BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 27, 2012

Akhiku....

Ukhti : Saya tidak layak untuk awak.

Akhi : Kenapa?

Ukhti : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Akhi : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Ukhti: Awak pandai, awak ada banyak peminat.

Akhi : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Ukhti : Saya juga tidak dalam ilmu agama.

Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Ukhti : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Ukhti : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.

Ukhti : Awak terlalu sempurna.

Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Ukhti : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.
 

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).

Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:

“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi faraj (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakahNya kepada suami isteri tersebut”
 
p/s: ♥ ♥ Pada zaman ini, bertemu dengan seseorang lelaki yang menjaga solatnya sudah cukup untuk mbuatkan diriku bangga, bersyukur... ini kerana diriku hanyalah seorang makmum yang setia menanti, seorang imam yang sentiasa disisi... ♥ ♥

#InsyaAllah.... :')

Thursday, July 26, 2012

Subhanallah! Ros ohh Ros! Mawar ohh Mawar ♥

Assalamualaikum.... hehe Ritu kan kte balek kmpg.... Pg tu terus ke dapur bukak pintu grill blkg... AND tardaaaaa "Makkk, bunga ros puteh dah berbunga dah noh....." [nada xcited gela...] hahaha

Maw tak xcited, dulu tanam asyik tak berbunga ja yg kaler puteh..hehe Pink dgn Merah ja bunga tak benti.... hehe Teringin sgt nak peluk cium kaler puteh plak.. Eh! slp cium ja.. Tak peluk aih... Ramas ramas ja.. ngee

Apa lg, mula la agenda cium menyium dgn penuh perasaan sebbek tak tersumbat masok dlm hidung.. hahaha geramm sgt.... Allahuakbar.... Wangiiiiiii.... Subhanallah indah sungguh kan ciptaan Dia? Dah la cantek wangi plak tu... MasyaAllah.... ♥  ♥  ♥  ♥  ♥ 

Haaaa, nak taw dak... Kte mkn kelopak bunga ros taw... haaaa Tak caya sudah tak paksa pon... wekkk Kte bangun bangun pg mcm biasa bukak grill blkg cium menyium bunga bunga ros yg ada.. Semua okay?? Kasi adil kan.. hehe Kelopak yg kte mkn? msty la amek yg fresh pnya yg baru kembang...

Wahhh! Nak ckp psl rasa dia tak taw... Biasa ja tak manis tak kelat tak pahit... Mcm tak rasa apa apa pon... Tapi NIKMAT la... Allahuakbar, "nikmat Tuhan yg manakah kamu dustakan" [Surah Ar-Rahman]

Ok larh, jom tgk gmbaq nak dak? Just biasa ja... But for me, sgttttttt cantek.. ♥  ♥  ♥  ♥  ♥

Cantek kan.... kan kan kan......
Ni kembaq dia.. hahaha
Yg nii kaler Pink... Selalu sgt berbunga... ngee
Ermmm, gmbaq kat bwh nii dpn umah pnya.. Pon ada jgk.. ngee Puteh jgk..... Yg Pink tu dh hari ke2 so dia layu sket la....

Haaaa, kt dpn umah mmg ska berbunga kmbaq.. Dlu kaler Pink pon cmni jgk... [nnty kte dpt ank kmbaq ahh..opss! berangan plak] hoho
Tgk, dh layu sket dah.... But still wangiiii taw.. hehe
Hehe ni yg kembaq td ler...... wekkkk

p/s: Setiap ciptaanNya pasti da hikmah disebaliknya dan ianya CUKUP INDAH ! Subhnallah ! ♥ [ttbe tringat, ritu kan de bdk tu tnye.. ros tu mawar eih? ye awkk, ros dan mawar itu adalah sesepesis... hahaha] :P :D

Hanya cinta pertama!

Jangan ungkapkan kalimah cinta terlalu awal. Sebelum diri benar-benar siap menjadi diri yang tepat. Usah risau diri tidak disapa cinta manusia. Yakinlah pada aturan yang Allah lakarkan dalam setiap kehidupan yang ada. Telah tertulis jodoh, rezeki, ajal di tanganNya. Serahkan sahaja kepada Allah SWT. Apabila tiba saatnya, Allah akan temukan hati yang satu lagi. Hati yang penuh cinta untuk memberi cinta. Saat itu, hati kita telah sedia untuk menerima cinta. Tepat waktunya dan sesuai keadaanya

 
Ayuh kita teruskan usaha untuk menjadi diri yang tepat. Usah risau soal bila cinta pertama akan menjelma. Itu urusan Allah, pasti ada aturan dari-Nya. Akan sampai satu masa, tempat dan keadaan yang tepat, cinta itu bakal muncul jua. Tanpa diayat, tanpa digoda, tanpa dipujuk rayu kita dengan mudah menyahut cintanya. Kerana cinta itu adalah soal rasa.

Saat itu, rasa hati yang menghadirkan rasa yakin dalam diri kita seolah-olah berkata, "Inilah dia cinta pertamaku yang ditunggu selama ini." Pada ketika itu, diri kita telah menjadi tepat. Tepat untuk memberi cinta dan menerima cinta.

Sesungguhnya janji Allah itu benar. Apabila kita telah tepat memilih untuk sebuah cinta, pasti akan hadir cinta yang tepat untuk kita. Hanya dengan menjadikan landasan cinta itu sebuah cinta suci, maka perjalanannya juga akan seiring dengan laluan matlamat utamanya. Matlamat yang hanya untuk meraih sebuah cinta yang hakiki. Cinta Ilahi. Apabila laluannya adalah tepat dengan tujuannya, pasti kita akan temui orang yang tepat menyambut dan meraih cinta kita. 

Sesungguhnya Allah SWT berfirman melalui kalamNya:-
"...sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Manakala lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(Surah An-Nur ayat 26)

Yakinlah, kita tidak akan disia-siakan. Allah jualah sebaik-baik pentadbir dan pentaqdir sebuah kehidupan. Jika matlamat cinta telah utuh semata-mata kerana Allah, jadilah ia buah cinta yang ranum di atas pohonan rahmat dan kasih sayang-Nya. Lantaran cinta itu terpelihara di dalam jagaanNya. Jatuhnya hanya setelah ranum di atas dahan Rahmat. 

Dan mengkin juga buah cinta itu tidak akan jatuh sekalipun telah ranum di atas pohonan rahmat cinta Allah, akan tetapi hanya akan di capai dengan hormat dan selamat. Tidak ternoda oleh tangan-tangan nafsu yang mengikat. Dinikmati dalam bahagia yang penuh dengan keredhaan dan keampunan.

Dan itulah cinta pertama dan cinta selamanya (sampai ke syurga). Cinta yang tiada untuk yang kedua kalinya.

Hanya cinta pertama!

p/s: Pd saya Cinta monyet bukan cinta pertama... Cinta pertama dpt dirasai kehangatannya yg luar biasa dan terus bergetar jauh dilubuk hati hingga tdk terucap... Cinta pertama terbukti dgn 'akad nikah@ijab dan qabul' dan membawa ke SyurgaNya... InsyaAllah

Wednesday, July 18, 2012

:: Jangan bersedih . La Tahzan ::


Jangan Bersedih... Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih... Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia
Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

Jangan Bersedih... Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

Jangan Bersedih... Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih... Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih... Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih... Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Jangan Bersedih... Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

Wallahualam...

Senyumlahhhh walalupun sedang menangis


Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan

Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini

Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamat tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada


p/s: "...Kadang-kadang, tak semua orang faham apa yg kita rasa. Namun Allah Swt Maha Mengetahui segala yg tersirat di dalam hati setiap hambaNya. Menangislahh selagi mampu andai itu yg membuat dirimu tenang dan bangkit kembali. Senyumlahhh, walaupun terpaksa..."

Mencari ketenangan utk kebahagiaan diri sendiri.  

Diamnya seorang insan yg sarat dgn isi. MALU terus mnjadi mahkota diri. Duhai muslimah sejati, amanah besar byk menanti utk insan brnama serikandi. HATI seorang yg bergelar srikandi semestinya KUAT, JIWA mestilah BESAR, hidup perlu dgn KETABAHAN. Harus juga GAGAH dalam menongkah agar tidak berpatah arah.

Diam...............

Lebih baik diam daripada berkata-kata
kalau berkata-kata itu lebih membawa sengsara

Lebih baik diam daripada bertindak apa-apa
kalau bertindak apa-apa itu lebih membawa derita

Lebih baik diam daripada bergerak ke mana-mana
kerana bergerak ke mana-mana itu lebih membawa seksa

Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

p/s; diam itu lebih baik. kdg2 kejujuran membawa erti yg berbeza n memberi mslh. after this just diam / said 'its ok' 'its ok' 'im fine' 'im fine' biar hati berbicara sendiri biar diri menanggung sendiri hanya mengadu kpdNya n keep quiet or just cry if u rasa lebih tenang... [letih2 menangis + istighfar at least tertdo so, dpt rehatkan otak]

ALLAH SENTIASA ADA DI SISIKU ! BANYAKAN ISTIGHFAR ! T_T

Tacink - Ameera !

Pengajaran [suami isteri only]

Gaduh gaduh but still loving... Si isteri menyenangkan, pandai memujuk/amek hati Si suami walaupun tgh marah. Tapi kenapa Amir matiiii....... [dah takdir eih]

Amirrrrrrrrrrrrrrr T_T

Sedey nye.......... nanges jap, seyes sdey... kcian Ameera... wuaaaaaa

Mood: tacink !! T_T