Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu “menyihir” hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman.
Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.
Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”
Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.
Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, karena hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.
Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.” Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka :
“Tersenyumlah!!!”
Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu :
“ Tersenyumlah!!!”
Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu :
“ Tersenyumlah!!!”
Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam, “anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid …rumah ibadah kita bersama.”
Bayangkan apabila orang tua dan uzur mengusung kaki ke saf hadapan maka kita orang agama yang agak muda menyapa, “Pakcik boleh berjalan…jom kita perlahan-lahan jalan sekali ke saf hadapan…(sambil tangannya memimpin pakcik tersebut)”
Bayangkan apabila orang non-Muslim bertanya kepada si Imam di masjid “Bolehkah saya masuk ke masjid?” Maka dijawab oleh Imam dengan penuh senyuman, “Kami sentiasa rindukan kehadiran tetamu…masuklah…di sini penuh ketenangan…anda sudah minum?”
Andai kita orang agama mahupun bukan ber’bendera’kan orang agama sentiasa tersenyum, sudah pasti ada hati yang sudah tergoda dengan senyuman ikhlas daripada iman anda. Ayuh kita senyum ke seluruh alam! Biar orang menggelarkan anda seorang yang gila kerana terlalu murah senyum, daripada orang menggelarkan anda seorang yang sombong kerana terlalu mahalnya senyuman.
p/s: La Tahzan Jangan Bersedih Don't be Sad (Setelah kesulitan pasti ada kemudahan) INGAT ALLAH SWT PASTI ANDA AKAN TERUS TERSENYUM DAN MELANGKAH KE HADAPAN ! ♥
Syukran jazilan sahabat 22 ^^
0 comments:
Post a Comment