BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 3, 2012

Antara kita :')

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum


Walau apapun yang terjadi sekali pun, mana mungkin aku dapat melupakan kamu. Kenangan antara kita. Aku mungkin akan TERlupa akan semua itu jika dengan izinNya aku 'hilang ingatan'. Nauzubillah, Semoga Allah sentiasa memberi aku kesihatan yang baek untuk aku terus beribadah kepadaNya. 

Semakin banyak kenangan dicipta semakin banyak pengajaran dapat diambil dari situ. Jangan jadikan ianya satu penyesalan yang tidak ada titik noktahnya tapi lahirkan satu kesedaran dan iktibar dari setiap kenangan yang tercipta. Sesungguhnya Allah SWT lah Pengatur Hidup kita yang terbaek di dunia yang sementara ini bagi mengukuhkan lagi perjalanan kita menuju ke SyurgaNya yang kekal Hakiki. MasyaAllah.

Sesungguhnya 'DOA' lah penghubung yang terbaek buat kita sekarang. Biarlah Allah SWT yang Mengetahuinya dan biarlah Allah yang menyampaikan 'DOA' itu dengan Kehebatan KuasaNya. Allahuakbar! Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Malah hanya Dialah yang Maha Mendengar segala rintihan hamba-hambaNya.

"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.



"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan. (Hadis Qudsi)


Biarlah kita bersama-sama meraih CintaNya, RedhaNya, KeampunanNya. Malah menyibukkan diri dalam membalas CintaNya yang tiada tandingannya. Beribadahlah  beribadahlah beribadahlah 24 Jam. Berjihad lah berjihadlah berjihadlah di atas jalanNya. Sama-samalah kita memperbaiki diri, renovate hati, upgrate Iman yang mana masih kurang kita tingkatkan, yang mana kita telah melakukan LaranganNya kita bertaubat dan berubahlah berubahlah berubahlah.

Malulah padaNya. Malu lah. Kerana terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan sejak kita dilahirkan di atas Bumi CiptaanNya ini. Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah. Teruskan usaha kita dalam Mendapatkan RedhaNya. Sesungguhnya Redha Allah SWT lebih bermakna lebih manis lebih indah berbanding SyurgaNya. Subhanallah bertapa pentingnya Redha Allah SWT kepada kita. Allahuakbar!

" Dan tidak Aku ciptakan Jin dan manusia melainkan supaya mereka tunduk mengabdikan diri kepada-Ku."
(Al-Zariat:56)

Semoga kamu senantiasa dilindungiNya, dipermudahkanNya di setiap urusan kamu dan yang paling pernting sekali agar kamu senantiasa berada di dalam RedhaNya. InsyaAllah amin ya rabbal 'alamin :')

Ya Allah 

Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmatMu

والسلام
The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)

#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥



Jujur dariku > Cahaya Petunjuk

0 comments: