BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 11, 2012

Pengajaran hari ini . .

Nak jdi seorang ibu kpd anak2 dan isteri kpd suami tdk susah, 
Main point die: [asas- al-Quran dan didik/jaga dgn kelembutan] 

Didik/jaga dgn kasih sayang.. Bkn kekerasan.. Kena pandai memujuk..

p/s: Blum menjdi ibu kpd anak2 cume menjdi ibu kpd anak2 buah.. Ada hikmahnya aku berhijrah di KL ni.. Byk pengajaran dan erti kehidupan yg dpt aku belajar.. Ada cousin mcm ada suami, baju luar dlm kena basuh kena lipat.. Bilik bersepah kena rajin2 kemas [sownok kalo dpt suami yg tak sepah2kn bilik] .. Makan minum kena ikut selera mulut diorang bukan mulut kita.. dan byk lg la... Alhamdulillah aku ambil sebagai ilmu semua tu.. InsyaAllah.....

Friday, August 10, 2012

Nikmat . . .

Bismillah..

Syukur Alhamdulillah di atas nikmat ini Ya Allah... Nikmat kesakitan yg Engkau berikan ini pasti ada hikmahnya bukan? Ganjarannya pula jika lulus dgn ujian ini pasti lumayan bukan? Aku bersyukur kerana nikmat yg Engkau berikan ini pada 10 malam yg terakhir Ramadhan... Disamping aku masih lagi meraih keampunan  di atas dosaku yg terlalu banyak tdk terhitung, Engkau berikan pula nikmat ini... Semoga ia dapat menjadi kifarah dosa-dosaku yg lalu... Syukur padaMu Ya Allah... Aku bersyukur sangat, mungkin dengan nikmat ini aku dapat hapuskan dosa-dosaku ini.. :'(

Setiap yg Engkau kurniakan pasti ada hikmahnya, jadi kenapa perlu aku merungut kesakitan kan? Lebih baek aku Istighfar dan terus Istighfar di atas peluang ini bg menghapus dosa-dosaku... dan bersyukur  di atas kurniaan ini... :'(

Sakit memang sakit Ya Allah, sehingga nak berjalan pun susah... Macam bengkak pun ada lulut ini tapi mungkin perasaan aku sahaja... Sakitnya lulut kiri aku ini, berjalan byk? Tdk jgk...Kadang-kadang aku terfikir mungkin dgn kaki ini suatu ketika dulu aku telah melakukan dosa... Sakit sangat perut aku, sengal... Nak period agaknya, setahu aku ya memang ustaz ada ckp itu semua kerja Syaitan yg ingin merosakan  rahim seorang wanita.. Nauzubillah.. kerana apa? kerana Syaitan tdk mahu ummat Rasulullah berkembang.. InsyaAllah dgn madu dan doa-doa tertentu dpt membantu... :'(


Sakit-sakit badan, sakit belakang... Ya mungkin kerana aku selalu tidur selepas subuh... Astaghfirullah.... Tidur selepas subuh memang melemahkan badan.... Itu lah manusia, perkara yg di larangan itu lah selalu dilakukannya.. Astaghfirullah... huhu Berdosanya aku... Engkau berikanlah kekuatan kpdku untuk menerima ujian dan dugaanMu ini Ya Allah... :'(

Aku sayang pdMu Ya Allah, sayang sangat.. Dengan amalanku lah aku dapat membuktikan kasih sayangku padaMu sebagai balasan sayangMu kpdku.. Namun amalanku terlalu sedikit Ya Allah, aku perlu berusaha lebih lagi dalam membalas cintaMu Ya Allah.. Aku pasti dan yakin Engkau sentiasa dcc ku untuk membantu dan beri kekuatan kpdku... Jauhilah hatiku dalam mencintai dunia ini Ya Allah.. Sesungguhnya ia hanya sekadar persinggahan... dan apabila di akhirat nanti ketika itu aku sedar yg dunia itu hanya sekejap shj ibaratkan seperti baru bangun pg dari tidur.. MasyaAllah... :'(

#insan berdosa

Doa & Rindu ♡

♡ Biar berjauhan asalkan hati tak berubah ♡ 

 ♡ Biar tak jumpa asalkan hati tak lupa ♡ 

p/s: Kadang-kadang kan orang yg jauh beribu batu dgn kita, yg jarang contact kita, yg jarang berjumpa dengan kita adalah mereka yg selalu ingat dan dkt pada kita kerana mereka jadikan D.O.A sebagai penyambung R.I.N.D.U ♡

Thursday, August 9, 2012

Ya Allah, Ringankanlah Jodohku.

Ya Allah, seronok pulak tengok orang dah ada perancangan kahwin dari awal lagi, tp apa pun semua dgn izin Allah jgk "YaAllah, Engkau ringankanlah jodoh aku" amin

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Menentukan. Ya Allah, ringankanlah jodohku. Pertemukanlah hamba dengan seorang insan yang bergelar lelaki yang benar-benar menyayangi dan mencintai hamba keranaMu Ya Allah. Andai dia telah diciptakan buatku dari Luth Mahfuz lagi, maka dekatkanlah dirinya dengan diriku. Titipkanlah rasa sayang dan cinta di antara kami di atas namaMu Ya Allah. Dekatkanlah hati kami agar kami dapat melayari kebahagiaan yang kami sama-sama idamkan. Ya Allah Yang Maha Mulia, dariMu hamba memohon pertolongan sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik penolong, Kau permudahkanlah segala urusanku, permudahlah jodohku, permudahkanlah jalan ke arah kebahagiaan yang hamba cari selama ini. Dengan rasa penuh rendah diri dan kerdilnya diri hamba ini, hamba bermohon padaMu Ya Allah. Ameen Ya Rabbal Alamin..........


* Aku hanya manusia biasa. Aku hanya mampu berusaha, bertawakal padaNya. Selebihnya, aku serahkan padaNya kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.. *

Prof dr. Muhaya said:

Semasa sujud terakhir di dalam solat, doalah:

"Ya Allah, ringankanlah jodohku"

Doa dlm hati.. dan nk keluar rumah pon selain dri niat utk do something for the sake of Allah ,doa jgk semoga kita dipertemukan dgn jodoh kita...

Anyone wanna try this? huhu..

Tuesday, August 7, 2012

Eh2, yaka ??


Sebenarnya pd saya, dgn lebih tepat semua ini adalah ujian keimanan dan ketaqwaan dri Allah SWT . Membina silaturrahim dan Menyulam cinta dalam keredhaanNya . [pada yg halal]

p/s : Syukur Alhamdulillah d atas nikmat kebahagiaan yg Engkau berikan ini YaAllah .

Monday, August 6, 2012

InsyaAllah ♥


p/s: No couple couple, kasi nikah terussss. Akhi ku, cek tunggu na. Tak jumpa d dunia cek doakn kita jumpa d JannahNya kelak. Amin

Wednesday, August 1, 2012

Hidangan Barakah :')

Assalamualaikum.....

Tadi tgk Tv al-Hijrah - Hidangan Barakah... Subhanallah MasyaAllah.... Chef 'Arab' tu masak dgn penuh kalimah-kalimah suci Allah... Sentiasa membasahkan lidah dgn berzikir kpdNya sambil memasak... Ya Allah, tetapkan Iman tetapkan pendirian nak jd mcm tu.. hehe InsyaAllah, dan sambil masak kita boleh doakan apa saja utk org yg bakal makan mknan kita kan.. huhu

Chef tu lawak sgt, boleh maen2 sumbat cabai melaka/cili padi kt mulut ikan merah tu "masuk dkt mulut sni pon boleh... haaa awk sudah mati kan? duduk diam diam jgn kacau ok" hahaha lawak jgk.. ngee

Sambil die balut balut ikan tu pastu nak masuk dlm oven dia ckp kt ikan tu "jgn pergi mana mana ya sayang" *sambil tepuk tepuk ikan tu... hahaha Fun je kan sambil masak, baru la aura jiwa kita masuk dlm aroma masakan tu... kan2? pandai pandai ja Dalila ni.. hehehe

Pastu kan dia buat air mocktail, ermmm sdpnya.. da strawbery, pisang, boh susu, air n mcm2 lg la... blend semua, slurpp! blender tu mmg besh, perah buah2an boleh kisar yg rempah2 boleh...hehe bru aku ckp beshnhyaaa skali chef tu mcm dgr ja.. "suruh la cik abg beli, abg abg beli la mcm2 boleh guna msk utk abg juga" kalo cik abg tak nak beli suruh cik abg jumpa sy, sy suruh dia belikan.. hahahha

Papapon ni pesanan ringkas buat semua !

♥ Masak with YOUR HEART ! Masak with YOUR IMAN ! ♥

p/s: jgn lupa berzikir walaupon ketika masak... hehe baru la hidangan mkanan tu penuh barakah utk di jamah oleh family dan oopss! si suami.. hehe :')