BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 5, 2012

Syok ada orang puji ?

Sapa taknak Suami/Isteri hensem/cun sila ketuk kepala anda sendiri...ngee Kalau buat kajian, mesti ramai yang geleng kepala.. Confirm... Sah! Fitrah manusia, semua nak yang perfect je dalam hidup neh.. Tapi, ada ke manusia yang perfect neh? Tettt! Jawapannya TAK ADA.. Allah swt ciptakan manusia dengan kekurangan dan dilengkapi pula dengan kelebihan.. Setiap benda/makhluk mesti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Kita tak perlu cari kesempurnaan dalam diri orang lain sebab kita pun tak sempurna.. Ada cacatnya walaupun bukan fizikal.. Mungkin kita sendiri tidak sedar.. So cakap pasal lawa/hensem neh, apa yang bestnya ada pasangan yang lawa/hensem?


==' syok ada orang puji?? '==


Hmmm... kalau semua manusia pilih pasangan hidup yang cantik/hensem je, macam mana pula dengan yang TAK cantik/hensem neh ?? hilanglah TRUE LOVE dalam dunia neh... Tepuk dada, tanya hati, kita sayangkan someone tu sebab rupa dia ke? Kalau satu hari nanti, Allah tarik balik kecantikan tu, kita akan still sayangkan dia ke? Bak kata Nabil Raja Lawak, " LU PIKIR LA SENDIRI! " that's why, love doesn't need a reason.. Kalau pasangan kita lawa/hensem, bersyukurlah.. Dan jaga baik-baik bimbang dikebas orang ! Huhuhu... 



Actually, cantik tu subjektif. Tak sama di mata semua orang. Contohnya kalau si A cakap si B cun tapi si C cakap si B neh biasa ja aku tengok! See, kan tak sama tu.. Sebenarnya setiap hambaNya mempunyai kecantikan yang berbeza, semua cantik-cantik aihhh. kan kan kan ? Jadi terpulanglah pada penilaian individu tu sendiri. Sebagai hambaNYA yang bersyukur, redhalah dengan segala kurniaan Allah. Allah jadikan kita manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Cukup sempurna sebenarnya.. Hargailah keindahan diri kita.. Dan ingat yang.. kecantikan duniawi takkan pernah kekal...  

p/s : Cantik pandangan Islam dengan cantik pandangan Barat amat berbeza.. Cantik itu hakiki, cantik itu lumrah, cantik itu kurnia.. Jadi, biarlah kita tidak cantik dimata manusia tetapi cantik dihadapanNya.. Insyaallah


0 comments: