BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 21, 2012

Penyejuk Mata Hati buat Zauj ku ?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum


Ya Allah, mampukah aku menjadi isteri yang solehah dan penyejuk mata hati buat zauj ku nanti? huhu InsyaAllah Cahaya Petunjuk, kamu perbaikilah keperibadian kamu sekarang agar kamu lebih bersedia dan berjaya menjadi isteri yang solehah dan bidadari utk zaujku di Syurga kelak.

Besar tanggungjawabku, menjaga makan minum, pakaian, didik anak-anak, menjaga kebajikan keluarga, kemas rumah, bantu zauj ku dalam segala hal, layan zauj ku sebaik mungkin, menjadi penghibur buat zauj ku, menyenangkan hatinya, menjadi temannya, ada ketika zauj ku ada masalah mahupun kongsi kegembiraannya, ku perlu sentiasa ada di sisi zauj ku, lebih banyak lagi tanggungjawab jika perlu disenaraikan, tanggungjawab ku dengan keluarga mertua, keluarga ku sendiri dan banyak lagi. Subhanaallah MasyaAllah indahnya pernikahan perkahwinan itu jika saling melengkapi antara satu sama lain, memahami, bertolak ansur dan banyak lagi.

Tanggungjawab zauj dan zaujah perlu sama rata, bukan membebankan. InsyaAllah, dengan ilmu Allah yang ada ianya akan menjadikan keluarga itu penuh barakah, sakinah dan mawaddah. Dan yang paling penting pada ana sekarang Allah SWT redha pada setiap langkah kita di bumi Ilahi ini.

Ana akan terus berusaha dan berusaha dan terus berusaha dan mencari dan mencari dan terus mencari ilmu Allah dan istiqomah dan memperbaiki diri agar ana lebih bersedia menjadi zaujah buat zauj ana. InsyaAllah

Bakal zauj ku, ana sentiasa menanti anta untuk hadir dalam hidup ana. InsyaAllah, andai tiba masa kita di satukan, ana harap anta dapat beri tunjuk ajar dan bimbing ana dan bersabarlah dengan kekurangan ana ya. Huhu 

Yang Benar,
Cahaya Petunjuk22
** kenang daku dalam doamu **

p/s: Realiti org sekeliling ana - Semoga menjadi ikhtibar..

Bagi kaum adam ** sangat mudah untuk kamu menjadikan kaum hawa menjadi zaujah kamu. tapi untuk mendapatkan zaujah yang boleh memikul tanggungjawabnya itu bukan mudah. saya turut sedih dan bersimpati kepada kaum adam bila melihat, makan minum tak terjaga [kedai / msk sndri], pakaian tak terjaga [baju tak iron / iron sendiri], tidak memujuk ketika zauj penat bekerja / ada masalah dan banyak lagi lah. **

Ana tengok pun macam tak sampai hati, ada kaum adam seorang ni cerita / pengadu ** haish! aku memang syoq la kalo bini aku bleh hidang makanan dpn-dpn aku, masak kat aku. ni aku yang masak kat dia.. baju pun aku iron sendiri, kdg-kdg baju dia pun aku iron **

* Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan aku di bumiMu ini. Semoga aku dapat menjadi zaujah yang terbaik buat zauj ku dan agar zauj ku dapat menerima kelemahan/ kekurangan dan sentiasa menegur dan membimbing aku. Amin ya rabbal 'alamin * biar jujur menegur ana drp pendam dan tdk beritahu kesilapan ana, kerana jika tdk beritahu mungkin ana sendiri tdk akan sedar akan semua itu. :')

والسلام 

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥


0 comments: