BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 28, 2011

Surat cinta lagi buat bakal suamiku tercinta :)

Suami tercinta,

Assalamualaikum.

Awak, awak buat apa tu ? Semalam baru saya tulis surat pada awak kan. Tapi hari ni tiba-tiba saya rasa rindu pada awak, hati saya sedih. Kalau awak nak tau saya ni kuat touching tau. huhu Apabila saya tengok gambar kawan-kawan saya yang sudah akad nikah saya tengok bahagia sangat. Air mata saya pon bertakung awak, agak-agak nanti kita berdua bahagia macam mereka tak ? huhu

Awak awak, saya harap nanti awak dapat terima saya seadanya. Kekurangan saya cacat cela saya menjadi suatu kelebihan untuk awak. Awak di mana sekarang ? Agak-agak kita pernah berjumpa tak sebelum ni ? Saya rindu awak, saya sedih sekarang nak ja saya menangis dekat awak. Kalau awak ada sekarang mesti awak pujuk-pujuk saya kan ? Nanti kalau awak baca entry ni, mesti awak sedih kan sebab isteri awak sedang sedih sekarang kan. Hanya awak mampu pujuk saya kan nanti, cup ! awak ni pandai pujuk memujuk tak ? hehe 

Awak, awak nak tau sesuatu tak ? Dulu kan, masa sekolah menengah saya pernah bagi tau kawan-kawan baik saya "aku nanti nak dapat suami yang tak pernah ada hubungan dengan orang lain sebelum dia kahwin dengan aku. mesti syok kan weh?" Awak paham tak ? hehe Saya nak saya wanita pertama yang pernah hadir dalam hati awak, dan saya lah yang terakhir untuk awak. Bahagianya saya kalau impian saya ni tercapai awak. Awak awak, hati awak dah berpunya ka sekarang ? hurm Saya harap tak, biarlah awak hanya kepunyaan Allah swt dan ibubapa awak sahaja sekarang. Awak simpan lah sedikit ruang dalam hati awak untuk saya ya ? hurm :(

Awak, awak sihat ka sekarang ? Saya sihat-sihat ja sekarang. Awak nak tau tak, saya sentiasa berdoa untuk awak. Saya doakan agar prestasi Iman awak semakin meningkat, so nanti boleh la awak jadi pemimpin yang berjaya dalam keluarga kita nanti. Insyaallah :) Awak pon mesti doakan saya kan, sama-sama lah awak kita memperbaiki Iman kita untuk jadi yang terbaik. So, nanti bila kita sudah ditakdirkan berjumpa dan dijodohkan bersama boleh lah kita berkongsi ilmu. Maklumlah, saya ni seorang wanita yang lemah awak, perlukan bimbingan daripada seorang lelaki yang bernama suami iaitu AWAK ! ;) 

Okay la awak, saya di office ni. Time lunch saya pukul 1. Nanti ada masa saya tulis surat lagi pada awak okay ? :) Saya doakan kesejahteraan awak wahai bakal suamiku. Tak kira siapa awak, di mana awak berada, doa saya tetap untuk awak. Jangan risau bakal suamiku. Saya tak tau siapa awak, mungkin orang yang rapat dengan saya dan mungkin orang asing. Sudah la awak, semakin merepek saya kan ? hehe Awak jangan lupa lunch tau ? eh, yang penting awak jangan lupa solat okay ? daaa :)


Yang merindui,
Bakal isterimu.

0 comments: