Sebagai renungan, tiada kaitan antara hidup dan yang mati. Maaf andai ada yang terasa, sama-samalah muhasabah diri dan berubah ke arah kebaikan. Insyaallah Allah swt akan mempermudahkan segala urusan kita. Amin ya robbal 'alamin :)
*******************************************************
Sebelum Kahwin vs Selepas Kahwin
Apabila kita sudah ada hubungan dgn bukan mahram kita, maksudnya sudah declare. Secara automatik kita akan rasa 'OK DIA HAK AKU, JGN SIAPA-SIAPA BERANI RAMPAS' . Itu satu hal, lagi satu tiada batas lagi antara dua insan itu. Mula-mula, ya 'sangat malu' *kononnya la* . Bila sudah lama-kelamaan, tiada lagi malu, tangan pula lajuu ja, yela, nama pun dah tak malu kan ? 'SAYA TAK PEGANG TGN DIA PON KALO KUAR SEKALI' ewahhh! jgn lupa ya, abis yg korang dok cubit2, cuit2 tu HALAL ke ? Dengan alasan 'TAK, SAYA PGL DIA TAK DGR LA' owhh ! boleh ya ? 'TAK, BILA DAH LAMA SAYA KENAL DIA, SAYA JADI RAPAT MCM TU' owh ! mcm tu plak ya ? Astagfirullahalazim......
Sebenarnya KAMU SANGAT RUGI !!!! Yela, ok skrg juga korang bayangkan ok ? Masa angkat nikah, ada acara batal air smbhyang kan ? Nak batal apa lagi, hari-hari dah terbatal, cuppp ! 'BERLAPIK LA' oowhh ! TAK DOSA ek ? Kalo mcm tu bagi je la pegang mana-mana pon dah tu 'BERLAPIK KAN ??' Nauzubillah, pikir sebelum ckp nah ? :)
Walaupun korang tak pernah cium or yang sama erti dengannya, xada lagi dah 'SHOT KAREN' masa dah HALAL nanti. Dah tu, semua dah biasa kan. Orang yang jaga batas ketika sebelum nikah, seronok taw ! TERsentuh sket pon, ooppss! 'SHOT KAREN BABE' pegang sket ja, oopps ! 'SHOT KAREN LAGI' malu-malu gitu. Jangan kata pegang cuit je, BERTENTANG MATA pon boleh 'SHOT KAREN' taw. Jangan SPARK suda. hehe Yala, semua kejadian tu 1st time dalam hidup diorg kan ? Cuwettt you all know ??!! awww !! :)
*******************************************************
Haaa lagi satu hal, hari-hari berjumpa bertentang mata, borak-borak, xboring ke you all ?? eh3 berkepit ja hari-hari, jangan terkejut kalo ramai yang panas mata melihatnya walaupon diorg tak tegur apa-apa. Macam time aku study dulu, sah kata kapel, dalam kelas dok sekali, luar kelas sekali. Aduh, cuwet kapel la tu ek ? aish ! mcm-mcm perangai ada. :)
Dah sah nikah nanti, apa yang BEZAnya ????? Sama saja bagi saya, hari-hari jumpa, makan minum sekali bertentang mata selalu, mcm-mcm lagi la. Dah tu kahwin apa la bezanya sangat. Lebih Kurang saja kan. Cuba sebelum kahwin tu jumpa pon tak, kadeng-kadeng, jareng-jareng, nanti dah HALAL baru la ada feel sket. tak gitu ? :) ni tak 'SHOT KAREN' langsong, tak besh la. Dah la buat dosa sebelum ijab dan qabul, bila dah HALAL takut-takut tak diredhai Allah dan keluarga tidak penuh barakah. Nauzubillah
Apa-apapun biar lah selepas kahwin baru nak bermesra bermanja dan mcm-mcm lagi la yang seangkatan dengannya. Jangan ingat dan declare or whatever kita boleh buat mcm-mcm dan anggap dia hak kita. Jangan pula jadikan alasan bahawa kamu manja orangnya sehinggakan batas syariat Islam ditepis begitu saja. Ingat Allah swt Maha Mengetahui dan juga Maha Melihat.
*******************************************************
Maaf andai terasa, bertaubat lah, selagi kita masih bernyawa kita masih lagi berpeluang untuk bertaubat dan meraih keampunan drpNya. Allah swt Maha Pengampun, bertambah kasih sayangNya kpd kita tiap kali kita pengenang dosa-dosa yang telah kita lakukan dan sedar akannya. WallahualamMaafkan saya juga andai terkasar bahasa, sama-sama lah kita berusaha menjadi yang terbaik, Insyaallah Allah swt kan mempermudahkan setiap urusan kita, dan Allah swt Melihat setiap usaha dan perubahan kita. :)
0 comments:
Post a Comment