BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 11, 2012

Hanya pada-Mu ku memohon :'(


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,

Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,

Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amin...

**********************************************************

p/s : Jika seorang wanita meninggal sebelum dia sempat menikah dengan seorang laki-laki, maka Allah lah yang menikahkannya kelak di syurga dengan seorang lelaki dunia yang dia cintai sebelum ini,
Sabda Rasulullah saw :-
”Tidaklah ada di surga seorang bujang.” (HR. Muslim).
Namun andai kata lelaki yang aku cintai itu berkahwin selepas kematianku, aku redha YaAllah. Bermakna memang itu lah jodohnya dengan isterinya itu. :'(

Kerana

Sabda Rasulullah saw :-
”Seorang isteri untuk suaminya yang terakhir.” (Silsilatu al Ahadits ash Shahihah Lil Albani)
dan perkataan Hudzaifah kepada istrinya,

”Jika engkau mahu menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah sepeninggalku.
Sesungguhnya seorang isteri di syurga adalah untuk suaminya yang terakhir di dunia.

Kerana itu Allah swt mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk menikah sepeninggal beliau saw kerana mereka adalah istri-istrinya saw di syurga.”

Andai aku sempat dijodohkan bersamanya, dan memang itu jodoh yang terbaik untuk ku dan aku sangat mencintai dirinya namun tidak lebih dari aku mencintai-Mu dan aku tidak akan bernikah selepas sepeninggal dirinya. Kerana memang impian ku untuk bersama dengannya di syurga kelak.

Namun itu hanya impian, aku hanya merancang tapi hanya Engkau yang tetapkan yang berbaik untukku dan hanya Engkau Maha Mengetahui segala-galanya. :'(

Aku hanya mampu menanti saat itu tiba dan berdoa kepada-Mu YaAllah. Dan aku sedang memperbaiki diriku ini yang penuh dengan dosa ini YaAllah. Biarlah aku mencari cinta-Mu dulu YaAllah, kuatkan aku YaAllah. Sedihnya diri ini mengenang kerinduan kpd-Mu. :'( Aku cinta pada-Mu tp kadang-kadang aku lalai YaAllah. Tolong ampunkan aku :'( 

Biarlah air mata ini mengalir mengenangkan kasih sayang-Mu padaku. hmmm :'( Engkau permudahkanlah aku untuk mendalamkan lagi rasa cintaku kpd-Mu YaAllah :'( Engkau permudahkanlah aku untuk menjinakan nafsu yang ada dlm diriku ini. Terlalu byk dosaku dgn-Mu. Panjangkan umur ku YaAllah, terlalu sedikit aku rasa amalan ku ini untuk aku mengadap-Mu. huhu :'( Tetapkan imanku YaAllah. hmmm hati ku ini milik Engkau, insyaallah akan aku jaga sebaik mungkin hanya pada-Mu :'(

0 comments: