BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 27, 2012

Awak ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?


Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?


Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.


Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.



Awak, bukankah itu adalah cinta?

p/s: Salam Jumaat awak, comey kan rabbit ni. Bak satu? Eh, awak sapa? Maaf saya tak kenal awak wahai bakal zauj ku. Nanti kita bela rabbit ek? Ngee :')

Sunday, September 23, 2012

Wahai kekasih halalku. ^^


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum


Duhai akhi.. Sebaik manapun dirimu, takkan ku biarkan dirikujatuh ke dalam pelukanmu. Setampan manapun wajahmu,takkan membuatku terlena kerana engkau belumlah menjadi kekasih halal buatku. Selembut manapun perlakuanmu padaku, tak mahu aku terbawa ke dalam mimpiku kerana belum tentu Allah mentakdirkan engkau menjadi milikku.

Walaupun benar ada harapan dalam hatiku untuk dapat menjadi bidadarimu, takkan ku hinakan diri ini dengan mengemis cinta dan mencuri perhatian darimu. Kerana apa yg nampak indah di mataku belum tentu terindah menurutNya.

Duhai akhi.. Biarlah kagum ini kusimpan dalam hati, dalam istikharah sujudku padaNya ku pinta, semoga engkau yg Allah pilih dan Allah redhai, sebagai imam dan ayah kepada anak-anakku kelak. InsyaAllah

Khitbahlah aku, jika menurutmu akulah yang layak mendampingimu. Agar cinta ini terjaga dan benar2 dapat ku persembahkan padamu kelak wahai kekasih halalku. ^^


Saturday, September 22, 2012

Mungkinkah ?



Seperti ada yang tak kena
Di saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak terasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah
Kita akan bersama
Ooooo
Mungkinkah


p/s: JIWANG KEJAP JERR

Pesanan ringkas : Jgn terlalu mempersoalkan dgn apa yg berlaku kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaek buat hamba-hamba yg dicintaiNya. Maka YAKINlah dgn janji Allah, kerana Allah tdk akan pernah menghampakan hambaNya dan mengecewakan hambaNya tetapi sentiasa memberi nikmat dan kebahagian pd kita, cuma kita shj yg tdk sedar akan semua ini. #note to my self ! ^_^

Friday, September 21, 2012

Hilang seni kekelakarannya. Haha


Hamka (Kereta Mayat)


Kisah Laki Bini part 42
-------------------------

Aku yang sedang membaca di ruang tamu terganggu mendengar bini yang gelak dari dalam bilik
Laki : Apahal gelak?

Bini:hahahahaha

Laki: kenapa?

Bini: hihihihihi

Laki: apahal gelak?

Bini: kekekekeke

Aku hilang sabar, masuk bilik dan terlihat bini aku sedang belek album gambar lama, kata bini, kelakar tengok muka dan fesyen rambut abang waktu masih teruna, hampeh!

Aku pun tumpang belek album lama sambil gelakkan muka dan fesyen rambut bini waktu anak dara. adohai.

Rupa rupanya, tengok album gambar laki waktu masih teruna dan tengok gambar bini waktu anak dara adalah sangat kelakar selepas berkahwin...

Tak caya lepas kahwin, cuba tengok album laki bini masing masing. Kelakar gila babi! 

Woha!

Ps: gambar korang yang masih teruna dan anak dara tu tak payah upload kat FB jika korang masih bujang, hilang seni kekelakarannya, elok simpan jer untuk tunjuk pada pasangan lepas kahwin, ye dok?
_________________________________________________________

p/s: betul2 setuju... simpan gmbr utk suami nnty jela.... confrim gelak sakan nnty... jgn kata dia, aku sndri gelak tgk gmbr aku kang... wakaka :'D

Impian> dpt suami yg gila-gila + ting tong aka SOlehNa = Soleh + Nakal ! Aummm :'D I like ! InsyaAllah amin ya rabbal 'alamin

Tuesday, September 18, 2012

Ku bersyukur pdMu YaAllah ♥


p/s: Engkau lebih mengetahui apa yang terbaek buat diriku.. ♥ 
Tima kaseh Ya Allah, ku bersyukur.. ♥ 
Memang ini yang ku pohon dari dulu, dan dgn cara ini Engkau makbulkan doaku.. ♥ 
Syukur Alhamdulillah, Allahuakbar.. ♥ 
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa lg Maha Penyayang, Maha Memahami, Maha Mengetahui dan segalaNya hanya Engkau yg Berkuasa dan Bijaksana

Saturday, September 15, 2012

Cukuplah Allah bagiku !


♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.
♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.
♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.
♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.

SAY NO > COUPLE !
SAY YES > AKAD & NIKAH !

Friday, September 14, 2012

Rindu T_T



Sendiri kutepis rasa sepi dihati ini,
meski peritnya masih jua menghantui
namun kan tetap kucuba untuk tegar berdiri
kerana kini telahpun kutemukan sang penghibur hati

Sahabat….
hadirmu telah cukup memberi erti
semarak hari kulalui kini, meski diujung jalan kegelapan menanti
tapi setidaknya ‘satu yang pasti’
cahaya menyala kembali dihatiku yang redup
setitik terangmu telah menerangi jalanku yang gelap dan sunyi

Untukmu Sahabat….
tiada kata yang dapat kuucapkan, selain kata
“terima kasih tak terhingga”

Walau kini kau jauh dari tatapanku,
angin malam yang membelenggu dingin
terbit dalam diriku rasa rindu yang mendalam

Kekosongan jiwa yang hampa,
rinduku akan dirimu merasuk dalam dunia mimpiku
dengan sebias harapan tanpa batas
memohon sedetik waktu untuk bertemu dengan bayanganmu

Apakah esok sang mentari sudi menghantarkan salam serta rinduku kepadamu
ataukah sang malam dapat menghadirkan dirimu dalam mimpiku
akan selalu kusemat ditempat terindah rinduku padamu sampai kita bersua lagi


Berikan secebis keinsafan,
Bekalan sepanjang perjalanan,
Mencari ketenangan..

Berikan aku hidayah,
Agar dikuatkan iman yg lemah,
Semoga diberkati hidup ini,
Menuju bahagia yg kekal abadi.....

Ya Allah, please grant me strength... i need Your Love...i need Your bless... and i really need You in my life.... T_T
p/s: Jauh diMATA, namun diHATI tetap rasa dekat dan dekat dan dekat. Mana mungkin dpt dipisahkan d'dlm HATI. Maa Fi Qolbi Ghairullah. Allah SWT Maha Mengetahui segalanya, yg kita sendiri tdk ketahuinya. Kuatkan aku Ya Allah, i need You i need You i need You T_T
Walaupun jauh di mata, biar dekat sentiasa di dalam doa :') #kenang daku dalam doamu

Wednesday, September 12, 2012

Percaya padaku >> ^.^


Saya harap awak faham....

Jika awk tak mampu bersabar untuk menunggu saya, Saya doakan awk bahagia dengan yang lain.. ๑ˆ⌣ˆ๑


Tuesday, September 11, 2012

Tabahlah wahai insan yg bernama wanita... :))

Bismillah... Assalamualaikum...

Not feeling well, Alhamdulillah... Semoga menjadi kifarah dosa yg lalu dan hingga saat ini.... Astaghfirullahal'azim :'(



Walaupun tiada siapa disisiku namun Allah ttp bersamaku... Alhamdulillah... Kuatkan aku Ya Allah utk menempuh segala onak duri dalam kehidupan ku yg akan datang yg sementara di bumi Mu ini sebelum aku bertemu dgnMu Ya Allah... Sesungguhnya aku merinduiMu, aku tahu Engkau juga sentiasa merinduiku... Dengan itu Engkau berikan ku pelbagai dugaan dan ujian bagi mendekatkan lagi aku dgnMu dan mendengar rintihan aku di setiap saat, di setiap hela nafasku... Kuatkan aku dalam meneruskan kehidupan ini Ya Allah... Huhu 

I NEED YOU YA RABB, I REALLY REALLY NEED YOU MY LOVE ALLAH :'(


Wahai Cahaya Petunjuk, sebagai wanita yang mencintai Allah dan ingin dicintaiNya dan ingin mendapat redhaNya hingga ke Syurga, kamu harus kuatkan Iman, sentiasa taat beribadah, istiqamah dan sabar serta ikhlas. Dan kamu juga perlu bersifat mulia dan bersifat mulia dalam pergaulan, tingkahlaku dan bertutur kata wahai Cahaya Petunjuk. Dan yang penting berfikiran positif, tidak buruk sangka dan sentiasa berada dalam senyuman.

Senyumlah wahai Cahaya Petunjuk walaupun kadang-kadang sepi itu menusuk ke dalam hatimu.. Bagaimanapun kamu masih mempunyai Allah disisi... Ingatlah !



p/s: I'm not feeling well, where is dr? dr mungkin suda tdk wujud lg.. apapun terima kasih utk segalanya.. bersabarlah wahai Cahaya Petunjuk, kamu boleh menghadapinya seorang diri dan yakin Allah itu ada :'( #kenangdakudlmdoamu

** Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu **

Dulu hingga saat ini ~ Kasihku Abadi

Kamar hatiku, sekian lama 
Suram dan sepi, kekosongan 
Aku mencari insan sejati 
Untuk menemani hidupku >>>
Adam dan Hawa diciptakanNya 
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati >>>
Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan >>>
Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati >>>
Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini Oh Tuhan >>>
Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku >>>
Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
p/s: “bila bicara soal hati dan perasaan, biar Allah yang menentukan”.

Monday, September 10, 2012

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu (",)


Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Jauhkan Rindu

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

- Artikel iluvislam.com



p/s: Apabila duduk sorang-sorang, syaitan mula membisik anasir-anasir jahat. Adakah kita mampu melawan hasutan syaitan? Hanya Iman jawapannya...

Selamat malam... Jadikan tidur kita sebagai ibadah... Maafkan aku atas segala kekhilafan... Andai ini malam terakhirku... Maafkan aku, doakn kesejahteraanku, sedekahkan Al-Fatihah kpdku... Allahuakbar! Allah Maha Berkuasa atas setiap makhlukNya... Assalamualaikum >>

Friday, September 7, 2012

Salam Cinta ♥

Bila sendiri baru mengerti
Rasa dihati nan tersembunyi
Ku genggam erat jari-jemari
Tunduk munajat merintih

Hanyalah engkau satu
Hanyalah engkau ku rindu
Ku seru namamu di persada cinta

Duhai kekasih hadirlah disisi
Berbisik dan melafaz cinta yang suci
Duhai kekasih hadirlah dihati
Semuanya kan kekal abadi

Thursday, September 6, 2012

Permata yg dicari ♥ ♥



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tuesday, September 4, 2012

Hadiah Teristimewa ♥ Aumm

Bismillah . . .
Assalamualaikum . . .

Hari ini umur aku sudah menjadi 23 Thn 1 Hari.. Hehe :'D

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya utk terus bernafas berjihad ke jalan dan meraih keredhaan dan keampunan driNya.. Huhu :')

Tahun ni cam hepy sgt la, Syukur Alhamdulillah...

Eh, nak ckp pasal hadiah teristimewa sbnqnya kan.. Hehe

----------++++++++++++++---------

Ok... Carta PERTAMA dapat kepada :

MAK & ABAH Tersayang.... 

Mak : Nak tido dah, wish siap2 apy bzday. Mak mohon ampun maaf dri along bby sampai besaq, andai kta mak didik x betoi. Mak minta ampun naa, andai betoi jdi la pedoman hidup dunia n akhirat. Amin
** Nanges teresak2 ak mlm tu :'( Mak tak salah mak tak salah.... :'( Along yg selalu wt dosa dgn mak :'( **

Abah : Hepy besdy Sayang Abah...
** Abah mmg slalu smple ja.. Hehe **
Ptg tu kol : Selamat hari jadi, semoga pnjg umur, dimurahkan rezeki, dkurniakan kulit yg cantik (haha hilang abih jerawat along), hmm pastuuu semoga slimm (haha jgn la abah ni taw la along makin gemok :D)


Carta KEDUA dapat kepada :

SAHABAT 22....



Thn kedua dpt hadiah drp sowg shbt yg ku syg... Al-maklum lah time2 stdy time sek xpnh nya dpt hadiah.. Haha ! Drp fmly of coz la da kan time kcik2 dlu... Tak caya? tak caya sudah.... Ada ada tp bkn besday tp hadiah pershbtn ** time sek menengah dlu ahh **

Coklat coklat.... Coklat memberi keceriaan pd seseorg kan.. Perghh! Sengeh sowg2 la aku mkn coklat ni.. Hoho

Hati aku pnya la sengeh time dpt coklat ni, hati laa bibir aku cool ja. Wekk :P Terharu la jgk, mula mula ingat awak lupa mlm tu.. Hoho :D Thn lps bg kek kan, awak ni bg mknan ja kan.. Syg la saya nak mkan.. Haha :D

Semua rasa ada coklat ni.. Maseh awak.. Saya suka..! Saya suka..! ( nada mei mei, upin ipin )
Thanks sudi dtg jumpa and bg 'hadiah' kat besdaygurlz ni.. Hehe :'D
** sengeh lg... slp2 gila plak aku ** HAHA !


Carta KETIGA dapat kepada :

ANAK SEDARA Tersayang....


Tardaaa, ni aku dpt kad drp anak sedara aku... Perghh! Terharu jgk taw... Blek lunch smlm, ttba anak sedara aku blek dri sek dia.. Tak sempat buka kasut pa, aku plak otw nak naek tangga tepi tu... Skali dia pgl, Mak Long Mak Long, ni hadiah utk Mak Long, Selamat Hri Jadi Mak Long, Selamat Hri Jadi Selamat Hri Jadi  Selamat Hri Jadi.. Dia pnya ulanggg, adooiii aku plak xsnggup nak dgq... Buka2 kad ni, Haiii Maasya... Siap ada bintang2 tu... Beli kat sek ka? Wpa hinggit ni ? ** Beli kat sek, RM1 ** Ya Allah... sanggup ag p beli.. eh3 :'D

Comey2, kreatif la jgk kan.. At-least dia ingt kt aku kan... :')

----------++++++++++++++---------

P/s: Syukur Alhamdulillah.. BAHAGIAAAAAAAA !!!!!!
CUKUP INDAH SAYANG !!!!!!

Monday, September 3, 2012

Weeitt! Weeittt! ♥

Wife: "Abang pilih saya sebab rupa ke ? Kecantikan tak kekal abg.."

Husband: "Betul kecantikan tak kekal. Tapi dalam mata dan hati abg, awak kekal cantik sampai bila-bila^^"

Cantik tu terlihat bila hati kita dah berkenan padanya. Biarpun dia taklah cantik di pandangan orang lain. 


♥ ♥ ♥ ♥ 

Saturday, September 1, 2012

Hati merintah....

Hati kadang-kadang menangis tiada siapa yang tahu... Hanya Dia yg Berkuasa Lebih Mengetahui dan Memahami isi hati hambaNya... Jadi mengadulah kpdNya kerana Dia lah sebaik-baik tmpt mengadu :#

p/s: YaAllah, YaRasulullah aku rindu padaMu :'( Al-Quran peneman ku.. Huhu

Being single !!!


p/s: Syukur Alhamdulillah, selepas menghadapi segala dugaan sebelum ni... Single is better n better n better ! Ia memberi ruang utk mengfokuskan diri beribadah kpd Allah SWT... Ampunkan aku yaAllah di atas kelalaian aku sebelum ini :'(

* '" berpasangan dan melakukan perkara sia-sia hanya melalaikan tambah menjauhkan diri daripada Allah SWT