بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Duhai akhi.. Sebaik manapun dirimu, takkan ku biarkan dirikujatuh ke dalam pelukanmu. Setampan manapun wajahmu,takkan membuatku terlena kerana engkau belumlah menjadi kekasih halal buatku. Selembut manapun perlakuanmu padaku, tak mahu aku terbawa ke dalam mimpiku kerana belum tentu Allah mentakdirkan engkau menjadi milikku.
Walaupun benar ada harapan dalam hatiku untuk dapat menjadi bidadarimu, takkan ku hinakan diri ini dengan mengemis cinta dan mencuri perhatian darimu. Kerana apa yg nampak indah di mataku belum tentu terindah menurutNya.
Duhai akhi.. Biarlah kagum ini kusimpan dalam hati, dalam istikharah sujudku padaNya ku pinta, semoga engkau yg Allah pilih dan Allah redhai, sebagai imam dan ayah kepada anak-anakku kelak. InsyaAllah
Khitbahlah aku, jika menurutmu akulah yang layak mendampingimu. Agar cinta ini terjaga dan benar2 dapat ku persembahkan padamu kelak wahai kekasih halalku. ^^
0 comments:
Post a Comment