita masuk Neraka jmpa DIA kita masuk Syurga jmpa DIA. Pilihlah yg mna 1 kita mahukan :'(

Sepanjang aku mengikuti Konvensyen Bidadari Dunia 2012, terlalu hina rasa diri ini dan kerdilnya dicc Allah swt. Semua org sygkanNya tp ttp melakukan perkara mungkar :'( mataku tgnku kakiku telingaku lidahku terlalu berdosa terhadapMu Ya Allah. Aku pnh melihat perkara2 mungkar, tersentuh yg haram, melangkah ke tmpt yg lagha, mendgr perkara2 mungkar, bertutur perkara2 mungkar. Astaqfirullahal'azim.......... Hinanya diri ini :'(


Thursday, March 22, 2012

Awak, I never get jealous :')

SoOoOoooo Sweettttttttt............... *nada eira syazira* :'D

Wednesday, March 21, 2012

Sakit kepala qeyau.....

Patut la dari pagi td sepanjang hari hati tak tenang... ingat nak kena mrh dgn bos ke pe.. upenyer perkara lain yg terjd.. Alhamdulillah selamat semuanya... huhu Ya Allah kenapa setiap kali aku tak sedap hati ada perkara tak baik yg berlaku.. Engkau memberi petunjuk yg aku sendiri tdk tahu akannya.. kerana Hanya Engkau lebih Mengetahui kan.. Byk sgt perkara yg terjadi jika aku rasa tak sedap hati.. 

Pernah sekali aku dri KL nak balik ke Kedah bersama family.. aku tak sedap hati sgt sampai rasa takut menyelubungi kepala otak aku ni.. last aku amek keputusan beritahu semua fmly aku berhati2 takut-takut ada perkara yg tak baek berlaku.. byk2 berdoa semoga dilindungiNya sepanjang perjalanan kami hari tu.. (keprcayaan karut?wallahualam cme jgn smpai kita menduakan Allah swt dan sentiasa ingt dan percaya pdNya)

Nak dijadikan cerita, kat highway yg de gaung2 tu bukit2 tu kan.. ttbe trelar terus potong msok dpn keta kami, dlm keadaan laju abah aku break emergency dan mengelak ke arah 'dibaider' tepi tu, nseb trelar tu msok arah kiri blek kalo tak tahu la pe nseb kami sekeluarga sbb mmg xsmpt break lg sejengkal asenyer nk kne... Nauzubillah....... Alhamdulillah tak da pe2.... mmg aku ingt peristiwa ni smpai bila2..... huhuhu

~ mungkin juga sbb namaku bermaksud Cahaya Petunjuk... huhu tapi setahu aku apabila hati kita rasa tak tenang gusar berdebar2 sebenarnya ia adalah gangguan syaitan....... Nauzubillah..... jika kita berasa begitu ingatlah Allah swt bezikir dan berwudhuk sebaek2nya dan tunaikanlah solat sunat... huhu

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
[Surah ar-Rad ayat 28]

Rasulullah saw bersabda:
“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu’, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, no: 1091)

p/s: title xde kne mengene kn.... haha abaikan jela.....................

Monday, March 19, 2012

i hope........

✿ Cinta Seorang Lelaki Terjaga ✿

Ukhti
Cintaku bukan diatas lisan maka tak harus aku ucapkan
Cintaku bukan pula di mataku maka tak harus aku menatapmu
Cintaku bukan pula pada jemariku maka tak perlu ku sentuh dirimu

Duhai wanita yang ku cintai,
ku dengar gemercik hatimu bertanya, “maka dengan apa engkau mencintaiku ?”

Subhanallah,
Aku mencintaimu dengan kebenaran
Aku mencintaimu dengan memuliakanmu
Aku mencintaimu dengan menjaga kehormatanmu

Maha suci ALLAH
Aku tak peduli mereka berkata apa atas kebisuan cintaku
Tapi aku tetap yakin inilah yang terbaik
Aku akan tetap rahasiakan rasa hatiku

Ya Rabb,
Ingin ku jaga suci hatiku, dan suci dirimu
hatiku dengan rahsia suci-MU

Percayalah. . .
Di balik cinta diamku terdapat bukti kesungguhanku
Di balik cinta diamku, aku selalu menjanjikan kesetiaan
Dan sudah ku buktikan walau cinta belum ku ucapkan
Dan tentu engkau tahu itu

Biarlah mereka bermadu kasih di luar janji suci dengan kehinaan dan menyia-nyiakan masa muda. Dan penyesalan di akhir cerita.

Ukhti,
aku ingin kita mengukir kisah cinta dan bermadu kasih di bawah janji suci yang di redhai Allah.

Mengukir kisah yang manis saat ini. Guna kelak bila kita punya anak kisahku dan kisahmu menjadi dongeng sebelum tidur bagi anak kita.

Ukhti…
Bisuku dalam cinta, diamku, tunduknya pandanganku, maluku. Itu adalah bukti cintaku padamu.
Dan itu yang kuyakin benar

InsyaAllah,
Andai kita tak di pertemukan di dunia, maka aku menunggumu di SyurgaNya. . .
insyaAllah... :)
tanda sayang dan juga cinta, dia memutuskan untuk tidak berhubung dengan insan yang dia cintai untuk menjaga batasan cinta kerana dia berjanji untuk melamar insan itu suatu hari nanti. :)

subhanaAllah..Alhamdullilah...insyaAllah....
p/s : bakal suamiku syg.. i hope u seperti yg di atas tu.. taw taw taw ? ;'D nanti kita jumpa okay ? sabaq naaaa ;'D

a a a ai ai ai :'D

Walau jasad kita terpisah jauh,
namun hati kita selalu dekat ^_^

Saturday, March 17, 2012

..................

ada cara lain tp kenapa itu yg dipilih? kenapa tdk berfikir sedlm2nya ketika melakukannya?

.............

sakit asenyer...... tp xmampu nak bersuara..... berdoa ajela... kerana Dia lah yg Lebih Berkuasa dan Memahami.....

Monday, March 12, 2012

Teddy bear :D aum aum

Hari tu pegi JJ, pegi lovely lace nmpk seorg jejaka ni dok pilih bebear... swettt sgt kalo tgk, sayu pon da *gtai kan?* hahaha yela, spe xnk... hahaha tgkkk je die pilih pastu upenyer die nk letak bebear tu peluk present die.... cntekkk2 pndai2... hoho :D tgk pnye tgk muka die cm someone yg aku xkenal dan pernah menjd misteri dlm hdup aku dlu... yg aku ingt plat no keta dia AGD 285 xslp perghh ! spe kenal meh gtaw sat spe... hehe :P

TP
TP
TP
KAN..............

 
Hadiah yang indah bagi seorang wanita, bukan coklat atau teddy. Tapi hadiah masuk meminang dari seorang lelaki untuk menikahi perempuan itu secepat mungkin. Hadiah menjadikan dia serikandi. Bukan sekadar hiasan yang dibawa kesana kemari.. :)
LOVE YOU MY FUTURE HUSBAND !

Saturday, March 3, 2012

Impian...........

Syurga lebih INDAH daripada keindahan DUNIAWI kan ? Subhanallah....

jadi perlukah aku menanam semua impian dan angan-anganku ? hmmm

tapi jika itu kehendakNya dan telah ditetapkanNya...

terimalah seadanya... huhu

Syukur Alhamdulillah... 

nikmatilah segala yg kita pinjam drpNya sekarang.. huhu

cubalah bergembira bersama mereka yg mungkin telah memiliki impian kita...

dan sebenarnya Allah swt telah aturkan perjalanan hidup setiap hambaNya dgn CUKUP INDAH sekali... huhu

Friday, March 2, 2012

Tolong sampaikan pada si dia......


I Love Allah

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia,
bila dia tenggelam dalam angan-angannya…



Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia,
aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya,
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia,
aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri… Terima kasih Ya Allah atas nikmat yg Engkau berikan :)