BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 10, 2012

Menangislah Cahaya Petunjuk


Kita selalu bermain kata, berjanji setia, tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya. Bila terlalu banyak yang diluah, akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya untuk diluahkan buat kali yang keseterusnya. Luahlah pada yang berhak. Bukan pada yang bukan hak. Simpan kata manismu untuk si dia yang kamu cinta :)

  

Luahkan pada yang berhak. Memang agak sakit apabila menyimpan kata-kata itu dalam hati kerana tidak mampu berkata-kata sekarang. Hati meronta supaya melepaskan segalanya tapi sekarang bukan masanya Cahaya Petunjuk. Menangislah kamu jika ia membuatkan hati kamu tenang wahai Cahaya Petunjuk. 

Insyaallah aku tidak akan mengulangi kesilapan aku yang lalu 
Ya Allah. Kuatkan aku Ya Allah.
Hanya pada Mu aku mampu mengadu dan berkata-kata tapi bukan kepada dia. Pelihara Iman aku Ya Allah agar aku tidak tersasar. 

Ampunkan aku jika apa yang aku rasa di hati ini merupakan dosa besar di sisi Mu. Astagfirullahalazim T_T
Terima kasih juga Ya Allah kerana kurniakan perasaan ini untuk menguji kekuatan Iman ku. Alhamdulillah.

Thursday, February 9, 2012

Tanpa diduga


Bukan senang mencipta pertemuan. Bukan senang untuk melahirkan rasa sayang. Bukan senang untuk menghadirkan rasa cinta. Bukan senang untuk mencari sebuah persahabatan yang bermakna. Tetapi... Jika semua itu telah kita miliki.. Jagalah ia supaya tiada ungkapan perpisahan.

Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu" 
(Surah an-Nisaa', ayat 1) 

ALHAMDULILLAH :)

Wednesday, February 8, 2012

Untukmu Bakal Imamku :)


Satu ketika kau bertanya..

✿⊱╮ sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..

✿⊱╮ sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia..

✿⊱╮ sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya..

✿⊱╮sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku...

✿⊱╮sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari, jika ujian itu dtg air mataku ada yg menghapuskan..

✿⊱╮sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku agar aku terus berada di atas jln yg benar..

✿⊱╮sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman..

✿⊱╮sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu tanpa rasa ragu..

✿⊱╮sudikah kau menjadi Penghibur tika ku kesunyian agar aku boleh ketawa riang..

Satu ketika aku menjawab…

“Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI

Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..

✿⊱╮sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU..? jika aku sudah tidak seperti dulu?

✿⊱╮sudikah kau pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburku.??

Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu…

Jika aku sudah tidak mampu lagi..

♥ menjagamu,
♥ menemanimu
♥ memerhatikanmu,
♥ mendidikmu
♥ membelamu,
♥ menggerakkanmu
♥ menjadi sahabatmu dan
♥ menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai …………………?

Aku percaya..kau masih sudi..

“Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..”

Keluarga bahagia impian bersama
^^

Tuesday, February 7, 2012

Yang manakah perlu diutamakan ?

Cinta Manusia VS Cinta Allah swt dan Rasullullah saw


"Hanya satu-satunya jalan untuk lari dari cinta manusia yang mengkhayalkan dan melekakan, iaitu melebihkan cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Benar, apabila cinta kedua-duanya itu sentiasa hidup dan mekar mewangi di taman hati kita, segala mainan perasaan cinta sesama manusia yang berlainan jenis dapat kita hilangkan atau tepis. Kerana itu dalam istillah sufi kita seringkali mendengar bahawa  orang-orang yang hati dan jiwanya dipenuhi dan diselimuti dengan Cinta Allah dan Rasulullah saw secara automatik akan merasa  fana' dengan cinta dunia, apatah lagi cinta sesama manusia."

"Hebatnya penangan cinta sehinggakan manusia yang sihat menjadi sakit, manusia yang malu hilang akan rasa malunya, yang bersemangat akan luntur semangatnya, yang kuat menjadi lemah dan yang beriman menjadi kurang imannya tatkala mereka tidak mampu mendapatkan apa yang mereka hajati dan merindui apa yang mereka cintakan dan ini hanya terjadi apabila dia meletakkan cinta kepada dunia di hadapannya."
Cintakan bunga, bungakan layu
Cintakan kumbang, kumbangkan mati
Cintakan harta, hartakan hilang
Cintakan pangkat, pangkatkan pergi
Cintakan manusia, belum pasti berbalas
Jadi cinta kepada siapakah yang mampu MENJAMIN kebahagiaan???

Tapi jika cinta Allah yang diletakkan di hadapan pasti penangannya lebih hebat. Yang sakit akan menjadi sihat, manusia yang tidak malu akan menjadi malu, yang tidak bersemangat akan kembali bersemangat, yang lemah akan menjadi kuat, yang lemah imannya pasti akan menambah tahap keimanannya menjadi semakit kuat kerana mengharapkan cinta Allah tidak akan sia-sia dan hanya itulah cinta yang hakiki...”



"Cinta itu tidak salah. Fitrah manusia juga adalah mudah jatuh cinta pada sesuatu yang boleh membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh lelaki beriman sentiasa mencari –cari calon pasangan hidupnya yang sentiasa mencintai dalam melakukan amal-amal kebaikan, perlakuan, cara hidup dan sebagainya. Baik dari aspek luaran mahu pun dalaman. Demikian juga kita sebagai wanita yang beriman, pastinya kita punya cita-cita yang sama. Cita-cita mahu memiliki suami yang akan menjadi imam dalam membuat perkara-perkara kebaikan. Mudah kata, kita sentiasa inginkan pasangan hidup yang terbaik buat kita yang tidak hanya akan membuatkan kita menjadi bahagia sekadar di dunia bahkan diakhirat juga, mudah kata mahu bercinta sehingga ke Syurga."

"Namun, dari pemerhatian saya, kebanyakan antara kita khususnya golongan yang faham agama mudah hanyut ditenggelamkan perasaan cinta ini yang akhirnya akan membuatkan kita semakin jauh, hanyut dan lalai dari mengingati Tuhan. Kita hanyut dengan hiburan serta kata-kata mahupun lagu-lagu puitis cinta yang seolah-olahnya cinta itu akan terjamin berkekalan. Bahkan ada antara kita yang berandaian hanya dengan cinta tersebut  bahawa insan yang kita puja akan secara pasti menjadi teman hidup kita sedangkan antara kita dan dia masih belum ada apa-apa ikatan mahupun pertalian. Dan yang paling akak takuti, ramai antara kita yang akan mengkhianati kasih Tuhan dalam mengejar insan yang menjadi pilihan."


p/s: Tidak salah mengejar cinta sesama manusia, namun, ianya perlulah berpada-pada dan cinta Allah dan Rasulullah jangan sesekali kita lupa (^_^)

MUNAJAT CINTA

"Ya ALLAH, sebesar mana pun cintaku kepada hambaMU, besarkanlah lagi cintaku kepada ENGKAU dan RasulMU.Pimpinlah kami menuju redhaMU. Jauhilah kami dari cinta yang melalaikan, jua dari cinta yang membuatkan kami semakin jauh dari cintaMU dan RasulMU.Kurniakan kami cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU. Terimalah cinta dan hajat kami..semoga kecintaan ini akan membawa kami kepadaMU.allahumma amin3x"

Monday, February 6, 2012

S.A.Y.A.N.G

S.A.Y.A.N.G 

✿ Apabila perasaan cinta pada dunia berlabuh di hati, perasaan cinta pada Allah mula belayar pergi ✿

Kekalkan momentum dan semarakkan perasaan cinta pada Allah dengan selalu memuji kebesaranNya (berzikir dsb) dan mensyukuri segala nikmat kurnianNya! 


 Kita mulakan perjalanan cinta kita,
dengan mencintai Allah SWT terlebih dahulu.
Itu adalah dasar, titik permulaan, yang sebenarnya.
Andai kata manusia yang kita cintai nanti menolak,
tidaklah kita rugi telah bermaksiat dengannya,
tidaklah juga kita merasa kecewa tidak diterima dia,
dan kita teruskan perjalanan kita mencari manusia lain yang mampu bersama kita,
dalam meneruskan kembara kita untuk menggapai redhaNya.
-----------------------------------------------------------
Faham Islam,
Ambil Islam,
Amal Islam,
mudah hidup.


Sayang semuanya !!!! mmuuahhhx !!!

20HB JAN 2012 - tercipta sejarah, aku blek ke kampong halaman. al maklum lah 1st time merantau di KL. :)

sownok dihati xpyh ckp la. sedey lagi la xpyh ckp kn.  alang2 dah cuti sampai 1 week. amek kaw ! haha so jom beridah bersama keluarga tersayang. walaupon tak seberapa tapi saya hepy buat keluarga saya hepy. awww ! :)

LOKASI : PENANG, MALAYSIA.
MASA : 23HB JAN 2012, 11.30am


menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt. Subhanallah sgt indah ciptaanMu syukur alhamdulillah aku masih sempat menikmatinya :) 

berehat sebentar bersama kitkat ! eh bkn bkn, berehat di R n R gurun je mkn2 dlu. hehe :) lapo xmkn g, bertolak dlm kol11.30am agaknya. lupo doh den. :) besa la tauke besaq tu tu tuuuuu yg bju petak tu okayyy ! hahaha :P



ni mse otw la ni, dlm keta.... gelak2 meqajok2 tp xteriak la, eh bkn aku adeq2 aku la. besa la bdk2 kan. yg penting mak2 bdk n kak2 bdk xwt buat pangai kira ok la. hahaha :P



kami naek feri, puttt puttt cuhh cuhh cuhh ! oopsss bkn la, itu keta api. nampak benor nipunyer.. hahaha feri bkn, uuuuuuuuuuuuuuuu pusyuhhh pusyuhhh bunyi air laut... wakakaka :P

besh jgk la naek feri. lagi[pon bkn adeq ak yg kecik tu, tuuuu yg bju merah tu xpnh naek feri. hehehe mse kecik2 itu de kot xpon mse dlm pewut lg... nmpk sgt dok kt kdah tp lama benor x pegi penang. hahaha :D

tuuu tuuuu tgk pic yg 1st tuu.... makkk aiiii jem gela... terperangkap dlm jem maw dlm 2jam lbey kot... perghhh tgh panas terikkk terbaekkk ! ujian drp Allah swt kan :)


eh eh, ni gmbaq bopren kite la..... speciallll sket gmbaq dia ja.. mmmuuaahhxx3 ! love u ! :D


ni kat shopping mall 1st Avenue dkt2 komtar jgk la :) kitaorg bkn nk shopping pe2 pon mmg niat nk jejalan nk beridah je cuci2 mata. hepy ngat. gela2 dlm shopping complex tu.. xkira bdk2, mak bdk, pak bdk, kak bdk abish gela2 dlm tu. kalo CCTV tgk msty diorg ckp haish ! fmly pa ni xpnh msok shopping mall. pe pe pe ? de kami kisah ? janji kami hepy. lalalalala :P


next station. apa lagiiiii jeruk laaaaaaaaa yg femes ! tp yg ni kebetulan kami jmpa kedai melayu pnyaaa. terbaekkkk ! betul2 dekat balai polis dpn Chowrasta tu jgk :)

beli lebih sbb nk berkelah kt PADANG KOTA. besa la p Penang tak p PADANG KOTA xsah maaaa.
pastu beli kopok la koci la mcm2 la. hehe


yeahhh ! smpai pon padang kota.... ngeee 1st step ! MAKANNNN ! lapaq ngat aih.... tmpt femes mknan biasa2 pon mhal... buat mcm mna kn.. bisnes is bisnes... hehe sownok jgk... pas mkn pe jln2 jap tepi2 tu tgk laut terus pegi kat betul2 kawasan padang kota tu..... PADANG la kn.... dok tgh2 padang tu. mkn2 sampai mlm kot... hahaha tp still rmai org... paling menyedihkan ble dgr je azan spe pon tak berganjak pegi solat T_T

pastu terus la pulang ke KEDAH DARULAMAN. naek feri jgk la... tp alhamdulillah xjem mcm mse awal2 dtg tu... :))

Thats all ! Hanya Tinggal Kenangan dan Menjadi Sebuah Kenangan yg Manis dlm Hidupku !
pasni kita p tmpt lagi plak nah, bg along smpn bajet byk sket. hahaha :D
LOVE YOU ALL ! MMUUAAHHX !

Saturday, February 4, 2012

Mendirikan Masjid


BAJET BELANJA KAHWIN ? 

Mas Kahwin - RM 100 ? Pada aku, aku terima seadanya, kalo dia nk bg sejadah ja kt aku pon ak terima, al-Quran ja ka, telekung ka. Bagi aku, itu utk kita bersama wahai bakal suamiku :) tak perlu membazir okay ?

Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “


Barang- barang Hantaran - RM 600 ? Pada aku, hantaran kan tdk wajib, adat ja kan ? dalam Islam tak perlu semua ni. tapi bila tak buat kita akn jd buah mulut org. Ok xpe, insyaallah aku buat tp dgn penuh kesederhanan. Buat apa la beli mnyk wangi beratus2, bju mahal, handbag berjenama, adush ! aku sendiri xphm la. Kenapa BANGGA ka dpt buat mcm tu ? kalo aku, buat ja manis2an kan, pulut kuning ke, kuih2, apa bakal suami ku nak minyak wangi ye ? alolo ok2, kita beli kt UPTOWN je nah ? alaa, kita2 ja nk pkai org org laen. kn3 syg ? oooppss ! terlebih sudaaa :P yg penting jgn membazir ! kok ya pon kaya xpyh la membazir ye dok ?

Wang Hantaran - RM 7000 ? wah3 ! yg ni yg selalu org nk taw sgt ni, pengantin pon BANGGA sngguh kalo angka tu byk kn, ye dok ? *realiti* pada aku plak, xpyh kot membazir nah3 ? TAK WAJIB ok ? de dlm Islam soh bg ? eh3, xde okkkkk :) yg ni duit belanja kenduri sebenarnya, yg dok wt gah2 spa soh ? haish ! membaziaqqq ! *haa kn dh terkuaq pelat kedah aku* khemah? haish bkn wpa ratus ja ka? eh3 apa dia ? mkn2 tu alaaa gotong royong pon bley aihhh, kalo ya pon susah, ok upah org ja utk tugas hidang2 tu kan. bley aih, da cara dia. kita yg kata susah pdhl xsusah pon. kalau aku, aku suka wt lauk2 mmg utk mkn tghri sdp kot... gulai ikan sambal ulam, alaa msk2an kmpg la mls nk bg menu aih. haha so, mcm aku ckp td la noh jgn membaziaqqqq :P

Cincin Kahwin - RM 1000 ? wow ! mahai noh, yala emas naik kn, beli emas korea ja xbleh ? hahaha tak wajib jgk kan dalam Islam. xpon bli silver aja la. yang ni nk ckp pon xkena sbb emas mmg mahai kan. alaaa, byk alasan plak, bley aih...... beli la yg murah2 ja... silver pon xpa cntek what ! :P

Belanja Kenduri - RM 1000 ? haa, kan aku ckp td wang hantaran tu belanja kenduri. alaa adat kan, gimik ja pon pdhl wang hantaran tu dok cover bley belanja kenduri la. hahaha Dunia Dunia :P free give nk bg kt tetamu tu aku bg adil ok, xdak special2 edition ek, aku pakai konsep ADIL phei dok ? satg org tgk eh dia dpt laen la eh dia dpt yg tu la. haish! xmaw2, nk suma tgk samaaa ja ok ?

Sewa Pakej Pelamin & Baju Pengantin - RM 1500 ? amboih2 da pelamin noh, ooppsss sory SAYA TAK NAIK PELAMIN NANTI. sbb pa ? mls aih nk cita nah klik ni NO PELAMIN FOR MY WEDDING :) baju pengantin ? haish sampai beratus2 ngat noh. entry sebelum2 ni aku pnh hbaq dh kan. aku juz pkai bju songket besa2 ja. cntek what ! nk ttup aurat ja pon. nk cntek sket jait la sndri manik. helooo i pndai jait manik okay ?! haha :P perghh ! jimat2 ;D

Tempahan Kad Kahwin - RM 500 ? wow ! mhai ke x ek RM 500 ni, ckp psl kad kahwin lwk plak teringt kt mak ak. kami dh rancang siap dh aih nk wt cmna nnty. no tempah2 okkk. HANDMADE ! jimat okkk ! haha de la, ini dirahsiakan la.. ooopsss ! bakal suamiku jgn isau ye kalo syg akan tahu jgk.. oopss ! siapakah kamo ? wakaka :P ;D

Upah Jurugambar - RM 800 ? perlu ka ni, adooiii membaziaqqqq lg. mhai kot kalo dok upah2 kt luaq ni. haha tp xdpt dinafikan la mmg cntek sgttt :) xpa la, adik ak dh msok kelas photography. adik tlg amek gmbaq along nnty nah. :P perghhh ! jimat lgg !!!


haaaa ni haaa todeaaaaaaaaaa ! baca baca baca ! cek owg kedah noh... TIDAK DITETAPKAN... hahaha so wahai bakal suamiku, aku terima seadanya ok ? dont wory b hepy im not like the other women. cewahhh ! ;D


RANCANGAN UTK MASA HADAPAN. APA PUN SEMUA DGN IZIN  
ALLAH SWT :)


p/s : aku lebih memfokuskan kebahagiaan aku selepas bernikah bukan hanya kebahagiaan pada hari perkahwinan ku itu. yang penting perkahwinan aku dgn si dia diredhaiNya dirahmatiNya dan direstui Allah swt dan penuh barakah dan si dia sayangkan aku dpt membimbing aku ke jalan Allah swt dan kami berjuang utk ke jalan Allah swt bersama-sama dan kekal hingga ke syurga. insyaallah * aku ingin menjadi bidadari mu wahai bakal suami. suatu hari nanti kita pasti akan ketemu samada di dunia ataupun di syurga. insyaallah *