BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 17, 2013

Kau Selamanya

Aku amat sayang kamu
Dari dulu hingga kini
Tak berubah ku terlena keranamu


Walau apa pun terjadi
Aku setia menyanyangi
Diri kamu kan berada di hatiku
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Terimalah diriku seadanya sederhana
Ku berserah kepadamu Ya Ilahi
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Thursday, May 9, 2013

Weit weit ! ♡


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


InsyaAllah


Before marriage, pastikan hati ada ilmu na, ilmu agama dan ilmu-ilmu yang lain jgk... Ingat buat persediaan sebelum kawen, bukan selepas kawen na... Haa, cara nak didik anak pon sebelum kawen jgk na wt persediaan... Kalo selepas kawen baru terkedek-kedek nak stdy mmg susah la kan...

Sebab tu dulu kita p tadika dulu, kalo tak terkejut la tgk ABC time darjah 1 tak taw pa kan... Ngee 

Contoh laa kann :P

----------------------------------------------------------------------------------

Baby Kite Dah Bertambah

Hmm Hmm Hmm, tak sje nak ckp baby kite dah makin bertambah la pulok rini.. Ngee Syukur Alhamdulillah, kite Ske Ske SKe !




Haa yang ni baby baru kite.. Alolo, baby-baby... Ummi syg suma baby ummi yer.. Ummi janji, insyaAllah hari-hari ummi salin pampers baby ummi yer.. Alolo, manja betol eih.. Semoga baby-baby ummi ni bantu ummi di Akhirat nnty yer.. Syg sumaaa  

Terima kasih atas pemberian yang sgt bermanfaat ini. Syukran jazilan. Jazakallah khairan khatira :')

Actually, pnjg cita nk cita berkenaan cmna bleh jatuh cinta n bleh beri kasih syg sepenuhnya pd baby kite ni.. InsyaAllah akan di luah pada masa akan dtg.. Bile tgk baby org lain, Subhanallah mcm-mcm ada.. Yg kite ni? Hmm baca pon tak abih lg taw suma yg kat atas tu.. Jahilnya diri ini.. 

Cayiok2 dalila, u can do it.. Let's Istiqomah Cahaya Petunjuk !

Sebelum da anak sendiri kena la pandai jaga babies kite ni kan.. InsyaAllah, semoga Allah terima ibadah kita.. Barakallah :')


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Tuesday, April 9, 2013

Cukup Allah bagiku ^^

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ





p/s: Cukup Allah bagiku, Cukup Doa menjadi Penghubung. Cukup segala-galanya jika Allah di hati. Maa FI Qolbi Ghairullah ! Semoga diberikan kekuatan pd diri ini. Amin Cukup la saya tahu awak bahagia walaupun saya tak tahu awak kat mana. Hee mesti sibuk buat report, letih keja. Kan? tapi awak tak lupa saya kan? erkkk *perasan ja aku ni :/ *Tipu la kalo dpt lupa semua kenangan dulu kan. Bila baca blek msg dlu, membuatkan hati lagi terusik. So, dok diam-diam suda, sujud mengadu pd Pemilik Hati. Menangis la puas-puas bila perasaan itu menggamit kembali.
Thats all, Kbaiii ! Allah is the BEST ! Love YOU Allah ^^

Tiada istilah jemu dalam mencari keredhaanNya.. Sabarlah wahai hati, berjihad berjuanglah kamu di dunia ini bagi mendapatkan Syurga yang INDAH. Jauhkan aku drp Azab Kubur dan Api Neraka Ya Rabb.Tgk Al-Quran ja tequih qeyau, Takmaw jauh dari Allah, takmaw! takmaw! takmaw! Kbaiiii Dunia for a while.. Take time for Akhirat. Huhu =.='


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Saturday, April 6, 2013

Ok takpe....

Owhh, pecah rahsia.... Rupa-rupanya selama ni diaaaaa ~ Ok takmaw ckp.... Hurmmm =.='

p/s: Sampai hati betui laaa kan, Takpe takpe tak baek kecik hati, Dosa.. Astaghfirullah :'(

:'(

Macam mana nak buang perasaan ni dalam hati ? ? ? ?

Thursday, April 4, 2013

STOP crying and LOOK forward !


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Sedih jika dikenang sekarang tidak seperti dulu. Aku tak tahu di mana, apa yang sedang berlaku dan segala-galaNya. Actually, memang aku tak layak tahu pon. So, harus YAKIN bahawa Allah sentiasa bersama hambaNya. Pasti akan jaga dan melindungi hambaNya dgn penuh kasih sayang.

Jika di renung sedalam-dalamnya. YA! Memang inilah jalan yang terbaek dan Allah telah tetapkan segala-galanya yang terbaek buat perjalanan setiap hambaNya. Harus YAKIN kpdNya.

p/s: STOP cyring and LOOK forward !


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Tuesday, March 26, 2013

Kena cari ke?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ



Soalan wanita : Cinta kena cari ke? Atau biar lelaki cari kita, takut pula kalau kita cari macam terhegeh2 nak dia.

Pakar diari hati : Setiap apa pun perlu utk diusahakan, masakan dapat sagu jika tak dipecahkan ruyungnya. Namun, usaha yg bagaimana sesuai dgn fitrah wanita itu? Usahakanlah dgn doa dan menjadikan diri solehah dulu sebelum meminta yg soleh, lagi satuuu...




"Jarak ini bukan untuk menghukummu, tetapi ia untuk menjaga aku dan diri kamu" 

Hadiah terbaik untuk seseorang adalah doa ♥

Jangan risau andai kita tidak dapat berhubung secara nyata/ bersua muka kerana melalui Allah swt saja kita dapat sampaikan doa yang terbaek kpd seseorang itu, kerana Dia adalah Penyampai yang terbaek dan yakinlah pada Allah swt dan janjiNya. Allah swt sentiasa akan menjaga, melindungi, kasih dan sayang terhadap hambaNya.

Sentiasalah berdoa akan kesejahteraannya. Semoga ikhtilat kita terpelihara ^^

"Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… " (Aidil Sahipaludin)


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Sunday, March 24, 2013

Bernikah, bersama, berjuang dan berbahagia hingga ke Syurga.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


NIKAH ?
TUJUAN UTAMAKU

(1) Perbanyakan Jumlah Ummat Islam dan beri kegembiraan kepada Rasulullah SAW
Baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud :
“ Nikah adalah sunnahku. Maka barang siapa yang tidak mengamalkan sunnahku bererti dia bukan termasuk golonganku. Menikahlah kalian, kerana sesungguhnya aku berharap memiliki jumlah umat yang banyak melalui kalian di antara umat-umat lainya pada hari Kiamat kelak.”

(2) Memelihara Dan Dekatkan diri kepada Allah SWT
Ada beberapa pasangan rakan yang berkahwin muda. Lalu, saya Tanya apa yang dirasai setelah bernikah?
Jawab mereka : “ Tenang dan semakin khusyuk solat!”
Alangkah mulianya manusia yang memelihara kehormatan dirinya dengan jalan-jalan yang suci dan murni. Pernikahan adalah suatu ibadah yang halal, suci dan bersih. Melaluinya, hati kita akan tenang, tenteram dan bahagia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Dan pada kemaluan salah seorang daripada kalian terdapat sedekah. Mereka bertanya, “ Wahai Rasulullah, bagaimana boleh salah seorang kami memuaskan syahwatnya kemudian dia mendapat pahala?”
Baginda menjawab :
“ Tidakkah kalian melihat apabila dia menyalurkannya pada sesuatu yang haram bukahkah dia mendapat dosa? Maka demikian pula apabila dia menyalurkannya pada sesuatu yang halal, dia akan mendapat pahala.”

(3) Membangunkan Generasi Muslim
Kita bernikah untuk membangun generasi. Satu generasi yang akan menegakan dan mendaulatkan Islam. MasyaAllah, hebat hasrat, cita-cita dan impian ini.  Dalam berhubungan intim, seharusnya kita berniat untuk mendapatkan anak yang soleh.
Anak adalah anugerah, kurniaan dan pemberian Allah SWT. Dan yang lebih membahagiakan lagi jika dikurniakan anak yang soleh. Tugas dan amanah ibu bapa ialah mempersiapkan anak-anak menjadi calon Syurga Allah SWT.
Inilah tugas utama kita. Dan, hal ini harus menjadi agenda dalam membina rumah tangga.
Berkahwin atau bernikah bukannya satu amal yang kecil atau kerdil tetapi ia adalah amalan yang besar dan mempunyai impaknya kepada kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT.
Bernikah, bersama, berjuang dan  berbahagia hingga ke Syurga.
Tekad bersama.



Alam rumah tangga dipenuh pelbagai warna-warni. Lantaran itu, jika tujuan dan matlamatnya bersih dan murni – insyaAllah ianya akan berada dalam naungan keberkahan Allah SWT. Kebersamaan, keselarasan dan kesefahaman antara kedua pasangan – suami isteri – sangat-sangat penting dalam menjayakan hasrat murni pernikahan Islami.
Justeru, bernikah bukan hanya gambaran keseronokan, keceriaan dan happy yang berpanjangan tetapi ia adalah sebuah kebersamaan, perjuangan dan kesepakatan untuk berlumba menuju Syurga.
Tidakkah kita ingin bersama pasangan yang dicintai di dunia sehingga ke Syurga dan diredhai-Nya?
Ya. Pilihlah untuk memulakan “sesuatu” hari ini dan sekarang juga!
p/s: RINDU? Renung balik apakah persediaan aku sebelum nikah. Ok, terus tak jd rindu! Takut, byk lagi perlu dpersiapkan, dpertingkatkan. Allahuuu =.=' Semoga dipermudahkan segala urusan kita olehNya. InsyaAllah, amin ^_^

وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Friday, March 22, 2013

Pelihara Ikhtilat


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ




22.03.2013
Genap 6bulan@stgh tahun
untuk??
biarlah rahsia ~

Pelihara Ikhtilat, Akhirat Selamat.
Dekati Maksiat, Dunia Nikmat.


p/s: Semoga dipermudahkan segala urusan kita olehNya. InsyaAllah, amin ^_^

وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥


Wednesday, January 16, 2013

Siapa jodoh ku? ^^


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ



Siapa jodohku, akan ku terima. kerana suami wajib ku cintai membawa keredhaanNya hingga ke Syurga.. dan cinta boleh dipupuk dgn izinNya.. insyaAllah... apa pon perlu terus berdoa tanpa putus2... Allah setia Mendengar weitt weittt <3

<---- Kenang daku dalam doamu ---->
Walau raga kita terpisah jauh, Namun hati kita selalu dekat ^_^
grrrrr paling tak tahan ble tgk kucing ni.... hri2 usha pic kucing ni... grrrr gerammm !!!!! terSGTlah COMEY !!!!!
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, semoga aku dapat menjadi seorang Isteri yang Solehah, dan 'dia' menjadi Suami yang Soleh dan kami dikurniakan zuriat yang Soleh dan Solehah..

Ya Allah, jika 'dia' yang terbaek utk aku, dpt bersama-sama meraih keredhaanMu, membawa aku ke jlnMu ke Syurga maka Engkau satukanlah aku dgn 'dia' Ya Allah..

Namun, jika 'dia' bukan yang terbaek utk aku, maka Engkau berilah taufiq dan hidayah kpd 'dia' Ya Allah agar kami dpt bersama-sama mencari ilmuMu dan keredhaanMu...

Sesungguhnya, sejujurnya jauh di dalam sudut hatiku, memang aku mencintai 'dia' Ya Rabb.. Selebihnya hanya Engkau lebih mengetahui di lubuk hatiku dan setiap perjalanan hidupku di dunia ini, sudah berlaku, sedang berlaku, dan belum berlaku..

Nah bunga SunFlower utk 'awak'.... SunShineee 
Seindah Suria yg Membawa Cahya , Ngee ^_^
Di tanganMu Allah ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya..


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Monday, January 14, 2013

Ketika Cinta Tak Berjodoh ~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ





Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan tetapi takdir berkata lain, hanya membuat rasa sakit dan pedih.

Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH SWT.

Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikat-nya di tentukan oleh ALLAH SWT.

Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak akan selamanya bersama kita.

Namun menangis lah saat kita lupa pada ALLAH SWT.

Segala perit di hati akan hilang pada waktu nya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.

Percaya lah pada kebesaranNYA.

Bahawa DIA tau mana yang terbaik untuk hamba-hambaNYA, mana yang terbaik untuk makhluk-makhlukNYA.

Jangan pernah anggap putus cinta dan tak dpt dengan yang kita harapkan sebagai hukuman atau ALLAH jahat.

Percayalah, ada rahsia di balik rahsia.

Di balik semua peristiwa pasti ada hikmahNYA.





 ALLAH SWT Berfirman:

Dan (DIA lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya                DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.                              (Surah Al Anfal: 63).
 Maha Benar ALLAH Dengan Segala FirmanNYA.

p/s : Siapa jodohku, akan ku terima. kerana suami wajib ku cintai membawa keredhaanNya hingga ke Syurga.. dan cinta boleh dipupuk dgn izinNya.. insyaAllah... apa pon perlu terus berdoa tanpa putus2... Allah setia Mendengar weitt weittt <3

Kenang daku dalam doamu ----> Walau raga kita terpisah jauh, Namun hati kita selalu dekat ^_^


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥