Jangan ungkapkan kalimah cinta terlalu awal. Sebelum diri benar-benar siap menjadi diri yang tepat. Usah risau diri tidak disapa cinta manusia. Yakinlah pada aturan yang Allah lakarkan dalam setiap kehidupan yang ada. Telah tertulis jodoh, rezeki, ajal di tanganNya. Serahkan sahaja kepada Allah SWT. Apabila tiba saatnya, Allah akan temukan hati yang satu lagi. Hati yang penuh cinta untuk memberi cinta. Saat itu, hati kita telah sedia untuk menerima cinta. Tepat waktunya dan sesuai keadaanya
Ayuh kita teruskan usaha untuk menjadi diri yang tepat. Usah risau soal bila cinta pertama akan menjelma. Itu urusan Allah, pasti ada aturan dari-Nya. Akan sampai satu masa, tempat dan keadaan yang tepat, cinta itu bakal muncul jua. Tanpa diayat, tanpa digoda, tanpa dipujuk rayu kita dengan mudah menyahut cintanya. Kerana cinta itu adalah soal rasa.
Saat itu, rasa hati yang menghadirkan rasa yakin dalam diri kita seolah-olah berkata, "Inilah dia cinta pertamaku yang ditunggu selama ini." Pada ketika itu, diri kita telah menjadi tepat. Tepat untuk memberi cinta dan menerima cinta.
Sesungguhnya janji Allah itu benar. Apabila kita telah tepat memilih untuk sebuah cinta, pasti akan hadir cinta yang tepat untuk kita. Hanya dengan menjadikan landasan cinta itu sebuah cinta suci, maka perjalanannya juga akan seiring dengan laluan matlamat utamanya. Matlamat yang hanya untuk meraih sebuah cinta yang hakiki. Cinta Ilahi. Apabila laluannya adalah tepat dengan tujuannya, pasti kita akan temui orang yang tepat menyambut dan meraih cinta kita.
Sesungguhnya Allah SWT berfirman melalui kalamNya:-
"...sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Manakala lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(Surah An-Nur ayat 26)
(Surah An-Nur ayat 26)
Yakinlah, kita tidak akan disia-siakan. Allah jualah sebaik-baik pentadbir dan pentaqdir sebuah kehidupan. Jika matlamat cinta telah utuh semata-mata kerana Allah, jadilah ia buah cinta yang ranum di atas pohonan rahmat dan kasih sayang-Nya. Lantaran cinta itu terpelihara di dalam jagaanNya. Jatuhnya hanya setelah ranum di atas dahan Rahmat.
Dan mengkin juga buah cinta itu tidak akan jatuh sekalipun telah ranum di atas pohonan rahmat cinta Allah, akan tetapi hanya akan di capai dengan hormat dan selamat. Tidak ternoda oleh tangan-tangan nafsu yang mengikat. Dinikmati dalam bahagia yang penuh dengan keredhaan dan keampunan.
Dan itulah cinta pertama dan cinta selamanya (sampai ke syurga). Cinta yang tiada untuk yang kedua kalinya.
Hanya cinta pertama!
p/s: Pd saya Cinta monyet bukan cinta pertama... Cinta pertama dpt dirasai kehangatannya yg luar biasa dan terus bergetar jauh dilubuk hati hingga tdk terucap... Cinta pertama terbukti dgn 'akad nikah@ijab dan qabul' dan membawa ke SyurgaNya... InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment