BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 22, 2012

22.12.12 ^^

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Suami tengok bola, isteri temankan. Isteri tengok cartoon, suami temankan. Cuwitttttt hanya pada yang halal. Sayang awak 'bakal zaujku' (belum muncul lg) ngee ! ♥ 

Ok! Stop berangan cik dalila ketot.. Eih! ketot ke kte? Opss!


Pepon Salam 10 Safar 1434H utk hari ni... 22.12.12? Ok, sy terlewat post sbnrnya nak post smlm tp ada gngguan siaran. Eih? Siaran? Haha Maka Siaran smlm tertunda pd mlm ni. Hehe

Sje je, 11.59pm td kan last 22hb utk thn 2012 ni. Ok, NOTE! Jgn ingat tarikh Masihi je Hijrah kena ingat jgk... Alhamdulillah sy tgk ramai dah yang ingat tarikh bulan2 Islam ni.. Alhamdulillah Syukur... Termasuk diri sendiri yang kdg2 alpa jgk =.='

Btw awak, smlm 22hb kan. Sy tahu awak pasti ingat.
Eih, yakin je kau ketot... :P
Xde pe pon, suke suke suke je je je...
Haa! Sudah gagap pulok! Haha :D

Lame dah tak mepek kt sini kan... Mule la tu taip meqapu...
Pepon, semoga Allah permudahkan segala urusan awak ye.
Jaga diri, iman dan hati na <22 
Eihh! TERtaip 22 pulok! Mepek lagi... Ok2, wt laen na <3
Haa, baqu betoiii... :P


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Thursday, December 13, 2012

I'm waiting ^^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Ikut kata hati banyak yang ingin diperkatakan sebenarnya.
Ingat pada syariatNya, diam dan pendam itu lebih baik.
Simpan dalam diary hatiku.
Sampai masa andai ditakdirkanNya
Akan ku perkatakan segala-galanya kepada mu apa yang ingin diperkatakan.
Kata-kata itu hanya sekadar gurauan dan kata-kata kosong.
Seperti mana dulu aku lakukannya namun itu dulu.
Kerana itulah aku diam kan selagi syariat menjadi batasan.


Antara WANITA yang baik adalah wanita yang PENDIAM. Dia tidak bisu, tapi hanya berkata-kata bila perlu.
InsyaAllah. InsyaAllah. Doa-doakan, amin ya rabbal 'alamin

p/s: my dear zauj ku, i'm really really really miss you! ok, saja ja nak bg tahu awak my dear zauj ku... i'm waiting 4 you! awak kat mana tu? haaa, cari pintu hati saya tak jumpa eih? hehe nanti dah jumpa, ketuk pelan-pelan nanti cek tekejuttt. 

saya da ja di sini, dont worry na? kita siap-siapkan diri dulu.. dah ready dtg rumah saya taw di alamat tettt, pandai-pandai la cari nanti k? miss u my dear zaujku. weitt weitt :'D


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥


Wednesday, December 12, 2012

Rindu ~~~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Di waktu hening malam yang sunyi
Manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Jauh disudut hati ini
Aku merinduinya...
Ya Allah, aku merindui hambaMu
yang Haram buatku

Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah

Sedlm-dlm rinduku padanya
Dlm lagi rinduku padaMu dan kekasihMu ya Allah
Dalam lagi cintaku padaMu

Dikala malam yang sunyi ini
Hati ku sering terusik oleh bisikan-bisikan syaitan
yang ingin merosakkan hatiku
Jadikan rinduku padaMu lebih utuh
Berbanding rinduku pada hambaMu
yang Haram buat ku Ya Allah


Istighfarku ini bukan beerti aku
menolak anugerah Rindu ini Ya Allah
Namun aku lebih takutkan azabMu
dan takut aku jatuh ke lembah Zina Hati

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah hatinya
Peliharalah, Lindungilah hatiku
Engkau cintailah aku, rinduilah aku Ya Allah
Aku tidak mahu melayan perasaan ini

Bangunlah sayangku Ukhti Nur

Campakkanlah selimutmu

Sucikan hatiimu dan akalmu

Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa

Pohonkan keampunan dariNya

Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Di waktu malam yang sunyi sunyi sepi
Untuk Allah tertinggi lagi terpuji

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar


Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Pimpinlah aku Ya Allah, dengarilah rintihanku ini

Kepada siapa lagi ingin aku mengadu
Jika bukan Engkau yang satu-satunya Pemilik hatiku
yang Memahami isi hatiku

Luahan : Cahaya Petunjuk aka Ukhti Nurdalila




وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Saturday, December 8, 2012


Nothing to say.....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum



Awakkkkkk........
Awakkkk......
Awakk....
Awak...

p/s: seru la banyak-banyak kali sampai lebam! haish! tewok jgk dalila ni kdg-kdg.. grrr 
amek bantal > peluk > pujuk hati > istighfar > pejam mata > celik mata > pejam mata > celik mata = pp basah
** eh! sebab kelip-kelip mata banyak kali ke pe eih? confiius =.='


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Wednesday, December 5, 2012

Asif Jiddan dari saya awak ^^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Saya bukan seperti dulu lagi...
Mungkin kita pernah bergurau senda...
Tapi sekarang tidak lagi...
Asif Jiddan...

Mungkin kita pernah selalu berhubung...
Tapi sekarang tidak lagi...
Asif Jiddan...

Ya, dulu saya agak lemah nak harungi
semua ni sorang2 awak... :'(
Tapi sekarang alhamdulillah...
Hati saya bertambah kuat...
Ironwomen kan? Ngee
Syukur atas segala nikmat dariNya...

Saya akan simpan nama awak dalam doa dan sujud saya...
Itu saja wanita selemah saya mampu berikan 
kebahagiaan untuk awak dunia akhirat :')

Itu semua dulu...
Sekarang kita perlu pelihara Ikhtilat antara kita....
Saya wanita, Awak lelaki...
Kita bukan zauj dan zaujah...
Mana mungkin dapat bergurau senda/ berhubung seperti dulu lagi...
Asif Jiddan.....

Ada jarak antara kita...
Saya mencari diri saya sendiri...
Awak pula mencari diri awak sendiri....
Asif Jiddan....

Bukan tak nak layan/ bergurau senda..
Namun ada batas antara kita...
Ya, kita sahabat...
Namun awak tetap HARAM buat saya...
Asif Jiddan.....

Jika nak bergurau senda juga..
Ya! Boleh! Namun....
Jangan rapat, dapatkan cara terhormat...
Asif Jiddan...

Layanan dan gurau senda saya hanya utk 'si dia'
Ya! Hanya 'si dia'
'Si dia' adalah zauj saya...
Dia sedang mencari saya..
Dan saya sentiasa menantinya...
Adakah awak? Itu tiada jwpn dari saya...
Jwpn itu ada pada Pemilik saya...
Asif Jiddan....


Saya sentiasa ada di sini.....
Diam bukan beerti tidak ambil peduli...
Tapi saya sangat yakin yang Allah SWT
sentiasa melindungi awak...
Asif Jiddan....

Kata Imam Al-Ghazali, "Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya." :')

Cukup sekadar kasih sayang dan rindu saya kepada awak
hanya Pemilik hati saya yang tahu...
Asif Jiddan...

Sekarang saya sedang mencari diri saya sendiri...
Berusaha yang terbaek untuk menjadi Bidadari buat
Zauj Tersayang saya....
Saya sedang berusaha menjadi hamba yang
di cintaiNya dan di RedhaiNya...
Saya sedang berusaha menjadi anak yang solehah kpd keluarga saya....
Asif Jiddan...

Kadang-kadang bersendirian itu perlu.. 
Untuk membuka ruang hanya antara saya dan Dia.. ♥ 
Asif Jiddan.....

Terlalu banyak dosa saya pada Pemilik diri saya ini...
Saya tidak tahu samada saya masih ada masa yang cukup
untuk saya tebus segala kekhilafan saya...
Saya malu pada Allah SWT, Rasulullah SAW, dannnn
PADA DIRI SAYA SENDIRI...
Asif Jiddan....

Jaga Diri, Jaga Hati, Jaga Iman...
JAGA SOLAT !


Hasil luahan hati,
Cahaya Petunjuk ^^


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥


Monday, December 3, 2012

Semoga Allah jaga dia ^^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 Assalamualaikum


Semoga Allah jaga dia di sana untuk saya di sini. Saya tak perlu risau tentang dia. Sebab saya percaya Allah jaga dia dengan baik untuk saya. InsyaAllah :')

Jom belajar jadi isteri solehah. InsyaAllah nanti dapat suami yg soleh dari Allah :')

*hati berbunga-bunga*

Cinta dan bahagia itu milik Allah :) Berusaha miliki kasih sayang dari Allah, confirm bahagia punyaa :)Tak perlu SMS/Call hari-hari. Tak perlu jumpa selalu. Tak perlu "I love you. I miss you". Simpan semua tu sampai hubungan halal dah sah :')

Sunday, December 2, 2012

Kahwin Usia Muda ^^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum


InsyaAllah

وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥



Saturday, December 1, 2012

Pandangan manusia vs Pandangan Allah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Ya Rabb, semoga Engkau tetapkan Imanku.. Pelihara hatiku, lindungiku, cintaiku.. Jgn lupakan aku Ya Rabb disaat aku lalai mengingatiMu.. Sedarkan aku.... Huhu :'(

** Mak pesan, along..... jgn pakai purdah suda... huhu (dlm hati) indahnya jika berpurdah.. tp shbt-shbt nasihat, taat pada kedua ibu bapa itu wajib, purdah itu sunnah..

Jgn risau mak, insyaAllah along tak pakai selagi maruah diri ini tidak dicemari oleh Fitnah Dunia..


Shbt ana pernah gtaw,yg purdah ni bleh jadi harus jika dia sudah sedaya upaya pelihara auratnya namun masih lagi menarik perhatian yang lain (bukan mahramnya). wallahualam

Seorang wanita muslimah itu, tidak dipandang dan tidak pula memandang... 

Bila aurat dijaga, terpelihara, pelbagai cemuhan,
 kritikan, sindiran yang dterima.. 
Itulah tanda Allah kasih pada hambaNya kan?

"Apa yg labuh sgt tudung tuu..."
"hahaha dia pakai tudung balut penuh badan"

Senyum saja la, kdg2 terdetik jgk kecik hati... Astaghfirullah.....
Takpa, pandangan manusia LANGSUNG TAK BERI EFEK pada diri ini... Huhu

Bukan pula bermaksud terpeliharanya aurat itu, diri nya sudah cukup sempurna,
tak pernah lalai dgn dunia, tgl semua laranganNya, ikut semua perintahNya...

Namun, dgn terpeliharanya aurat... Dia akan rasa 
MALU PADA DIRI SENDIRI,
jika dia lalai dan langgar perintahNya... Huhu :'(

Ana belum cukup sempurna, dan mana mungkin akan sempurna,
tapi, ana masih berpeluang berusaha menjadi lebih baek selagi
Allah pinjamkan nafas dan pinjamkan duniaNya utk beribadah lagi kpdNya :'(

Asif jidaan, setiap kata2 ana di atas adalah
memberi kekuatan dan nasihat buat diri ana sendiri yang
penuh bergelombang dgn Dosa :'(


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥