BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 22, 2012

Cinta High Class ^^

Assalamualaikum ^^


Lupa diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya?
Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman & berterima kasih dengan pemberinya?
Remaja sinnonim dikaitkan dengan masalah cinta. Cinta sesame manusia merupakan fitrah yang dianugerahkan Allah kepada semua peringkat umur manusia. Namun, zaman remaja itulah zaman kemuncaknya kerana berlaku pertukaran fasa kanak-kanak ke alam dewasa, apatah lagi peringkat remaja mencari identiti sebenar diri mereka sebelum melangkah ke alam dewasa. Berikut adalah pandangan dari sudut psikologi (Erikson’s Psychosocial Stages):

Sedangkan pada pandangan ilmuan barat, cinta ini sememangnya wujud.
Siapa kata Islam menghalang kita dari bercinta?
Islam cuma melarang kita mendekati zina. Islam sangat & terlalu berhikmah.
Cuma kita yang tidak rajin untuk mengkaji & mendalami Islam dengan penuh minat.
Kita khilaf, kadang-kadang narrow minded. Tiada satu hukum di dalam Quran pun yang menyekat & menghalang manusia untuk menzahirkan fitrahnya.
Kita tengok rahib & sami.
Kita lihat sunnah Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w pun bercinta & berkahwin dengan isterinya =)

Yang salah adalah cara cinta itu ditafsirkan, diertikan & dizahirkan.

Zaman remaja perlu diurus dengan baik & ditangani dengan penuh berhikmah di atas jalan yang benar agar natijahnya kelak adalah sesuatu yang bukan sahaja mendatangkan kebaikan buat diri sendiri, tetapi mendamaikan hati ibu & ayah serta mendapat keredhaan & keberkatan Ilahi. 

Kategori cinta ada 3;
Cinta biasa, Cinta luar biasa & Cinta high class.
Cinta high class ialah perkara yang lebih baik. Ia bukan cinta biasa, mahupun cinta luar biasa.
Ada ke perbezaan antara ketiga-tiga cinta ni?

CINTA BIASA 
“Meow..” 
Seekor kucing jantan bertompok-tompok di badannya mengejar si kucing betina. Galak bunyi ngiaunnya. Lebih nyaring & panjang dari biasa. Mungkin musim mengawan telah biasa. 

Seperti haiwan, begitu jugalah manusia. Wanita & lelaki saling tertarik antara satu sama lain dan itu adalah perkara biasa. Apabila ada sesuatu yang dipandang & didengar yang dapat menarik perhatian seseorang, perkara itu akan membuatkan seseorang ingin mengetahui lebih lanjut tentangnya. Malah, tarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang; jantan & betina. 

Bukan sahaja saling tertarik, wanita & lelaki juga difitrahkan dengan perasaan saling mencintai. Ia perkara biasa yang dialami oleh semua orang yang sihat akalnya. Islam sama sekali tidak menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti menjadi rahib & menolak perasaan cinta serta keinginan untuk berkahwin dengan alasan untuk mengelakkan diri daripada mendapat mudarat cinta. 

Sebaliknya, Islam menawarkan solusi terbaik iaitu pernikahan agar fitrah dapat disalurkan menjadi barakah. Itulah cinta biasa; perasaan yang sedia ada & fitrah dalam hati setiap insan.

CINTA LUAR BIASA 
Namun, cinta luar biasa tidak dinilai pada sehebat mana cara pertemuan pasangan tersebut, atau sejauh mana perhubungan cinta mereka diuji dengan pelbagai cabaran & dugaan. 

Wanita & lelaki yang dibuai tanpa kesedaran & batasan dengan perasaan cinta ini, akan sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Bahkan mereka cuba membuktikan kepada dunia bahawa cinta mereka begitu mendalam, setia, suci & luar biasa. Tidak seperti pasangan-pasangan yang lain. Sedarkah mereka akan akibatnya? 

Demi cinta, segala-galanya yang ada pada diri, sanggup digadaikan, sanggup diberikan.
Kepercayaan yang diberikan kepada pasangan sebelum diijabkabulkan tiada berbelah bahagi. Luar biasa kan? 

Demi cinta, mereka sanggup mengetepikan keluarga & tinggal bersekedudukan dengan si dia. Luar biasa! 

Demi cinta, bayi yang tidak berdosa sanggup digugurkan & dikisar di dalam blender. Luar biasa! 

Demi cinta, mereka sanggup menelan racun & terjun bangunan untuk membuktikan kesetian & kesucian cinta mereka. Memang luar biasa! 

Demi cinta, hubungan cinta & perkahwinan dibanjiri dengan kemewahan & kekayaan yang melampau. Sungguh luar biasa! 

Semua itu memang luar biasa. Ya, luar biasa yang membawa kepada kebinasaan. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup digadaikan. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki & wanita daripada punca-punca keghairahan & pencetus fitnah.


“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.”
(Yunus, 10:44)


CINTA HIGH CLASS 
Wanita & lelaki yang bercinta selepas nikah akan saling melengkapkan keperluan diri, pengetahuan & agama pasangannya. Ini jauh lebih luar biasa & dikategorikan sebagai cinta high class. 

Tetapi jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna & dara saling tinggi mujahadah. Fahamkan si dia dengan cara yang benar serta kurangkan perjumpaan & komunikasi. Ia hanya dibolehkan atas dasar urusan & keperluan sahaja dengan menjaga syarat & batasan. Jika di luar batas urusan, sekatlah kemahuan tersebut kerana ia bukan atas dasar keperluan yang benar-benar perlu. Islam bukan menyekat seratus-peratus pergaulan antara lelaki & perempaun tetapi Islam tahu di mana kekuatan & kelemahan cucu anak Adam a.s. Allah Maha Tahu & Dia Yang Paling Tahu apa yang kita sebenarnya pura-pura tahu tetapi sebenarnya kita tidak tahu tetapi pura-pura tahu.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."

Dalam menilai antara keperluan & kemahuan, mintalah fatwa dari hati. Hati yang sihat & sejahtera dapat membezakan antara kebaikan & dosa. Kebaikan itu ialah perasaan yang tenang di dalam hati. Dosa itu pula adalah perasaan was-was & syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan perasaan cinta & rindu kerana apabila telah halal perhubungan itu, ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan. 

Daripada al-Nawwas bin Sam’an r.a, Baginda s.a.w menjawab apabila ditanya tentang kebajikan & dosa, maksudnya: 
“Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti & dosa itu ialah apa-apa yang tergetar dalam dirimu & engkau benci orang lain mengetahuinya.”
(Riwayat Imam Muslim) 

Terdapat juga hadis daripada Wabisah bin Ma’bad, beliau berkata: 
“Aku telah menemui Rasulullah s.a.w & bertanya tentang kebajikan & dosa. Lalu, Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Engkau datang kerana mahu bertanya tentang kebajikan?’ Aku menjawab: ‘Ya.’ Baginda bersabda, maksudnya: ‘Himpunkan jari-jemarimu & letakkan ia di dadamu. Lalu, mintalah fatwa daripada dirimu & hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang membuatkan diri & hati berasa tenang dengannya. Dosa itu pula ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu & teragak-agak (keliru) di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu & mereka membenarkannya.”
(Riwayat Imam Ahmad & Al-Darimi)

PELAN TINDAKAN 
Cinta high class bukan eksklusif milik sesiapa.
Tidak untuk mereka yang berpangkat tinggi atau berkedudukan teratas. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua & tiada yang terkecuali. Jangan tunggu hingga hari esok. Hari ini juga, cintailah secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga. 

Apakah criteria cinta high class? 
1) Cinta yang mendaulatkan Allah sebagai yang pertama. 
2) Cinta kerana Allah. 
3) Cinta yang bermujahadah melawan nafsu. 
4) Cinta tanpa seteru (menjaga hubungan sesame manusia-habluminannas) 

Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi berpesan mengenai cinta high class ini: 
“Pernikahan yang baik ialah pernikahan yang tiada halangan dari kedua-dua pihak, ibu bapa, adat & undang-undang.” 

Cinta bukan hanya melibatkan dua pihak; lelaki & perempuan sahaja. Cinta yang baik memelihara hubungan yang baik sesame manusia (habluminannas). Fikirkan tentang pernikahan yang berlaku tanpa wali, kahwin lari tanpa restu keluarga & hubungan bebas sebelum berkahwin. Ia mungkin sah, tetapi adakah ia mencapai tahap high class? High class di sini bukan bermaksud majlis pertunangan yang gempak, majlis perkahwinan yang ‘grand’ & pasangan ‘couple’ yang paling ‘hot’ di antara yang ter’hot’. Serapkan habluminannas dalam cinta high class ini, moga-moga insan yang berada di sekeliling akan mendoakan keberkatan dalam rumah tangga yang akan dibina hingga ke akhirnya, Syurga yang Hakiki. 

Berdoalah agar memiliki cinta yang high class di sisi Allah:
“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu & cinta orang yang mencintai-Mu serta amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku & air yang sejuk (ketika panas terik).”
(Riwayat Imam al-Tirmizi)

SALING MEMERLUKAN 
Mawar & kumbang secara semula jadinya memang berbeza. Perbezaan ini wujud untuk saling melengkapi. Boleh jadi, kerana perbezaan itu mereka saling jatuh cinta. Begitu juga manusia. Lelaki sukakan sifat kelembutan yang ada dalam diri seorang wanita. Wanita pula mendambakan sifat kepimpinan seorang lelaki. 

Lelaki & wanita saling memerlukan antara satu sama lain. Ini fitrah & tidak dapat dinafikan lagi. Bagai botol dengan penutupnya, bagai pensil dengan kertas, bagai senduk dan kuali, bagai bulu tangkis dan raket, bagai pahat dengan penukul dan bagai irama & lagu. 

Bukti saling memerlukan ini akan menjadi “luar biasa” & high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Mengapa ia dipandang high class? Itu tanda mematuhi suruhan Allah, tanda jauhi fitnah & tanda sebuah mujahadah.

Kenapa saya suka post entry berkaitan dengan cinta?
Jawapannya mudah.
Hidup kita dipenuhi dengan cinta.
Cinta yang Allah kurniakan kepada makluk-makhlukNya yang menjadi lambang cintaNya kepada kita semua.
Cinta kepada Allah, Cinta kepada Rasul, Cinta kepada Ibu Bapa, Cinta kepada Guru, Cinta kepada Sahabat, Cinta kepada Alam Sekitar & bagi yang sudah berumahtangga,
Cinta kepada Pasangannya.
Jika cinta itu diletakkan tepat pada tempatnya,
InsyaAllah berbahagialah kamu dunia akhirat.
Tetapi,
jika Cinta itu menjadi penyebab kebinasaan & kehancuran,
alangkah ruginya kamu.

Kalau kita orang bijak,
kita mampu membezakan
yang mana Mencintai Kerana Nafsu
yang mana Mencintai Kerana Allah.
Meninggalkan & cuba Menjauhi apa yang kita cintai sebelum tiba masanya bukan kerana membenci tetapi kerana Mencintainya Kerana Allah.. 

Cintailah sesuatu kerana Allah.
Dengan memilih untuk mencintai Allah,
segala-galanya bakal dimiliki.
“If Allah is all you have,
you have all you need.”


“Ada manusia, 'cinta' itu menjadi tali arus yang mana dia hanyut & lemas di dalam lautan cintanya itu. Ada manusia, 'cinta' itu menjadi pendayung untuk dia sampai ke hulu cinta yang lebih Hakiki, cinta Ilahi. Dan manusia sendirilah yang menentukan 'cinta' itu apa untuk dirinya.”
Siapa kata dakwah, bole buat kat masjid je?
Siapa kata dakwah, tanggungjawab jatuh pada lelaki je?
Semua orang boleh!
Pahala untuk kita semua! =)

 Allah Taala berfirman:
"Dan orang-orang yang beriman, laki-laki & perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf & mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat & taat kepada Allah & Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat dari Allah. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana."
(At-Taubah, 9: 71)
Aku juga insan & hamba yang berdosa.
Ingatkan aku bila aku terlupa. 

              ♥                                                ♥                                         ♥

p/s:
Ya Allah, sesungguhnya aku merinduinya ,
'Pejam mata & ucapkan'
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Rahman,
Aku rindukannya keranaMu
Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu
Aku semakin mengerti 'Jarak' ini untuk menjaga aku & dia dari terjebak ke lembah kemaksiatan & kebinasaan
Dengan 'Jarak' ini aku & dia berjanji untuk
berubah menjadi yang lebih baik
Ya Allah Ya Samad
Perbaikkanlah Agama & Akhlak kami

Cinta High Class selepas kahwin, cinta yang membawa ke Syurga, bkn atas nafsu/ hanya ingin menghalalkan utk memuaskan nafsu. Jika itu yg diutamakan, jgn terkejut kalo suatu hari nnty hubungan keluarga kita mempunyai masalah. Seks boleh dibendung wlaupun sebelum kahwin bukan? Berpuasalah kamu, kuatkan Iman dgn dktkan diri kpdNya.

Pada saya, Cinta High Class ataupun Cinta selepas Kahwin, menjadi suami isteri adalah utk saling melengkapi antara satu sama lain dgn kelebihan & kekurangan yg ada. Jika pasangan kita mempunyai kekurangan, sebenarnya lebih byk lg kelebihan yg dia ada. Carilah kelebihan itu bg mengecapi kebahagian, jika kekurangan yg dicari sesungguhnya kita tdk akan pnh rasa puas dan bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang. Tiada kesudahannya.

Suami isteri? Mereka adalah pasangan kita, peneman kita, pemberi semangat kita,berkongsi suka duka kita, dulu mungkin keseorangan mengadu kpd Allah SWT segala suka duka kita. Tp apabila mempunyai pasangan, segala-galanya bersama. Sama-sama solat mengadu kpdNya, mencari redhaNya bersama, berjihad ke jalanNya bersama, mengejar SyugaNya bersama, semuanya bersama. Subhanallah bahagianya indahnya.... ^^


Apabila saya bersuami nnty, motif utama adalah melengkapkan separuh drp Agama saya, mengamalkan Sunnah Rasulullah, meramaikan lg umat Islam (anak-anak) wah! cm ramai je ^^ memelihara kesucian diri, menjaga keturunan, utk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman dan yg paling penting, lepas ni saya tdk berdakwah, berjihad, beribadah sorang2 lg. Ada peneman gitu, boleh membimbing ke arah yg lebih baik dan berusaha bersungguh2 utk mengejar syurgaNya yg Indah lg Kekal Abadi utk detinasi seterusnya utk bersama yg tersayang (suamiku). I'm waiting you, akhi ku ^^

0 comments: