BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 31, 2011

Surat cinta malam Tahun Baru buat bakal suamiku tercinta :)

Suami tercinta,

Assalamualaikum.

Hye awak, awak sudah tidur ? Saya belum lagi, tak boleh nak tidur lah awak. Sudah berapa hari saya tak tulis surat pada awak kan, rindu pulak. Tapi saya sunyi lah awak malam ni. huhu dengan zikir ja lah yang buat saya tenang. Awak awak, malam ni malam tahun baru. Awak ada di mana ? Awak jangan bersuka ria pulak di luar sana. Ye lah awak malam tahun baru ni tak perlu lah bersuka ria sangat, lebih baik awak beramal ibadat okay ?

Awak, apa pon saya tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi yg ke 2012,InsyaAllah, azam kita tahun lepas, tahun ni, tahun depan aka esok & sampai bila-bila "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam." Semoga kita tetap istiqomah dlm beribadah awak. Selamat meneruskan 'perjuangan' di dunia dan harap Iman awak semakin meningkat dan kukuh.

Awak, saya tulis surat malam ni sempena untuk ucapkan Selamat Tuhan Baru awak. Saya harap awak sihat. Apa lah yang akan jadi pada kita tahun ni kan ? Hanya Dia yang Mengetahuinya awak. Agak-agak kita berjumpa tak ? Mungkin juga berselisih di tepi jalan kan, tapi kita tak tahu yang kita akan dijodohkan bersama. Tak apa awak, biar kita tak tahu dan biar kita tak berjumpa dan biar la masa yang menentukan. Ini rahsia Allah swt pada kita. Pada saya itu lagi 'sweet', kita akan betul-betul berjumpa dan kenal ketika kita betul-betul ingin di ijab qabulkan. :)

Awak awak, saya tak nak tulis lagi la surat malam ni. Nanti saya bertambah tacink. hehe Saya kan kuat tacink, awak ingat lagi tak surat yang saya tulis dulu saya ada beritahu awak. hehe :) Awak, saya sayang awak tau ? Sayang sangat-sangat ! Nanti kalau rajin saya tulis surat lagi okay ? Rindu awak ! :D


Yang merindui,
Bakal isterimu.


0 comments: