BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 26, 2013

Kena cari ke?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ



Soalan wanita : Cinta kena cari ke? Atau biar lelaki cari kita, takut pula kalau kita cari macam terhegeh2 nak dia.

Pakar diari hati : Setiap apa pun perlu utk diusahakan, masakan dapat sagu jika tak dipecahkan ruyungnya. Namun, usaha yg bagaimana sesuai dgn fitrah wanita itu? Usahakanlah dgn doa dan menjadikan diri solehah dulu sebelum meminta yg soleh, lagi satuuu...




"Jarak ini bukan untuk menghukummu, tetapi ia untuk menjaga aku dan diri kamu" 

Hadiah terbaik untuk seseorang adalah doa ♥

Jangan risau andai kita tidak dapat berhubung secara nyata/ bersua muka kerana melalui Allah swt saja kita dapat sampaikan doa yang terbaek kpd seseorang itu, kerana Dia adalah Penyampai yang terbaek dan yakinlah pada Allah swt dan janjiNya. Allah swt sentiasa akan menjaga, melindungi, kasih dan sayang terhadap hambaNya.

Sentiasalah berdoa akan kesejahteraannya. Semoga ikhtilat kita terpelihara ^^

"Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… " (Aidil Sahipaludin)


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

0 comments: