Kita selalu bermain kata, berjanji setia, tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya. Bila terlalu banyak yang diluah, akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya untuk diluahkan buat kali yang keseterusnya. Luahlah pada yang berhak. Bukan pada yang bukan hak. Simpan kata manismu untuk si dia yang kamu cinta :)
Luahkan pada yang berhak. Memang agak sakit apabila menyimpan kata-kata itu dalam hati kerana tidak mampu berkata-kata sekarang. Hati meronta supaya melepaskan segalanya tapi sekarang bukan masanya Cahaya Petunjuk. Menangislah kamu jika ia membuatkan hati kamu tenang wahai Cahaya Petunjuk.
Insyaallah aku tidak akan mengulangi kesilapan aku yang lalu
Ya Allah. Kuatkan aku Ya Allah.
Hanya pada Mu aku mampu mengadu dan berkata-kata tapi bukan kepada dia. Pelihara Iman aku Ya Allah agar aku tidak tersasar.
Ampunkan aku jika apa yang aku rasa di hati ini merupakan dosa besar di sisi Mu. Astagfirullahalazim T_T
Terima kasih juga Ya Allah kerana kurniakan perasaan ini untuk menguji kekuatan Iman ku. Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment