BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 30, 2012

Pelamin oh Pelamin ^.^


Assalamualaikum ya akhi ya ukhti.. pelamin oh pelamin.... ^.^

Bab ni kte susah juga nak ckp, tmbh2 dgn org yg berusia kan. Yela, pelamin ni dh jd kebiasaan kan bg majlis perkahwinan. Tmbh2 'merenjis2' ni, kte dgr dlm Al-Hidayah brkenaan 'Walimatul Urus' mmg Haram sebab ikut adat orang India.. Wallahualam

Apa-apa pun kalo dah confius sgt, sila tnya pada yg arif ok? Pd kte, mmg tak boleh la, 'kecuali' kte buat slps semua org dh blek dh tgl saudar2 kita ja... Haaa, buat ja la.. Allah haiii, meh nk tnya sat.. Penting ka??? pelamin tu saja dh beribu $$$$ adooiii, bkn kah membazir nmanya.. Dalam walimatul urus tu, hampa jln la p kt tetamu2 tu, tak slh aih... Tak p kt depa pon, depa bley beza mana satu pengantin aih... Kecuali pengapit bergaya sakan.. wakaka eh eh

Haaa lg 1 nak kongsi jgk, tuu tuu yg cenderahati tetamu bwa blek tu.. Jgn laa bg beza, VVIP la VIP la VVVVVIP la, melampau aihh.... Kita pon pnh pergi kenduri kan, ble kita tgk owg laen dpt beg laen... Apa perasaan kita? "eh, ce tgk beg yg kwn tu dpt cntek kan... dlm beg tu da pa noh.... kita dpt kue ja" adoooiiii tgk???! Hmmm, cuba bygkn kalo yg pergi majlis kita tu org susah? Hmm, tak adil kan? huhu Termasok la lauk2 noh, tak pyh la nk situ special situ xdak special... Tlg Adil dan Saksama... huhu Kte nnty nk bg sama semua, InsyaAllah

Sory la nah pd Bakal Suami cek, Bakal Keluarga Mertua cek... Bkn nak ngada2 sgt... Tpppppp ntah laaa, pd kte semua ni kena jaga la... Tak syoq la, kita hepy2 blkg kita org blek pakat mengutuk itu ini... Apa2 pon kita mmg tak boleh nak ttup mlut org tp AT LEAST kita berusaha yg terbaek utk mereka... Kan? Sory eihhh ^.^

Eh, kte ni nak ckp psl pelamin ja sbnrnya... melalot melalot.... Tp tak apa, ilmu kan? ngee Kalo salah tegur kte eih? Sory nah? Kita ckp apa yg kita tahu dan dgr tp kalo silap tegur taw... eih? ok? alolo, maseh shbt ye! Syg korang larh! ^.^

For my akhi yg tersayang :

Pelamin kita adalah bumi Allah SWT eih. Semoga akan dikurniakan Allah SWT rahmat, redha dan sabar utk satu perjalanan yang panjang dimata dunia ini tapi singkat dimata Allah SWT. Saya ingin dan akan terus berusaha agar saya menjadi bidadari awak di dunia dan JannahNya nnty ^.^

Takdir yang akan menentukan ♥

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti
Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Bisikan nurani <> Sejak kehadiranmu ♥

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati


Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi
Perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Friday, May 25, 2012

La Tahzan ~ Senyumlah walaupun bersedih ^^


Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu “menyihir” hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. 

Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”
Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.

Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, karena hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.

Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai. Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka :

“Tersenyumlah!!!”

Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu :

“ Tersenyumlah!!!”

Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu :

“ Tersenyumlah!!!”

Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam, “anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid …rumah ibadah kita bersama.”

Bayangkan apabila orang tua dan uzur mengusung kaki ke saf hadapan maka kita orang agama yang agak muda menyapa, “Pakcik boleh berjalan…jom kita perlahan-lahan jalan sekali ke saf hadapan…(sambil tangannya memimpin pakcik tersebut)”

Bayangkan apabila orang non-Muslim bertanya kepada si Imam di masjid “Bolehkah saya masuk ke masjid?” Maka dijawab oleh Imam dengan penuh senyuman, “Kami sentiasa rindukan kehadiran tetamu…masuklah…di sini penuh ketenangan…anda sudah minum?”

Andai kita orang agama mahupun bukan ber’bendera’kan orang agama sentiasa tersenyum, sudah pasti ada hati yang sudah tergoda dengan senyuman ikhlas daripada iman anda. Ayuh kita senyum ke seluruh alam! Biar orang menggelarkan anda seorang yang gila kerana terlalu murah senyum, daripada orang menggelarkan anda seorang yang sombong kerana terlalu mahalnya senyuman.

p/s: La Tahzan Jangan Bersedih Don't be Sad (Setelah kesulitan pasti ada kemudahan) INGAT ALLAH SWT PASTI ANDA AKAN TERUS TERSENYUM DAN MELANGKAH KE HADAPAN !
Syukran jazilan sahabat 22 ^^

Thursday, May 24, 2012

Kenapa nak single ? ♥

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti ^^

Petua mendapat jodoh.. From Semanis Kurma 24/05/12:

1. Berusaha dan berikhtiar
2. Ubah pemikiran dengan mengatakan jodoh mudah diperolehi.
3. 6 amalan untuk ringankan jodoh:

a) solat taubat dan istighfar
b) solat hajat
c) puasa hajat especially pada hari kelahiran diri sendiri
d) doa dari ibu bapa
e) doa dari alim ulamak
f) doa dari sendiri cthnya "Ya Allah, kau kurniakan lah jodoh yang sesuai untuk diriku.."

                 ♥                                                ♥                             




* ayat yang bleh diamalkan ialah :
(i) SURAH YUSUF - ayat 4
(ii) SURAH YUNUS - ayat 81
(ii) SURAH QASAS - ayat 24

Ustaz: Makan ondeh2 dlm talam,
Nak ringan jodoh solatlah malam.
Ustzah: Berjalan2 naek vespa
Jangan hampakan ibubapa.


Selamat mengamalkannya.. :')

Terlakar INDAH ♥


Ya Allah Azza Wa Jalla.. sayangilah dia.. rahmatilah dia.. ampuni dosanya.. dakaplah dia dalam dakapan kasihMu.. tetapkanlah hatinya pada agamaMu.. indahkan peribadinya dengan iman dan taqwa.. kurniakan dia taufiq dan hidayahMU.. kerana namanya terlakar INDAH di satu sudut hatiku.. dan di dalam bisikan do'aku padaMu..
 
              ♥                                                                         ♥     
 
"Orang muslim yang mendo'akan temannya secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: SEMOGA UNTUKMU JUGA." (HR. Muslim)

''Doa seorang muslim untuk saudaranya secara diam-diam adalah doa yang mustajab…" (HR. Muslim)

Wednesday, May 23, 2012

Owh, bahagianyaaa ^^

Ciri Suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PHD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu) wakakaka :)

 
              ♥                                                ♥                                         ♥

Sayidatina Aisyah r.a meriwayatkan,

"Ketika aku melihat Rasulullah saw sdg gembira, aku mengambil peluang daripadanya, aku berkata: 'ya Rasulullah! berdoalah kpd Allah untukku!'. 

Rasulullah saw pun berdoa: 'Ya Allah! ampunkan dosa Aisyah yg dahulu dan yg akan datang, yg tidak nampak dan yg tidak nampak'."

Aisyah tertawa sangat gembira, shingga menundukkan kepalanya hingga ke pahanya.

Rasulullah saw bertanya," Adakah doaku td menggembirakan kamu, wahai Aisyah?"

"Tentu sgt gembira," jwb Aisyah.

Subhanallah...... (tersenyum sendiri, rasa bahagia dan turut rasa gembira jgk) :'D

Panggilan yg bermaruah ^^


Salah satu AKHLAK seorang muslim dalam TEMPOH PERTUNANGAN adalah, menggunakan PANGGILAN YANG BERMARUAH kepada tunangannya.. Apa maksud panggilan bermaruah? Maksudnya adalah apabila dipanggil, ia menggambarkan KETINGGIAN nilai seorang muslim atau muslimah, bebas dari unsur kerendahan dan kehinaan.. boleh saja dipanggil encik, cik, saya, awak, ustaz, ustazah, atau memanggil nama.. 

tetapi AWAS dari panggilan-panggilan MESRA DAN MANJA seumpama 'sayang', 'manja', 'hensem', 'manis', 'cinta' dan yang sewaktu dengannya..panggilan seperti itu bukan sahaja menggambarkan KERENDAHAN NILAI SEORANG MUSLIM ATAU MUSLIMAH kerana dipanggil di luar pernikahan, bahkan boleh menjadi HARAM sekiranya MERANGSANG SYAHWAT..

p/s : Jadilah TUNANG yang BERAKHLAK melalui ilmu dan lidah alim ulamak, bukan melalui filem, ikut-ikutan dan budaya sebarangan.. ♥
Astaghfirullahal'azim Astaghfirullahal'azim Astaghfirullahal'azim.. Akan ku jaga tingkah laku ku kpdnya.. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini Ya Allah. Jauhkan aku drp gangguan/bisikan2 syaitan T_T
-Learn from mistake- T_T
I will I will I will kept for my dear future soulmate, huhu Apa perasaan my dear future soulmate if tahu aku pernah panggil sayang pd orang lain? Akhi ku, i will be the best for you, InsyaAllah T_T

Tuesday, May 22, 2012

Cinta High Class ^^

Assalamualaikum ^^


Lupa diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya?
Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman & berterima kasih dengan pemberinya?
Remaja sinnonim dikaitkan dengan masalah cinta. Cinta sesame manusia merupakan fitrah yang dianugerahkan Allah kepada semua peringkat umur manusia. Namun, zaman remaja itulah zaman kemuncaknya kerana berlaku pertukaran fasa kanak-kanak ke alam dewasa, apatah lagi peringkat remaja mencari identiti sebenar diri mereka sebelum melangkah ke alam dewasa. Berikut adalah pandangan dari sudut psikologi (Erikson’s Psychosocial Stages):

Sedangkan pada pandangan ilmuan barat, cinta ini sememangnya wujud.
Siapa kata Islam menghalang kita dari bercinta?
Islam cuma melarang kita mendekati zina. Islam sangat & terlalu berhikmah.
Cuma kita yang tidak rajin untuk mengkaji & mendalami Islam dengan penuh minat.
Kita khilaf, kadang-kadang narrow minded. Tiada satu hukum di dalam Quran pun yang menyekat & menghalang manusia untuk menzahirkan fitrahnya.
Kita tengok rahib & sami.
Kita lihat sunnah Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w pun bercinta & berkahwin dengan isterinya =)

Yang salah adalah cara cinta itu ditafsirkan, diertikan & dizahirkan.

Zaman remaja perlu diurus dengan baik & ditangani dengan penuh berhikmah di atas jalan yang benar agar natijahnya kelak adalah sesuatu yang bukan sahaja mendatangkan kebaikan buat diri sendiri, tetapi mendamaikan hati ibu & ayah serta mendapat keredhaan & keberkatan Ilahi. 

Kategori cinta ada 3;
Cinta biasa, Cinta luar biasa & Cinta high class.
Cinta high class ialah perkara yang lebih baik. Ia bukan cinta biasa, mahupun cinta luar biasa.
Ada ke perbezaan antara ketiga-tiga cinta ni?

CINTA BIASA 
“Meow..” 
Seekor kucing jantan bertompok-tompok di badannya mengejar si kucing betina. Galak bunyi ngiaunnya. Lebih nyaring & panjang dari biasa. Mungkin musim mengawan telah biasa. 

Seperti haiwan, begitu jugalah manusia. Wanita & lelaki saling tertarik antara satu sama lain dan itu adalah perkara biasa. Apabila ada sesuatu yang dipandang & didengar yang dapat menarik perhatian seseorang, perkara itu akan membuatkan seseorang ingin mengetahui lebih lanjut tentangnya. Malah, tarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang; jantan & betina. 

Bukan sahaja saling tertarik, wanita & lelaki juga difitrahkan dengan perasaan saling mencintai. Ia perkara biasa yang dialami oleh semua orang yang sihat akalnya. Islam sama sekali tidak menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti menjadi rahib & menolak perasaan cinta serta keinginan untuk berkahwin dengan alasan untuk mengelakkan diri daripada mendapat mudarat cinta. 

Sebaliknya, Islam menawarkan solusi terbaik iaitu pernikahan agar fitrah dapat disalurkan menjadi barakah. Itulah cinta biasa; perasaan yang sedia ada & fitrah dalam hati setiap insan.

CINTA LUAR BIASA 
Namun, cinta luar biasa tidak dinilai pada sehebat mana cara pertemuan pasangan tersebut, atau sejauh mana perhubungan cinta mereka diuji dengan pelbagai cabaran & dugaan. 

Wanita & lelaki yang dibuai tanpa kesedaran & batasan dengan perasaan cinta ini, akan sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Bahkan mereka cuba membuktikan kepada dunia bahawa cinta mereka begitu mendalam, setia, suci & luar biasa. Tidak seperti pasangan-pasangan yang lain. Sedarkah mereka akan akibatnya? 

Demi cinta, segala-galanya yang ada pada diri, sanggup digadaikan, sanggup diberikan.
Kepercayaan yang diberikan kepada pasangan sebelum diijabkabulkan tiada berbelah bahagi. Luar biasa kan? 

Demi cinta, mereka sanggup mengetepikan keluarga & tinggal bersekedudukan dengan si dia. Luar biasa! 

Demi cinta, bayi yang tidak berdosa sanggup digugurkan & dikisar di dalam blender. Luar biasa! 

Demi cinta, mereka sanggup menelan racun & terjun bangunan untuk membuktikan kesetian & kesucian cinta mereka. Memang luar biasa! 

Demi cinta, hubungan cinta & perkahwinan dibanjiri dengan kemewahan & kekayaan yang melampau. Sungguh luar biasa! 

Semua itu memang luar biasa. Ya, luar biasa yang membawa kepada kebinasaan. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup digadaikan. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki & wanita daripada punca-punca keghairahan & pencetus fitnah.


“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.”
(Yunus, 10:44)


CINTA HIGH CLASS 
Wanita & lelaki yang bercinta selepas nikah akan saling melengkapkan keperluan diri, pengetahuan & agama pasangannya. Ini jauh lebih luar biasa & dikategorikan sebagai cinta high class. 

Tetapi jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna & dara saling tinggi mujahadah. Fahamkan si dia dengan cara yang benar serta kurangkan perjumpaan & komunikasi. Ia hanya dibolehkan atas dasar urusan & keperluan sahaja dengan menjaga syarat & batasan. Jika di luar batas urusan, sekatlah kemahuan tersebut kerana ia bukan atas dasar keperluan yang benar-benar perlu. Islam bukan menyekat seratus-peratus pergaulan antara lelaki & perempaun tetapi Islam tahu di mana kekuatan & kelemahan cucu anak Adam a.s. Allah Maha Tahu & Dia Yang Paling Tahu apa yang kita sebenarnya pura-pura tahu tetapi sebenarnya kita tidak tahu tetapi pura-pura tahu.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."

Dalam menilai antara keperluan & kemahuan, mintalah fatwa dari hati. Hati yang sihat & sejahtera dapat membezakan antara kebaikan & dosa. Kebaikan itu ialah perasaan yang tenang di dalam hati. Dosa itu pula adalah perasaan was-was & syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan perasaan cinta & rindu kerana apabila telah halal perhubungan itu, ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan. 

Daripada al-Nawwas bin Sam’an r.a, Baginda s.a.w menjawab apabila ditanya tentang kebajikan & dosa, maksudnya: 
“Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti & dosa itu ialah apa-apa yang tergetar dalam dirimu & engkau benci orang lain mengetahuinya.”
(Riwayat Imam Muslim) 

Terdapat juga hadis daripada Wabisah bin Ma’bad, beliau berkata: 
“Aku telah menemui Rasulullah s.a.w & bertanya tentang kebajikan & dosa. Lalu, Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Engkau datang kerana mahu bertanya tentang kebajikan?’ Aku menjawab: ‘Ya.’ Baginda bersabda, maksudnya: ‘Himpunkan jari-jemarimu & letakkan ia di dadamu. Lalu, mintalah fatwa daripada dirimu & hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang membuatkan diri & hati berasa tenang dengannya. Dosa itu pula ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu & teragak-agak (keliru) di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu & mereka membenarkannya.”
(Riwayat Imam Ahmad & Al-Darimi)

PELAN TINDAKAN 
Cinta high class bukan eksklusif milik sesiapa.
Tidak untuk mereka yang berpangkat tinggi atau berkedudukan teratas. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua & tiada yang terkecuali. Jangan tunggu hingga hari esok. Hari ini juga, cintailah secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga. 

Apakah criteria cinta high class? 
1) Cinta yang mendaulatkan Allah sebagai yang pertama. 
2) Cinta kerana Allah. 
3) Cinta yang bermujahadah melawan nafsu. 
4) Cinta tanpa seteru (menjaga hubungan sesame manusia-habluminannas) 

Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi berpesan mengenai cinta high class ini: 
“Pernikahan yang baik ialah pernikahan yang tiada halangan dari kedua-dua pihak, ibu bapa, adat & undang-undang.” 

Cinta bukan hanya melibatkan dua pihak; lelaki & perempuan sahaja. Cinta yang baik memelihara hubungan yang baik sesame manusia (habluminannas). Fikirkan tentang pernikahan yang berlaku tanpa wali, kahwin lari tanpa restu keluarga & hubungan bebas sebelum berkahwin. Ia mungkin sah, tetapi adakah ia mencapai tahap high class? High class di sini bukan bermaksud majlis pertunangan yang gempak, majlis perkahwinan yang ‘grand’ & pasangan ‘couple’ yang paling ‘hot’ di antara yang ter’hot’. Serapkan habluminannas dalam cinta high class ini, moga-moga insan yang berada di sekeliling akan mendoakan keberkatan dalam rumah tangga yang akan dibina hingga ke akhirnya, Syurga yang Hakiki. 

Berdoalah agar memiliki cinta yang high class di sisi Allah:
“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu & cinta orang yang mencintai-Mu serta amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku & air yang sejuk (ketika panas terik).”
(Riwayat Imam al-Tirmizi)

SALING MEMERLUKAN 
Mawar & kumbang secara semula jadinya memang berbeza. Perbezaan ini wujud untuk saling melengkapi. Boleh jadi, kerana perbezaan itu mereka saling jatuh cinta. Begitu juga manusia. Lelaki sukakan sifat kelembutan yang ada dalam diri seorang wanita. Wanita pula mendambakan sifat kepimpinan seorang lelaki. 

Lelaki & wanita saling memerlukan antara satu sama lain. Ini fitrah & tidak dapat dinafikan lagi. Bagai botol dengan penutupnya, bagai pensil dengan kertas, bagai senduk dan kuali, bagai bulu tangkis dan raket, bagai pahat dengan penukul dan bagai irama & lagu. 

Bukti saling memerlukan ini akan menjadi “luar biasa” & high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Mengapa ia dipandang high class? Itu tanda mematuhi suruhan Allah, tanda jauhi fitnah & tanda sebuah mujahadah.

Kenapa saya suka post entry berkaitan dengan cinta?
Jawapannya mudah.
Hidup kita dipenuhi dengan cinta.
Cinta yang Allah kurniakan kepada makluk-makhlukNya yang menjadi lambang cintaNya kepada kita semua.
Cinta kepada Allah, Cinta kepada Rasul, Cinta kepada Ibu Bapa, Cinta kepada Guru, Cinta kepada Sahabat, Cinta kepada Alam Sekitar & bagi yang sudah berumahtangga,
Cinta kepada Pasangannya.
Jika cinta itu diletakkan tepat pada tempatnya,
InsyaAllah berbahagialah kamu dunia akhirat.
Tetapi,
jika Cinta itu menjadi penyebab kebinasaan & kehancuran,
alangkah ruginya kamu.

Kalau kita orang bijak,
kita mampu membezakan
yang mana Mencintai Kerana Nafsu
yang mana Mencintai Kerana Allah.
Meninggalkan & cuba Menjauhi apa yang kita cintai sebelum tiba masanya bukan kerana membenci tetapi kerana Mencintainya Kerana Allah.. 

Cintailah sesuatu kerana Allah.
Dengan memilih untuk mencintai Allah,
segala-galanya bakal dimiliki.
“If Allah is all you have,
you have all you need.”


“Ada manusia, 'cinta' itu menjadi tali arus yang mana dia hanyut & lemas di dalam lautan cintanya itu. Ada manusia, 'cinta' itu menjadi pendayung untuk dia sampai ke hulu cinta yang lebih Hakiki, cinta Ilahi. Dan manusia sendirilah yang menentukan 'cinta' itu apa untuk dirinya.”
Siapa kata dakwah, bole buat kat masjid je?
Siapa kata dakwah, tanggungjawab jatuh pada lelaki je?
Semua orang boleh!
Pahala untuk kita semua! =)

 Allah Taala berfirman:
"Dan orang-orang yang beriman, laki-laki & perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf & mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat & taat kepada Allah & Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat dari Allah. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana."
(At-Taubah, 9: 71)
Aku juga insan & hamba yang berdosa.
Ingatkan aku bila aku terlupa. 

              ♥                                                ♥                                         ♥

p/s:
Ya Allah, sesungguhnya aku merinduinya ,
'Pejam mata & ucapkan'
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Rahman,
Aku rindukannya keranaMu
Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu
Aku semakin mengerti 'Jarak' ini untuk menjaga aku & dia dari terjebak ke lembah kemaksiatan & kebinasaan
Dengan 'Jarak' ini aku & dia berjanji untuk
berubah menjadi yang lebih baik
Ya Allah Ya Samad
Perbaikkanlah Agama & Akhlak kami

Cinta High Class selepas kahwin, cinta yang membawa ke Syurga, bkn atas nafsu/ hanya ingin menghalalkan utk memuaskan nafsu. Jika itu yg diutamakan, jgn terkejut kalo suatu hari nnty hubungan keluarga kita mempunyai masalah. Seks boleh dibendung wlaupun sebelum kahwin bukan? Berpuasalah kamu, kuatkan Iman dgn dktkan diri kpdNya.

Pada saya, Cinta High Class ataupun Cinta selepas Kahwin, menjadi suami isteri adalah utk saling melengkapi antara satu sama lain dgn kelebihan & kekurangan yg ada. Jika pasangan kita mempunyai kekurangan, sebenarnya lebih byk lg kelebihan yg dia ada. Carilah kelebihan itu bg mengecapi kebahagian, jika kekurangan yg dicari sesungguhnya kita tdk akan pnh rasa puas dan bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang. Tiada kesudahannya.

Suami isteri? Mereka adalah pasangan kita, peneman kita, pemberi semangat kita,berkongsi suka duka kita, dulu mungkin keseorangan mengadu kpd Allah SWT segala suka duka kita. Tp apabila mempunyai pasangan, segala-galanya bersama. Sama-sama solat mengadu kpdNya, mencari redhaNya bersama, berjihad ke jalanNya bersama, mengejar SyugaNya bersama, semuanya bersama. Subhanallah bahagianya indahnya.... ^^


Apabila saya bersuami nnty, motif utama adalah melengkapkan separuh drp Agama saya, mengamalkan Sunnah Rasulullah, meramaikan lg umat Islam (anak-anak) wah! cm ramai je ^^ memelihara kesucian diri, menjaga keturunan, utk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman dan yg paling penting, lepas ni saya tdk berdakwah, berjihad, beribadah sorang2 lg. Ada peneman gitu, boleh membimbing ke arah yg lebih baik dan berusaha bersungguh2 utk mengejar syurgaNya yg Indah lg Kekal Abadi utk detinasi seterusnya utk bersama yg tersayang (suamiku). I'm waiting you, akhi ku ^^

Tuesday, May 15, 2012

Hari vs Day ♥

6 0 3 H.A.R.I

Monday, May 14, 2012

Ujian drpNya...


R.I.N.D.U kembali bertandang di dlm H.A.T.I
Tanpa dijemput secara R.A.S.M.I
Perlu di L.A.Y.A.N dgn rela H.A.T.I
Tanda ujian yg M.A.H.A E.S.A
Ku perlu R.E.D.H.A menerima

Kepala rasa B.E.R.D.E.N.Y.U.T
Mata rasa P.A.N.A.S
Tekak rasa M.E.L.O.Y.A nak termuntah
Mungkinkah D.E.M.A.M pula bakal bertandang?

Sesungguhnya aku HambaNya yg T.E.R.P.I.L.I.H
UjianNya mengikut K.E.M.A.M.P.U.A.N ku
Sesungguhnya Dia Maha M.E.N.G.E.T.A.H.U.I 
Lagi Maha P.E.N.Y.A.Y.A.N.G

Syukur A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H

Friday, May 11, 2012

Alhamdulillah.....


Terima kasih atas nikmat kesakitan yg Engkau berikan ini. Alhamdulillah, semoga ia menjadi kifarah dosaku T_T

"Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan" Surah al-Rahman T_T

Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim.. T_T

p/s: Mak mak mak, along sakit ni......... (lega sket tepon ngadu merengek2 td kt mak, makaseh mak na)
Dr. to_ _h xdak plak...... sobsob T_T Tak pe, Allah SWT is always NEAR to me.. T_T

Wednesday, May 9, 2012

Assalamualaikum akhi ku ♥

♥ Ciptakanlah jarak antara kami andai belum waktunya..supaya kami tidak tersasar dari jalanMu.



Ya akhi : Ngenggg Ngenggg Broomm Broomm .......

Ya ukhti : Oooppp Oooppp Bentiiii bentiiii ........ *sambil lambai2 tgn*
Ni jodoh aku rasanya ni... Oooppp Oooppp *berbisik dlm hati*


Ya akhi : Pinn Pinn Pinn *spe plak ni? byg-byg mcm jodoh aku ni*
Ngenggg Ngenggg Broomm Broomm .......


Ya ukhti : Amboihhh, lambatnya dia bawa moto, tertibnya ........ *lenguh tgn lambai ni* =_='


Ya akhi : Pinn Pinn Pinn *eh awk, awk jodoh kte kn?*


Ya ukhti : Fuhh ! *benti lambai tgn* 
Ye ye, sy jodoh awk ni... Nape lambat dtg, letih lambai tgn tunggu jodoh sy ni... *tunduk tersipu malu+keletihan*


Ya akhi : Alolo, kecian dia tunggu lama ye.. Nak buat mcm mna, Allah SWT dah tetapkan hari ini kita bertemu bersatu bersama ^^ *sambil kenyit mata*


Ya ukhti : Aduhh ! Cairrrr.... *Pandai pulak kenyit2 mata kat aku*
Tak pa awk, sy phm semua Allah SWT yg tentukan... Berkat kesabaran kita, hari ini kita disatukan.... *tunduk tersipu malu lg*


Ya akhi : Malu-malu pulak jodoh sy ni... Dah jom syg naek moto, opss syg pulak *tunduk malu jgk* 

Ya ukhti : Baeklah abg, opss abg pulak *tunduk malu lg, lenguh pale asyik malu je kn* ngee

Ya akhi : (Naek moto berdua tp tak pegang dok jauh-jauh) *malu lg laaaaa*

Ya ukhti : Ngenggg Ngenggg Broomm Broomm ....... Ngenggg Ngenggg Broomm Broomm ....... Ngenggg Ngenggg Broomm Broomm ....... Ngenggg Ngenggg Broomm Broomm ....... Ngenggg Ngenggg Broomm Broomm ....... *eh2, laju pulak suami aku ni bwa moto... bedesupppp skali, mahu terpelanting kat belakang... tak sabar balek umah agaknya* hehehe


(Lakonan semata-mata selepas diijab kabul ni, saja maen-maen buat-buat tak kenal lg td tu) hehehe :D


p/s : Mood ~ saje saje je ^^

Tuesday, May 8, 2012

Berjihad ke jalan Allah SWT ♥

 Assalamualaikum...
Semoga dibawah limpahan Rahmah dan kasih sayang Allah.... InsyaAllah
"Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya." (3:159) *cpt2 cek dlm al-Quran na*

Ok Study betul2 ye!!!
Letakkan matlamat untuk sem ni ok!!! 4.0 ok awak!!! hehe.... 
InsyaAllah, semoga Allah membantu kita dalam meraih kejayaan dunia.. Seperti selalu, INGAT kita belajar kerana Allah... Semoga Allah memberikan yang terbaik setelah sepenuh usaha kita lakukan... 

Jangan lupa untuk tambah amal ibadah kita seperti:

1. Baca Al-Quran
2. Qiamullai
3. Riadah
4. Berukhuwah
5. Solat Sunat Dhuha

6. Solat Sunat yg lain
7.Zikir mathurat
8. Jaga solat fardhu berjemaah dan diawal waktu
9. Belajar dengan fokus

Ingat, jangan STIDO!!!
May Allah help us for what we doing... Dan Allah SWT  berfirman:

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir: Ayat 60).


So, doakan utk sume ye.....
Semoga kte sume dpt kejayaan dunia dan Akhirat....
Amin......


              ♥                                                ♥                                         ♥

Nah awak sini da petua-petua dan ciri-ciri sket yg da pd pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan.......jeng3! Baca la sendiri k? :
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.^^

Sebelum itu nah amek ni Aroma Terapi Lavender, bg merehatkan minda.. weitt weitt ! ^^



p/s: Selamat stdy week & menjalani final exam wt 'awk' dan semua sahabat saya yg saya kasihi Lillah ^^

Monday, May 7, 2012

"Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami"

>> "Kalau kamu bercouple, berkawan - kawan 20 tahun sekalipun, kamu tak akan kenal dia, yang kamu kenal adalah lakonannya" - Hassan Al-Banna

>> Dulu dia jaga cinta dia hanya kpd Allah SWT, jadi dia akan setia pada kita nanti kerana dlu dia pnh jaga hubungan dia dgn Allah SWT..

>> Apabila pnh bercinta, nanti kepercayaan menjadi kurang selepas kahwin. Dia msg belakang almari pun, kita was-was. "Mesti dlu dia dgn aku mcm tu jgk msg dgn org lain" Dimana kepercayaan antara suami isteri ?

>> Sekarang zaman moden, ada FB.. Selongkar-selongkar la kalo nak kenal, mcm mana dia layan perempuan-perempuan lain, cara cakap dia.. 

>> Kita hanya dapat berhukum apa yg luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang.. Benda-benda luaran yg boleh kita nilai sebagai tali ukur...* Cara dia tawarkan cinta kpd kita.. kalau cara dia tdk letakkan Allah SWT No 1, Tak Takut pd Allah SWT, dia sedang persembahkan cinta yg Rapuh yg Sementara kpd kita dan cinta itu tdk akan membawa KEBAHAGIAAN *

>> Dalam Islam ada kaedah merisik, bukan kapel-kapel itu PELESIT bkn Merisik...

>> Keruntuhan Rumahtangga, Keretakkan Rumahtangga kita boleh elak dari sekarang.. Masalah itu kita pnh undang dari dulu lagi.. Nauzubillah..

>> Sebab tu buang masa saja, baik nikah terus. -Fatimah Syarha


p/s : Akhi ku, semoga kita dapat menjaga hubungan perkahwinan kita na? Kita sama-sama berjihad dan menjadi daie utk sentiasa beribadah 24JAM, mencari RedhaNya dan menuju JannahNya... Hope akhi ku juga sama-sama dapat berjuang dlm berdakwah, bukan utk keluarga kita saja tp seluruh ummah ya akhi ku ? InsyaAllah ^^